Salam semua, dah lama pula tak update blog ni. Bukan apa banyak tempahan kek dan pada masa yang sama banyak kerja di office perlu diselesaikan. Jadi kerja-kerja blog perlu kurangkan agar tak terkejar-kejar deadline. Alhamdulillah minggu ni beransur kurang sikit. Insyallah akan cuba update.

Sup Kepah simple ni sebagai dinner semalam. Hidangkan dengan nasi panas dah sedap. Tapi kekny ratah macam tu je hehehe.. Senang je buat ni cuma tumis dengan bawang putih cincang, sedikit bawang merah, masuk kepah dan air, lada sulah dan jika suka boleh masukkan sedikit minyak bijan.  Boleh tambah halia dan serai jika nak kurangkan bau. Siap satu hidangan yang bagi Kekny ialah my kind of comfort food. :)
  P_20160216_184505ed

Kek pisang memang kegemaran Kekny. Orang kata kek pisang je kan, tapi ni bukan kek pisang yang letak esen pisang tu.. yang saya suka ialah kek pisang yang baunya harum pisang asli dan ada rasa lemak-lemak. Kegilaan kek pisang ni bermula bila isteri seorang senior engineer di office, Mr Wong yang selalu bagi kek pisang yang sangat lah sedap dan gebu. Kek pisang Mrs Wong moist tapi gebu. Sebab kebanyakan kek pisang kalau moist mesti sedikit berat dan agak padat kan... tapi ini kek nya ringan, gebu, dan berbau harum pisang serta lemak hasil dari pengunaan pure butter. Memang sejak dari kali pertama makan, asyiklah termimpi kalau lah dapat menghasilkan kek yang sama. Ni kali ke berapa puluh entah saya cuba kek pisang, akhirnya dapat juga kek pisang yang hampir menyerupai kek pisang isteri Mr Wong tu...

P1013752ed

Saya tambah walnut. Walnut memang sedap jika digandingkan dengan kek yang agak manis. Rasa lemak kacangnya offset kan rasa manis tu. Sedap juga kalau letak dalam kek buah. Saya pun hairan, walnut jika dimakan begitu sahaja agak pelik rasanya, tapi sangat sedap jika dimakan bersama kek.

P1013721ed

Tengoklah kegebuan kek pisang ni. Next time saya buat, nak masukkan sedikit cincangan dadu isi pisang sekali bersama pisang dilecek. Sebab masa makan kek ni, ada tergigit isi pisang yang tak berapa hancur tu, aduss sedap pulakkk... kek ni sengaja saya guna gula perang dan kurangkan lagi kandungan gula dari resepi asal agar rasa kurang manis. Saya walau suka makan kek, tapi kek manis sangat memang tak berapa gemar. Boleh pening kepala dibuatnya hehehe..

P1013735ed

Alhamdulillah impian untuk menghasilkan kek pisang premium kegemaran Kekny ni dah termakbul. Ingat nak buka order, tapi kek pisang ni supermarket pun baru RM5, nanti kita jual mahal dikata kita nak ambik untung lebih pula kan hihihi.. Tapi kalau dah rasa keenakan kek pisang ni memang jauh beza dengan yang dijual di pasaraya tu. Saya memang tak berapa suka kek pisang murah yang diletak esen pisang dalamnya. Ok jom tengok resepi kat bawah ni...

P1013796ed

Resepi Kek Pisang Walnut Gebu

Untuk acuan empat segi sama bersaiz 9 inci atau 10 inci
Bahan-bahan 
350gm pisang berangan atau pisang emas, pisang berangan lebih harum baunya - dilecek
400 gm tepung naik sendiri, diayak
250 gm butter, dicairkan dan biar sejuk dulu - saya pakai pure butter SCS dicairkan dalam microwave
6 biji telur
300 gm gula perang - saya pakai 230gm supaya tak manis
1 cawan tau 250gm kacang walnut cincang kasar - boleh digantikan dengan badam keping
2 sudu teh esen vanila
2 sudu besar ovallete

Cara penyediaan

Masukkan ovalatte, telur dan gula dalam mixer dan putar sampai kembang.

Masukkan tepung dan isi pisang, putar lagi sampai adunan mengembang dan jadi pekat (ribbon stage)

Masukkan walnut. Simpan sikit untuk tabur dibahagian atas kek.

Perlahan kan mixer pada kelajuan paling perlahan, dan tuang butter cair perlahan lahan sambil diputar. Putar sekejap je supaya butter rata

Kacau dan kaup dengan spatula agar bahagian bawah mangkuk selalunya minyak atau butter tu tak rata bergaul dengan adunan. Kacau rata hingga sebati

Tuang dalam acuan beralaskan kertas baking yang digris. Jika suka susun kepingan pisang yang dipotong bulat bersama walnut diatas kek.

Bakar pada suhu 170C selama 40-45 minit atau sehingga kek masak. Ikut ketebalan adunan dan saiz acuan. Oven saya api atas bawah, saya cuma guna 160C sahaja.

Tips : Jangan bakar lama k, elok nampak dah keras kek dan cucuk tester tak melekat boleh lah terus keluarkan dari oven. Kek akan jadi keras kalau terlebih masak.



