Baru-baru ni Kekny diperkenalkan dengan satu program diet... memang rasa teruja nak cuba. Maklumlah berat pun dah agak terlebih sekarang. Jom tengok apa yang Kekny nak share ni...

Kisah benar (BACA SINI) --- Pernah Dihina Kerana Obes







Modified HCG Diet Plan


Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti


Tukar Bentuk Badan Anda Dalam Masa 23 Hari !
DR MALINDA MODIFIED HCG DIET PLAN

OBESITI adalah sejenis ‘penyakit’. Obesiti adalah masalah dunia moden. Ia hampir tidak wujud 50 tahun dahulu. Antara penyebab yang menyebabkan fenomena ‘Obesogenic’ adalah – Pemakanan yang tinggi karbohidrat terproses, makanan tinggi gula, nutrisi yang rendah dan kurang aktiviti fizikal.
Metabolisme kacau. Hormon tak seimbang. All haywire. Pengurangkan kalori sahaja pun kadang-kadang tidak dapat membantu menurunkan berat badan yang terus meningkat naik. Peperangan Alaf Baru!

ANDA BERISIKO TINGGI JIKA :
BMI > 23
Ukuran Lilitan Pinggang Melebihi
> 102 cm (40 inch) – Lelaki
>  80 cm (35 inch) - Wanita

Obesiti adalah peratusan lemak badan yang berlebihan dalam badan seseorang individu.
Anda dikatakan obese apabila :
Wanita : Peratusan lemak badan >32%
Lelaki : Peratusan lemak badan >25%

BAHAYA OBESITI
Obesiti berkait rapat dengan pelbagai jenis penyakit :
-          Diabetes (Kencing manis)
-          Hipertensi (Darah Tinggi)
-          Kolestrol Tinggi
-          Penyakit jantung koronari
-          Stroke (Angin Ahmar)
-          Batu hempedu
-          Kanser Payudara
-          Kanser Prostat
-          Kanser kolon (usus besar)
-          Masalah pernafasan (respiratori)
-          Masalah muskuloskeletal
-          Vena varikos
-          Masalah kulit
-          Osteoarthritis
-          Penyakit Alzheimer’s
-          Gout
-          Sleep Apnea
-          Infertility (Ketidaksuburan)
-          Masalah psikologi (kurang keyakinan diri)
-          Depressi


Kenali Jenis-Jenis Lemak
LEMAK OH LEMAK !!
Pernah tak anda cuba berdiet beberapa minggu tapi nak turun 1-2 kg pun susah?                      Selepas 2-3 bulan, anda give up dan kata ~ Jaga makan pun tak turun, anda give up dan kembali kepada cara hidup yang lama.
Kenapa jadi macam tu?
Sebenarnya, Tak semua jenis lemak itu sama ~ Ada 3 Jenis Lemak dalam badan kita :

1) Lemak Untuk Struktur  ( Structural Fat )
'Lemak baik' ini penting untuk protect organ-organ dalaman, sendi dan membentuk rupa bentuk muka. Lemak ini biasanya tidak digunakan sebagai sumber tenaga.

2) Lemak Normal (Normal Fat Reserve)
'Lemak baik' ini ada di sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan. Fungsi spt 'Tangki Tenaga'

3) Lemak Abnormal ( Abnormal Stored Fat )
'Lemak tak berapa nak baik' ni di kenali sebagai 'tisu adipose'. Ia adalah lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan di bawah kulit, sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai 'Tangki Spare'. Lemak ini akan kelihatan 'membuncit' dan 'berlipat-lipat' di tubuh anda !

Ia sangat AKTIF mengeluarkan toksik chemical dan hormon 'estrone' yang akan menggangu sistem tubuh anda. Lemak ini TIDAK digunakan sebagai sumber tenaga utama.. Hanya dalam keadaan tubuh yang hampir 'kebuluran' sahaja, lemak ini akan dibakar & mula digunakan sebagai tenaga !
Jadi,  anda nampakkan di sini - Bila anda ber'diet' 1-2 bulan pertama, lemak Jenis 2 yang mula dibakar tetapi Lemak Jenis 3 akan kekal di situ! Ia hanya dibakar dalam keadaan ‘kebuluran’ sahaja.
Macam mana nak menggerakkan lemak Jenis 3 yang degil itu?
HCG adalah transformasi perubatan terbaru untuk ‘menggerakkan’ lemak jenis 3 ini.

