Stew Ayam Ala English

11:45 am

Salam semua


Dah jemu dengan menu yang dah selalu sangat masak. Ni kita masak stew pekat pula ala english. Dua tiga hari ni pula hujan jadi sedap menghirup sup dikala cuaca sejuk kan...

Cakap pasai cuaca sejuk ni, dah seminggu lebih asyik batuk sampai bernafas pun bunyi wisel hehe.. dah macam-macam ubat kutelan, tapi tak ok juga. Kalau ada yang ada petua berguna tu, kekny mohon korang share. Dah tak tahan batuk ni sampai cramp muscle perut. Sekarang ni hari-hari minum air lemon panas atau leh lemon. Bila minum kuranglah sikit, tapi effect dia tak kekal lama.

Berbalik kepada Stew ayam ni memang agak berlainan sikit dengan sup ayam biasa. Pengunaan tepung dan susu didalamnya bagi memekatkan dan memberi rasa lemak kepada kuah sup disamping pengunaan herba-herba daun bay dan parsley memberi sedikit kelainan. Biarkan merenih lama dalam periuk sehingga ayam betul-betul empuk bersama-sama sayur. kalau tak empuk tak sedap! Sedap dicicah roti bakar atau roti perancis, bila cicah tu, cedok je isi ayam dengan roti sebab ianya dah lembut dan empuk... memang heaven!

P8092359ed P8092357ed P8092373ed

STEW AYAM ENGLISH

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam, diambil isinya atau dipotong kecil
2 helai daun bay kering
2 ulas bawang besar holland – dibelah 2 atau 4
3  sudu besar tepung gandum
1 biji ubi kentang, dipotong 4
1 batang lobak merah, dipotong besar
2 kiub ayam - optional
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Sedikit daun Parsli dicincang - saya guna daun parsley kering
1/2 cawan susu segar - optional, supaya lebih lemak
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam
Air secukupnya

Bahan tumis :
2 sudu mentega
3 ulas bawang putih – dihancurkan
1 ulas bawang besar, dicincang kasar
1 batang celery, dicincang kasar

Cara penyediaan

1. Panaskan periuk dan masukkan butter, biar sehingga cair. Masukkan bahan tumis yang lain dan masak seketika sehingga layu.

2. Masukkan tepung gandum, dan kacau rata. Terus masukkan air, susu dan isi ayam bersama kiub ayam dan daun bay. Reneh sehingga ayam empuk. Lebih cepat jika guna pressure cooker.

3. Masukkan kentang dan lobak merah dan bawang besar yang dipotong dan reneh lagi sehingga ayam dan sayuran betul-betul lembut. Masukkah garam, serbuk lada sulah dan masak sehingga kuah sedikit pekat

4. Apabila siap, tabur daun parsli dan bolehlah dihidangkan.

You Might Also Like

4 comments

  1. Menarik.. boleh cuba juga ni nanti...

    ReplyDelete
  2. *asyik batuk sampai bernafas pun bunyi wesel*
    hahahah tergelak-gelak kc memalam buta ni.
    btw nampak menarik sangat stew ayam ala english ni. nak jugak hirup time cuaca sejuksejuk hehhee

    ReplyDelete
  3. sedap nya kak eny.eh, stew bkn kak eny sedap

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com