Cara Buat Sos Karamel Yang Sedap

Sos karamel (caramel sauce) ni memang menjadi kegilaan bagi sesetengah orang. Sos karamel sedap dibuat sebagai sapuan roti bakar, cicah kuih cakoi, roti canai, bun dan sebagainya. Nak drizzle atas ais krim pun sedap atau sebagai topping donut, kek dan brownies. Ramai yang takut dan ragu-ragu nak sediakan karamel atau bahasa mudah kita selalu panggil gula hangus. Sebab kena pandai adjust suhu dan masa dan paling penting sekali perlukan kesabaran kerana menunggu gula menjadi perang tu memang agak lambat tapi once dia dah perang, cepat pula dia nak hangus huhu.. 
  P1013358ed3

Caramel menjadi sos yang pekat apabila digabungkan dengan cream dan butter. Campurkan secubit garam to cut down the sweetness dan sedikit esen vanila untuk menambah rasa dan baunya menjadi sangat harum... Ok jom kekny ajar cara step by step nak buat karamel ni. Mudah je. Tapi korang memang kena berdiri dekat tepi stove tu je lah jangan pandai-pandai tinggal pulak memang confirm karamel korang hangus hehehe...

P1013332ed

Resepi Sos Karamel

Bahan-bahan
1 cup gula castor
1/2 cup heavy cream - saya pakai jenama Anchor
1/3 cup butter sejuk - saya pakai jenama Anchor
4 tablespoon air
1/2 teaspoon garam - saya suka sedikit salty, jadi saya letak 1 teaspoon 
1/2 teaspoon vanilla essence


Cara-cara buat sos karamel

P1013251ed2

Masukkan air dan kemudian gula kedalam periuk. Buka api. Eh mana api.. hehe ni pakai induction cooker. Induction cooker senang nak adjust suhu sikit.
P1013257ED

Buka api perlahan dan sederhana dan didihkan sambil gerak-gerakkan periuk supaya gula dan air sebati. Pakai senduk nanti senduk tu melekat kadang-kadang. Pakai induction cooker ni suhu buka 800 je. Memang ambil masa sikit ye supaya gula betul larut dan air tu sedikit kering, tak boleh terburu-buru sekejap kuatkan api, sekejap perlahankan. Biar je pada suhu yang perlahan. Bila air banyak tersejat semasa gula mencair, barulah karamel tak cair dan elok je pekatnya.. Jadi biar masak lama sikit pun tak apa.
P1013259ed

Tunggu sampai gula cair sepenuhnya dan akan mula bertukar perang tetapi hati-hati jangan hangus. Biar sampai jadi warna macam ni.. 
P1013263ed

Terus masukkan butter sejuk dan kacau sekejap 
P1013266ed

Terus masukkan krim dan kacau lagi sehingga butter cair sepenuhnya dan krim sebati
P1013270ed

Didihkan sekejap lagi sambil dikacau lagi di tepi periuk. Sebab kadangkala bila masuk butter sejuk dan krim, gula akan ada yang membeku sikit. Jangan risau kacau je atas api perlahan sampai larut balik. Kacau sehingga betul betul sebati dan halus je tekstur karamel sos tu. Masukkan garam dan esen vanila dan terus kacau rata,
P1013273ed

Dah siap caramel sauce kita. Biarkan sejuk sebelum disimpan dalam botol
P1013275ed

Simpan dalam botol kaca supaya lebih tahan lama. Botol sos tu simpan dalam peti ais. Jangan simpan di luar peti ais kerana kandungan krim dan butter boleh buatkan sos karamel jadi tengik. Bila nak guna biarkan kejap pada suhu bilik, cedok dan simpan semula. 

P1013359ed

Senangkan buat karamel sos ni? Jom cuba buat sendiri!

Post a Comment

20 Comments

  1. Assalam. Nk copy resepi boleh? nampak sedap..

    ReplyDelete
  2. Kalau Heavy cream xde boleh tak nk ganti dengan whipping cream?

    ReplyDelete
  3. Kalau xde heavy cream boleh ganti dengan whipping cream tak?

    ReplyDelete
  4. Kalau xde heavy cream boleh ganti dengan whipping cream tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. heavy and whipping sama. pakai yang diary atau UHT, bukan non diary atau fresh cream yang manis ya

      Delete
  5. Terima kasih utk resepi. Saya ambik ^^

    ReplyDelete
  6. Salam kakny..sy dh try td..tp bile dia sejuk dia mcm kasar ckit tekstur dia..knpe ye

    ReplyDelete
  7. Salam kakny..sy dh try td..tp bile dia sejuk dia mcm kasar ckit tekstur dia..knpe ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. samada gula tak cair sepenunya atau krim dah bergumpal. lepas masuk krim, api slowkan, kalau tak pecah mcm pecah santan.

      Delete
  8. SAYA PON TUMPANG RESEPI KEK NY

    ReplyDelete
  9. Assalam kak eny saya mohon share resepi kek lemon cheese ni ye. TQ.

    ReplyDelete
  10. Salam..cairkn gula dahulu ke gula dh cair perang bru masukkn air ke?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gula dah cair dah warna kuning gold boleh masukkan air

      Delete
  11. kak. pakai inductor cooker tu brand apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. induction tu dah rosak, now using Pensonic ceramic cooker.

      Delete
  12. Caremel dengan butterscocth resepi hampir sama .Cuma beza heavy cream je takde . Betul kek kakny ? Mohon reply

    ReplyDelete
    Replies
    1. caramel dari gula putih yag dihanguskan.
      Butterscotch dari gula perang, tak perlu hanguskan hanya cairkan dan masuk cream.

      Delete
  13. sy nk tanya kenapa bila masuk krim sos ni jadi cair ye mcm xmnjadi plak. sbb krim tu ke mgkin dh xok 😂 dy jadi xpekat. pelik plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak masuk krim tu bila? lepas masuk krim masak sekejap sampai pekat sambil kacau

      Delete