APA ITU hCG?
hCG adalah Human Chorionic Gonadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil, ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai sumber tenaga.
hCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’ dimana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.
Ia bukanlah ‘sex hormon’. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita.
Ia bertindak sebagai ‘Kunci’ untuk menggerakkan lemak yang  tersimpan dalam badan.

BAGAIMANA hCG BERFUNGSI UNTUK RAWATAN OBESITI?
Rawatan hCG untuk Obesiti ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons, seorang doktor perubatan British. HCG memainkan peranan penting  dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus.
Hipothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan (homeostasis). Ia bolah mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan dan ia juga akan membantu untuk mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbangan cecair badan, selera makan dan berat badan.
Obesiti berlaku apabila berlaku hypothalamus gagal  berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak effektif dan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut, peha, punggung dan lengan.
Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stress, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yg mengandungi banyak lemak trans, gula dan bahan pengawet.
hCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk mengerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan – lemak yang berkumpul di perut, punggung, peha dan lengan. Lemak jenis ini sangat susah untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai ‘survival stratergy’. Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan adalah air, otot dan ‘subcutanoeus fats’ iaitu lemak yg memberi bentuk muka dan payudara. Kerana itu kebanyakkan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.

APAKAH PRINSIP YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?
hCG akan kombinasikan bersama-sama dengan diet rendah kalori dan prinsip pemakanan diet sihat. Ini akan memberikan ‘trick’ kepada hypothalamus dan membantu ‘membuka kunci’ lemak di mana seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan ‘lemak jenis 3’ atau lemak abnormal  digerakkan. Pergerakan lemak ini akan membekalkan 1,500 – 4,000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.

DIET RENDAH KALORI & PRINSIP DIET SIHAT? MACAMANA TU?
Jangan Risau.
Semua manual dan menu pemakanan akan disediakan untuk anda!
Kebaikan program ini adalah ia seperti ‘DETOX’ program. Dan diet yang anda perlu ambil adalah – Diet yang sihat, Tanpa Gula, Karbohidrat yang sihat, Tanpa Makanan segera atau terproses, Rendah Lemak dan Tiada minuman berkarbonat. Ini sangat penting untuk memastikan kejayaan anda dalam program – Ia adalah proses ‘membersihkan sel-sel badan’ bukan sekadar diet untuk kurus sahaja.
Melalui  proses cleasing  dengan pengurangan kalori (calories restriction) dilakukan – Anda akan rasa lebih sihat dan tiada lagi masalah ‘food craving’ atau ‘food addiction’ ! Anda tidak lagi terpenjara dalam nafsu dan tabiat buruk pemakanan sendiri. Dan ini akan menyebabkan anda lebih mudah untuk membuat pembaharuan seterusnya dalam cara hidup untuk jangkamasa panjang selepas ini.

ADAKAH BERAT BOLEH MENDADAK NAIK SETELAH BERHENTI PROGRAM INI?
BONUS dari program ini adalah ia membantu keseimbangan metabolism badan. Jika anda mematuhi program ini, anda akan meningkatkan metabolism badan ke satu ‘setting’ yang baru dan keadaan ini akan mengelakkan berlakunya Kesan ‘YoYo’ – kenaikkan mendadak setelah berhenti rawatan program.

BERAPAKAH DOS hCG YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?
Wanita yang mengandung menghasilkan 500,000IU – 1,000,000 IU semasa hamil. Dalam rawatan kesuburan pula, pakar O&G menggunakan 5,000 – 10,000 IU dalam rawatan kehamilan. Tetapi, dalam program ini hanya 125-200IU hCG digunakan didalam rawatan.
Semua hCG ( dalam bentuk injection dan homeopathy)  dihasilkan di makmal daripada sel sterile. hCG bukan di ekstrak daripada wanita hamil – fakta yang sering di salah ertikan (common misconception).

ADAKAH SAYA AKAN LAPAR SEPANJANG PROGRAM INI?
Walaupun anda mengambil kalori yang rendah dalam program ini, anda  akan kurang merasa lapar kerana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.
Anda akan merasa lebih bertenaga kerana program ini akan membekalkan supplement sebagai nutrisi tambahan anda.

