Cara Edit Gambar Guna Instagram

/
14 Comments
10:33 am
Haa ramai yang tanya kenapa gambar kekny di Insta nampak terang dan bersinaq hehe.. Kalau di insta memang gambar kebanyakannya adalah gambar dari handphone. Kadang bila shoot tu, memang lepas shoot pakai DSLR, akan shoot juga guna handphone sebab nak upload di instagram. Sebab nak tunggu transfer gambar dari laptop ke handphone alamat makanan pun dh habis, gambar pun dah basi. hehehe...

Pertama sekali korang memang perlukan cahaya yang cukup untuk ambil gambar yang cantik. Sama ada cahaya semulajadi atau cahaya dari lampu kalau shoot waktu malam. Kalau nak cahaya semulajadi, korang boleh cuba praktis letak satu meja yang sama tinggi dengan tingkap. Dan ambil gambar dari situ. Kalau ada meja rendah, boleh pakai pintu rumah hehehe.. Jangan buka flash langsung ok.

Ni gambar lepas edit di instagram. handphone pakai ASUS Zenfone 6


Ni gambar asal. Agak malap dan tak menyerlah. maklumlah pakai handphone je hehehe.. 

Uploadkan ke instagram macam biasa... kita boleh pilih option samada nak crop gambar atau ikut size gambar biasa.. ni kena ikut citarasa masing-masing. 


Terdapat dua pilihan menggunakan FILTER atau EDIT secara manual. Klik je pada EDIT. 


Kemudian Klik BRIGHTNESS untuk adjust kadar pengcahayaan.


Adjust sampai level berapa kita rasa sesuai..

Bila cahaya dah cun, boleh adjust SATURATION. Saturation ni macam nak warna lebih pekat dan terang atau sebaliknya.


Adjust ikut mata kita nampak cantik hehehe.. eh tapi perasan tak bawah pinggan macam ada bebayang?


So untuk nampak lebih menyerlah, kita kurangkan bebayang atau SHADOW gambar kita. Jadi klik SHADOW 






Nampak kurang sikit kan bayang tu.. jadi boleh lah cuba function lain seperti SHARPNESS. Ni kalau gambar tergegar sikit dan blur sikit boleh lah repair-repair sikit. Kalau blurr banyak memang tak boleh buat apa lah redho je lah dik 



Nak dreamy atau hazy effect (contoh sesuai gambar kahwin, gambar romantik, gambar makanan tak berapa nak sesuai, ni contoh je) boleh la guna function FADE ni..

Atau jika rasa nak gambar ala ala high key boleh try function HIGHLIGHTS

Gambar sebelum dan selepas....



Senang je kan kalau kita dah faham function-function dalam instagram editor tu. Saya prefer edit sendiri gambar secara manual dengan instgram editor dari pakai filter.. filter tu kadang-kadang ta berapa nak cantik bagi pandangan mata hehehe..



You may also like

14 comments:

Mrs. A said...

Oh! okay nanti nak cubalah.
Thanks for sharing.

Siti Rohaida Yusof said...

isk..bagus ni..selalu select je pilihan gambar yang nak then upload..lepas ni kita cuba..thanks eny for tutor ni...kita pun ambil gambar guna hp..nak guna dslr mcm lambat sangat kan

Fiza Rahman said...

Owhhh.. gittew. Thanks for the tips eny ☺

Nooraini Ali. said...

Ummi guna kaedah sama juga..tapi bagu u siap buat entry

Yatie Owner said...

nice :)
nanti PG pergi selongkar iG :D

Cikk Mimin said...

terbaiklah kekny ^.^

ibh_sue said...

Assalamualaikum..
First time rasa masuk sini..maklum la mood baru nak on balik berblog. Salam kenal Kekny.. Akak pun edit macam tu juga. Tapi apa pun gamba kena la kreatif juga mcm Kakny punya tu..Baru lah edit pun lawo (^_^).

Azlinda Azman said...

Boleh cuba lps ni...selalu pkai brightness je

Hanis Amanina said...

suka jugak play around dgn saturation, contrast tu semua :D

hanisamanina.com

PERMATABIRU said...

Edit tu yg mainkan peranan penting hehe

PCL said...

Ok keknya memang selalu guna pic yg ori.. btw tq. Nak juga yg lawo gitu..

Mommy Cici said...

thanks for the tips. selalu kita edit pakai saturation and brightness je . hehhe boleh try ni <3

Manusia Berubah said...

keRAJINan dan keSUNGGUHan itu sama penting... hehehehehe.. :)

Nadia Nurul said...

tq for sharing...good info kekny