P_20160903_081536ed

Breakfast pagi ni sekadar moi (bubur nasi) rebus dengan halia sikit dan berlaukkan anak tamban goreng rangup krup krup... sedapnya ya amat.. 2 mangkuk jugak lah tambah. Cadang nak bawak bekal sikit ke office (yes im working on Saturday for those yang akan tanya tu hehehe) tapi disebabkan rasa kenyang pula jadi batalkan niat bawak bekal. 

Siapa yang tak ada idea nak breakfast sesuai la buat moi ni pagi pagi. Sesuai untuk perut yang selalu meragam, tak la terkejut masuk benda berat-berat hehehe..

P_20160903_081608ed

Semalam Kekny berjaya juga buat kek pisang gebu. Rasa macam dapat award je bila akhirnya, resepi demi resepi dicuba, finally dapat juga menghasilkan kek pisang ala kek pisang Mrs Wong yang Kekny selalu dapat dari suami dia Mr Wong, aka our senior engineer kat office. Nak mintak resepi malu lah pulak, jadi bila dah merasa kek pisang sodap begitu, hati rasa tak keruan, nak dapatkan kek pisang gebu dan lemak lemak macam tu..... maka ada satu ketika tiap hari Kekny buat kek pisang. 

Orang ni bagi petua, letak mayonis, letak yogurt, jus limau nipis.. haih macam-macam la petua tapi kek pisang tak segebu dan selemak kek pisang Mrs Wong. Maka bila dah berkali cuba, rasa malas nak buat dan give up.

P_20160902_155944ed  

Kelmarin terjumpa kat instagram sapa entah ada resepi kek pisang ni, terus cuba.... tapi sibuk juga nak menderhaka, pi tambah walnut kahkahkah....

Hasilnya, tengok macam nak meletup dalam oven sebab mengada pakai acuan bentuk heart tu.. tapi nasib tak melimpah ruah cukup paras acuan je. Memang gebu teksture kek pisang kali ni dan menyerupai kek pisang Mrs Wong. Nak ambik gambar proper ada orang dah tak sabar nak potong. Maklumlah tak sabar nak tengok jadi ke tak, gebu ke tak hehehe.. dah habis licin! Maka kek pisang ni malam ni akan cuba buat sekali lagi dan Kekny upload resepinya nanti ye dan of course lah dengan gambar yang ala ala nak masuk majalah hehehe... have a great weekend peeps!

P_20160902_164921
Haa ramai yang tanya kenapa gambar kekny di Insta nampak terang dan bersinaq hehe.. Kalau di insta memang gambar kebanyakannya adalah gambar dari handphone. Kadang bila shoot tu, memang lepas shoot pakai DSLR, akan shoot juga guna handphone sebab nak upload di instagram. Sebab nak tunggu transfer gambar dari laptop ke handphone alamat makanan pun dh habis, gambar pun dah basi. hehehe...

Pertama sekali korang memang perlukan cahaya yang cukup untuk ambil gambar yang cantik. Sama ada cahaya semulajadi atau cahaya dari lampu kalau shoot waktu malam. Kalau nak cahaya semulajadi, korang boleh cuba praktis letak satu meja yang sama tinggi dengan tingkap. Dan ambil gambar dari situ. Kalau ada meja rendah, boleh pakai pintu rumah hehehe.. Jangan buka flash langsung ok.

Ni gambar lepas edit di instagram. handphone pakai ASUS Zenfone 6


Ni gambar asal. Agak malap dan tak menyerlah. maklumlah pakai handphone je hehehe.. 

Uploadkan ke instagram macam biasa... kita boleh pilih option samada nak crop gambar atau ikut size gambar biasa.. ni kena ikut citarasa masing-masing. 


Terdapat dua pilihan menggunakan FILTER atau EDIT secara manual. Klik je pada EDIT. 


Kemudian Klik BRIGHTNESS untuk adjust kadar pengcahayaan.


Adjust sampai level berapa kita rasa sesuai..

Bila cahaya dah cun, boleh adjust SATURATION. Saturation ni macam nak warna lebih pekat dan terang atau sebaliknya.


Adjust ikut mata kita nampak cantik hehehe.. eh tapi perasan tak bawah pinggan macam ada bebayang?


So untuk nampak lebih menyerlah, kita kurangkan bebayang atau SHADOW gambar kita. Jadi klik SHADOW 






Nampak kurang sikit kan bayang tu.. jadi boleh lah cuba function lain seperti SHARPNESS. Ni kalau gambar tergegar sikit dan blur sikit boleh lah repair-repair sikit. Kalau blurr banyak memang tak boleh buat apa lah redho je lah dik 



Nak dreamy atau hazy effect (contoh sesuai gambar kahwin, gambar romantik, gambar makanan tak berapa nak sesuai, ni contoh je) boleh la guna function FADE ni..

Atau jika rasa nak gambar ala ala high key boleh try function HIGHLIGHTS

Gambar sebelum dan selepas....



Senang je kan kalau kita dah faham function-function dalam instagram editor tu. Saya prefer edit sendiri gambar secara manual dengan instgram editor dari pakai filter.. filter tu kadang-kadang ta berapa nak cantik bagi pandangan mata hehehe..