BERAPA BERAT YANG SAYA BOLEH TURUN?
Potensi berat yang boleh turun adalah 0.5kg sehari. Bergantung pada individu, tetapi potensi biasanya antara 6-8kg dengan penurunan 1-2 saiz baju, hanya dalam masa 23 hari!
Rawatan ini boleh disambung terus untuk cycle ke dua (46 hari) dengan potensi utk penurunan sehingga 15-20 kg.

TAK BAHAYA KE TURUN BERAT MENDADAK?
Kajian terbaru menunjukkan pengurangan yang lebih cepat akan memberi motivasi lebih kepada client. Penurunan dalam program hCG ini adalah antara 0.3-0.5kg sehari dan apabila disertakan dengan nutrisi yang cukup dan pemantauan doktor. Ia adalah penurunan yang selamat dan tidak akan mengganggu metabolisme atau sistem badan.

APAKAH KEBAIKAN PROGRAM INI BERBANDING PROGRAM DIET YANG LAIN?
Perbezaan rawatan hCG adalah ia bukan sahaja membantu membuang lemak-lemak lama tetapi ia akan membantu untuk badan menjadi lebih pejal dan padat (tidak menggeleber setelah kurus). Ia hanya akan menggerakkan lemak abnormal tanpa menggangu tulang dan otot.  Selain penurunan berat badan,  kesan yang lebih ketara adalah ‘Inch Loss’. Saiz baju biasanya akan berkurangan antara satu atau dua saiz yang lebih kecil.


APAKAH KEBAIKAN LAIN PROGRAM INI?
Selain dari penurunan lemak badan, anda juga akan dapat memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan – Tahap gula dan tekanan darah lebih stabil, penurunan tahap kolestrol, tiada lagi masalah sakit sendi dan lutut, tidur lebih baik, tenaga meningkat, complexion dan tone kulit yang lebih cantik dan tiada lagi ‘food craving’ terhadap karbohidrat dan gula atau nafsu makan yang hodoh. hCG akan membantu untuk seimbangkan sistem endokrin, menghasilkan endorphin yang akan membantu untuk emosi yang lebih baik, fokus dan bertenaga.
Apabila lemak ditukarkan kepada tenaga – ini akan mengurangkan radang didalam badan. Obesiti dan penyakit kronik sangat berkait rapat dengan tahap radang yang tinggi dan pengurangan lemak badan akan memperbaiki tahap radang dan banyak masalah metabolisma lain. Tidak hairan jika ramai yang dapat menurunkan tekanan darah, kolestrol, gula dalam darah, sakit sendi, jerawat, tiada lagi masalah sakit kepala, allergic, dan banyak masalah sistem imun yang lain.
Rawatan hCG adalah transformasi baru dalam dunia pelangsingan!

ADAKAH RAWATAN hCG INI SELAMAT?
Rawatan ini selamat. Wanita boleh mempunyai tahap hCG yang jauh lebih tinggi tanpa ada sebarang kesan sampingan negatif. hCG juga biasanya digunakan sebagai rawatan kesuburan oleh pakar O&G. Dengan mengambil program hCG untuk menurunkan berat badan, anda sebenarnya juga meningkatkan tahap kesuburan anda dimana ramai client mengalami masalah kesuburan dan telah  mengambil program ini juga  berjaya hamil.
Pada tahun 2004, Kajian klinikal (double blind studies) oleh Dr. Belluscio yang melibatkan 6,540 patient telah membuktikan bahawa hCG effektif dan selamat dalam rawatan obesiti.

BAGAIMANA RAWATAN HCG INI?
Setiap Kitaran Program HCG adalah 23 hari. Ia mempunyai 3 Fasa iaitu : Loading Phase, Burning Phase dan Maintainence Phase.
Jangan Risau! Pakar kami akan sentiasa membantu anda!

BAGAIMANA MENGAMBIL HCG INJECTION?
ü  HCG injection 125IU diambil setiap pagi.
ü  Injection – selewat-lewatnya sebelum jam 11 pagi
ü  Injection – sebelum sarapan pagi


INJECTION BUAT SENDIRI?
Senang je. Tidak perlu cari urat untuk inject.
Hanya inject dibahagian lemak perut yang anda mahu buang itu. Terdapat disediakan untuk membantu anda membuat teknik injection yang betul.

KESAN SAMPINGAN RAWATAN hCG?
Rawatan hCG yang dipantau oleh doktor adalah selamat. hCG tidak mempunyai kesan sampingan yang serius (jika tidak wanita yang mempunyai 1,000,000 IU hCG dalam badan ketika hamil juga akan mengalami masalah yang serius)!
Akan tetapi antara kemungkinan kesan adalah seperti sembelit, lapar, letih, pening, cramps atau hypoglycaemia yang berkait rapat dengan pengambilan kalori yang rendah. Walaubagaimanapun, pengambilan air yang banyak dan supplement akan membantu.
Kajian Dr. Simeon terhadap 10,000 pesakitnya membuktikan bahawa diet program dengan rawatan hCG mempunyai kesan yang lebih baik dari segi pengurangan lemak badan dan pengekalan berat badan dalam jangkamasa panjang berbanding client yang hanya mengambil diet sahaja.
BOLEHKAH SAYA BERJAYA SEPERTI YANG LAIN?
Kejayaan program ini sangat bergantung kepada disiplin, keyakinan, konsistensi & kekuatan impian anda untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik! SET MINDA ANDA– 23 atau 46 Hari ini adalah waktu membersihkan diri (cleansing program), pembuangan lemak & detoksifikasi.
Sediakan satu baju yang lebih kecil dari saiz anda sekarang.
Matlamat bukan sekadar untuk kurus sahaja tetapi Lebih Sihat untuk jangkamasa panjang.
Kuatkan semangat untuk melawan nafsu & keinginan – Ini adalah proses untuk ‘RESET’ Hipothalamus.

Untuk TESTIMONI yang telah berjaya, boleh lihat di link :



BERAPA HARGA PAKEJ HCG NI?
Kami mempunyai PROMOSI DISKAUN ISTIMEWA bulan ini dan juga FREE GIFT sekiranya anda berminat untuk menjalani program ini.
Jika ingin maklumat lanjut tentang PROMOSI dan FREE GIFT, Hubungi kami di WhatApps 017 508 4430 atau email : drmalinda@gmail.com
Hanya inject dibahagian lemak perut yang anda mahu buang itu. Terdapat disediakan untuk membantu anda membuat teknik injection yang betul.

BAGAIMANA NAK BERMULA?
Mudah Sahaja! Hubungi kami di WhatApps 017 508 4430 atau email di drmalinda@gmail.com PENDAFTARAN HARI INI!
 
Kami berbesar hati untuk membantu anda!

Tahniah & Selamat Ucapkan Selamat Tinggal kepada kehidupan lama yang tidak sihat!

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk disini... 

Macam-macam versi kan orang Malaysia makan durian. Ada yang makan dengan pulut lemak, ada yang dibuat kuah durian yang dipanggil air gula atau di utara dipanggil serawa. Ada yang memang tak makan durian dengan pulut. Ada pula yang kena durianya dimakan bersama nasi putih berair garam.. hihi macam macam kan.. 

P1014344ed

Kalau di utara, kami memang makan durian ni bersama pulut atau nasi. Tepai mesti ada kuah santan yang dikacau rata bersama sedikit garam. Pulutnya pula dikukus kosong. Bila nak makan, curahkan kuah santan keatas pulut biarkan sekejap agar pulut kukus tadi lembut dan kemudian dimakan dengan durian. Rasanya lemak manis kerana santan tu sedikit lemak masin. Jika dapat durian yang kurang manis, tabur je sedikit gula diatas pulut. Sedappp! 

Santan tu jika perut jenis cepat sebu sebab tak tahan makan santan mentah boleh masak sekejap atas api sehingga panas tetapi tak mendidih takut pecah santan pula nanti. Santan pun tak akan cepat basi jika dimasak terlebih dahulu

P1014332ed
Servis urutan badan di rumah? Macam best dengar kan? Lagi best sebab boleh tempah secara online! Bagi Kekny kalau dapat buat servis urutan di rumah ni memang selesa dan privacy. Kekny memang malas atau lebih tepat istilahnya malu hehehe nak pergi berurut di luar ni. Segan dan adakalanya tempat urut yang disediakan bercampur lelaki dan perempuan jadi tak berapa selesa.

Tak perlu nak rasa malu kalau guna servis terapi.my sebab ianya dilakukan dirumah sahaja. Dan ianya patuh syariah kerana juruterapi disediakan ialah mengikut jantina. Jadi tak ada isu aurat dan sebagainya. 

Badan kita ni ibarat kereta, macam enjin ianya berputar setiap masa kadang tanpa henti. Jika kereta perlukan servis, begitu juga badan kita. Badan kita memerlukan servis seperti urutan, refleksologi dan bekam untuk melancarkan system badan dan menjadikan badan kembali bertenaga. Badan ni nak pakai lama jadi memang kena jaga sebaik mungkin.

Servis Urutan Badan, Refleksologi dan Bekam Di Rumah

Terapi.my menawarkan khidmat terapi badan merangkumi servis urutan, refleksologi dan bekam serta ada juga khidmat perbidanan terus ke rumah anda. Memang mudah semudah cara membuat tempahannya iaitu hanya perlu tempah secara online di website Terapi.my , buat pembayaran dan tunggu sahaja juruterapi bertauliah datang kerumah untuk servis yang kita minta. Kadangkala kesibukan masa tu memang payah kita nak keluar mencari tempat untuk buat urutan ni. Apalagi dengan badan letih dan sakit. Bertambah sakit dibuatnya hehehe.. 

Booking je secara online di Terapi.my



Antara kelebihan menggunakan servis Terapi.my 

1. Tak perlu keluar rumah dan tak perlu mengharungi kesesakan lalu lintas, parking tiada dan sebagainya.

2. Servis rawatan sehingga selewat jam 11 malam. Senang kan balik kerja boleh buat terapi. Tak perlu ambil cuti atau ponteng kerja

3. Tempahan mengikut kesesuaian jadual dan masa kita. Akan diberi beberapa masa dan kita cuma pilih. Nak pagi, petang atau malam

4. Lepas rawatan tak perlu lagi nak drive balik ke rumah. Boleh terus berehat atau terus buat kerja rumah. 

5. Harga yang diberi sangatlah berpatutan.



Pakej-pakej yang ditawarkan.. sangat berpatutan. Lebih murah dari caj pergi spa tau.. 



Pilih je pakej terapi yang kita nak 


Pilih tarikh dan masa..


Dan pilih negeri dan bandar tempat kita tinggal...


Sekarang ini khidmat Terapi.my hanya merangkumi kawasan-kawasan ini.

Ampang, Bangi, Bandar Baru Salak Tinggi, Cheras, Cyberjaya, Damansara, Gombak, Kajang, Kelana Jaya, Keramat, Klang, Nilai, Petaling Jaya, Puchong, USJ, Sungai Buloh, Shah Alam dan Subang Jaya

Tapi masa akan datang mereka akan menambahkan kawasan lagi untuk memberi kemudahan ini kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dan sekarang ni ada promosi tau.. 10% diskaun. Masukkan saja kod promosi TERAPI31 




Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi atau ke :

Website :

Facebook : 

Instagram : 

Tel : 013 - 923 9551


Kekny sekarang ni cuba kurangkan makan nasi.. disebabkan mak dan adik-adik ke Melaka bercuti 3 hari, Kekny cubalah tak makan nasi hari ni dah hari ke 4. Ye lah selalu dorongan tu sebab ada nasi dan lauk di rumah tersedia bila balik. Jadi mesti kita makan. Ambil kesempatan bila takda orang kat rumah ni, masak yang healthy sikit. Ok ni sup salmon simple, letak sayur dan tauhu telur tu sedap juga hirup.. 

Kalau nak buat sup ikan ni make sure ikan yang kita pakai segar betul. Kalau tak segar memang lain macam je sup tu rasa hehehe. Kekny kalau buat sup seafood suka tumis bawang tu campur dengan tomato yang dibelah nipis. Asid dari buah tomato boleh hilangkan bau hanyir dan buat kuah rasa lebih sedap.

P8215456bred

Ok tak nak cakap banyak, jom tengok resepi simple sangat. Pejam mata pun boleh buat lah!

P8215456bred2 

SUP SALMON DAN BROKOLI

Bahan-bahan
2 keping ikan salmon
½ cawan brokoli, dipotong
1 batang celery, dipotong
1 biji tomato dibelah nipis
2 keping tauhu lembut, dipotong
3 ulas bawang putih, dihiris
3 ulas bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris nipis
1 sudu kecil lada sulah
1 helai daun bay kering
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar ikan bilis, ditumbuk - sebagai perasa lebih sedap letak ni tau
1 sudu besar daun sup, dicincang
3-4 cawan air
Garam secukup rasa

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak, dan tumis bawang merah, tomato yang dihiris, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi.

2. Masukkan air dan celery. Masukkan ikan bilis tumbuk, lada sulah dan garam. Masukkan juga daun bay kering. Biar sehingga mendidih

3. Masukkan kepingan ikan salmon, tauhu lembut dan brokoli. Masak lagi sehingga mendidih. Tabur daun sup dan  sedia dihidangkan

Saranan
Ikan Salmon boleh digantikan dengan ikan lain seperti ikan merah, tenggiri atau siakap.

Kena cuba resepi sup ikan salmon brocoli ni ye!


Bagi penggemar bubur macam Kekny, memang sangat menggemari bubur. Apa saja jenis bubur. Paling suka bubur nasi berlauk atau bubur lambuk.. Sedapnya lah.

Ok bagi yang dah jemu buat bubur nasi, boleh juga gantikan beras tu dengan kentang. Macam bubur nasi biasa, boleh letak bahan-bahan yang kita suka, cuma bahan utama bubur tu pakai kentang..

P8123473ed

Sedap juga bila buat macam ni.. bila nak makan tu letak kicap cair lemak masin sikit.. Terangkat! Resepi ni dapat dari website di indonesia. Lupa dah website apa. Tapi bila cuba tu memang tak menyesal la hehe... Kalau nak tukar ayam dengan daging pun boleh je. Letak je apa bahan kita suka.

P8123536ed2  

Resepi Bubur Kentang Ayam

Bahan :
2 biji kentang – direbus sehingga empuk. Lenyekkan
150 gram daging ayam, potong dadu
2 ulas bawang putih cincang
1/4 besar cincang
1 batang seleri cincang
1 batang lobak merah cincang
1/4 sdt garam
300 ml air
3-4 sudu minyak untuk menumis

Bahan Pelengkap :
Telur dadar – hiris halus
Kicap manis
Daun bawang dihiris
Bawang goreng
Sedikit minyak bijan

Cara Membuat :

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan daging ayam dan kacau rata. Masukkan air dan rebus seketika.

Masukkan kentang lecek, carrot dan saleri. Masak sehingga pekat.
Masukkan garam da boleh dihidangkan. Jika suka isi ayam tu boleh dicarikkan dan letak atas bubur.

Hidang bersama kicap telur dadar, daun bawang dan bawang goreng.

Rasa macam dah lama tak update blog. Busy yang teramat sangat. Hari ni nak share resepi mudah ikan siakap kukus halia ala chinese. Selalu sangat kan kita buat kukus limau, atau kukus halia yang ala thai tu. Yang ni kekny pernah rasa kat satu restoren chinese muslim. Terus rasa terpikat pada rasa kuah yang sedap. Kuahnya sedikit pekat sebab letak tepung jagung. Ada rasa minyak bijan, bawang putih dan nampak jelas halia muda yang diracik halus. Halia muda tu gigit sikit dengan nasi putih pun sedap tau. Jadi kekny balik olah sendiri resepi tu ikut apa yang kita rasa. Menjadi lah jugak rasanya.

P1014376ed

Ikan kalau segar ni memang manis je kan dan sedap dibuat masak kukus. Kalau ikan kurang segar, jangan dibuat masak kukus nanti tak sedap isinya, sebaliknya buat masak goreng deep fried sehingga rangup dan boleh curah kuah sweet sour atau sebagainya supaya rasa lebih sedap. Ni Kekny pakai ikan siakap dari Kuala Kedah memang terasa kesegaranya.

P1014371ed P1014359ed

Resepi Ikan Kukus Halia Chinese Style

Bahan-bahan 
1 ekor ikan siakap / jenahak / kerapu atau apa sahaja - dibersihkan
1 ketul halia muda, dihiris nipis - ikut lah nak banyak mana
1 ulas bawang besar, diracik halus
2 ulas bawang putih, dicincang
5-6 biji cili padi, dipotong - optional
Daun sup dicincang
Daun bawang dipotong

Bahan sos digaul bersama
2-3 sudu besar kicap manis atau kicap biasa yang pekat tu
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair - boleh gantikan dengan garam
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan air (atau lebih jika perlu)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu teh minyak bijan

Bahan tumis
Sedikit halia yang diracik
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
sedikit minyak

Cara penyediaan

Ikan digaul dengan garam dan letakkan dalam pinggan atau dulang kukus. Ratakan halia muda, bawang putih dan bawang besar diatas ikan serta letak sedikit didalam perut ikan

Tabur cili padi, daun sup dan daun bawang.

Panaskan kukusan sehingga mendidih.

Masukkan ikan. Tuang bahan sos yang dikacau sebati.

Kukus sehingga masak. sesekali buka penutup, dan kacau sos ditepi ikan supaya rata. Jika mata ikan sudah putih dan lembut tandanya ikan kukus siap masak

Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumis sehingga kekuningan. Terus curahkan keatas ikan didalam kukusan tadi. Letakkan juga sedikit minyak tumisan tu. Jangan terlalu banyak.

Siap dihidangkan.

Mesti ramai yang tercari-cari basic vanilla cupcake untuk buat jualan kan. Actually Kekny ada satu resepi ni yang menjadi keeper resepi. Bahan cukup mudah, dan Insyallah sedap. Kek apa pun jika kita guna bahan premium dan berkualiti akan jadi sedap. Kalau berniaga tu, jangan bagi alasan nak jimat kos maka kita pilih untuk pakai bahan murah dan beli jenis timbang semua. Bila customer rasa sekali tak sedap, memang diorang akan cari bakers lain.

Sekarang ni ramai yang jadi bakers part time. Jadi pengunaan bahan-bahan premium tu yang membezakan kita dan bakers lain. Kalau kita pandai cari sumber tempat kita boleh dapat bahan-bahan premium dengan harga murah kosnya tak lah tinggi mana. Kena juga pandai buat pengiraan bahan, bukan main letak harga je. Baru boleh nampak aliran cashflow kita tu macam mana kan. Sebab tu nasihat saya, pakai bahan premium, pakai butter berkualiti, tepung berkualiti, serbuk koko dan coklat yang berjenama. Kita rugi sikit margin keuntungan tu dari orang lain yang buat keuntungan banyak dengan menggunakan bahan murah. Tapi dengan bahan berkualiti, biar orang merasa kek kita tu, teringat-ingat. Walaupun mahal sedikit kalau sedap orang akan cari balik dan akan recommend kat kawan-kawan diorang. Jadi margin keuntungan tu akan berpanjangan tak akan stop pada satu customer sahaja. Membebel pulak kan hehehe...

P1013494ed

Kek ni gebu dan moist. Memang sedap. Ramai customer Kekny selalu order vanilla buttercake ni dan digandingkan dengan frosting cream cheese. Jom tengok resepi, dah olah supaya senang faham.
P1013512ed



Resepi Cupcake Vanilla  

30-35 biji cupcake size M

Bahan A (ayak 2 kali)
4 ½ cup Tepung naik sendiri
¼ teaspoon baking soda

Bahan B (campurkan)
 2 cup buttermilk ( atau susu segar full cream campur 2 sudu besar cuka dan biarkan selama 20 minit)
2 teaspoon creamy vanilla essence (bau lebih kuat, harum dan selalunya lebih mahal dari esen vanila biasa, kalau pakai esen vanilla biasa letak je lebih skit)

Bahan C (Putar)
 340g  butter - pakai anchor, suhu bilik, lembut tetapi masih sedikit sejuk
 2 cup gula caster - saya paka 1 1/4 je sebab nak kurang manis
 6 eggs
1 teaspoon garam

Cara penyediaan

Butter dan gula dipukul sehingga kembang dan berkrim. Masukkan garam. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul. Selang masa 30 saat ke seminit putaran setiap sebiji

Masukkan 1/3 bahan A (tepung), putar perlahan

Masukkan 1/2 bahan B, putar perlahan

masukkan 1/3 Bahan A (tepung) putar perlahan

Masukkan 1/2 sehingga habis bahan B, Putar perlahan

Masukkan baki 1/3 Bahan A (tepung) sehingga habis, dan putar lagi sehingga rata

P/s : Kena selang seli masukkan bahan cecair dan tepung supaya adunan tidak menjadi sup berkrim dan kek tak naik gebu!

Masukkan dalam paper cup dan bakar pada suhu 160-170C selama 20-25 minit atau sehingga masak.