Orang Kedah ni suka berkuah dan ringkas dipanggil sayuq (sayur) walaupun tiada sayur dalam tu hehehe..

Contohnya Sayuq Ikan (Resepi KLIK), Sayuq Manis Rebung (Resepi KLIK) dan kali ni Sayuq Lala. Lala ni sejenis kepah kecik kecik dan selalunya dibuat sup ringkas. Ada yang jenis lala letak seribu yang besar sedikit. Yang ni jenis lala kecik dan sesuai diabuat sup. Memang sedap kalau dapat hirup sayuq lala ni panas-panas dan lala tu kena fresh. Terasa air manis lala tu dalam kuah. Memang sedap.

Kebetulan ke pasar minggu lepas, dan terjumpa terus beli sekilo. Mak suka lala ni dibuat sup dan berselera dia makan. :)

P1013097ed

Resepi Sayuq Lala Utara

Bahan-bahan
1/2 kg lala kecil
2 pokok daun bawang
2 batang serai
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
Sedikit minyak
Air secukupnya
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa

Cara penyediaan 

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris bersama serai. masukkan lala dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dan terus masukkan lada, hirisan daun bawang dan garam secukup rasa. Sedia dihidangkan
Musim durian kan sekarang ni. Dan saya paling suka kalau durian dibuat kuah durian. Selalunya dihidangkan dengan  pulut. Tapi kali ni hidangkan dengan roti bakar bermentega. Ishhh sedap pula. Kalau roti biasa tu rasa biasa je, tapi roti bakar ni memang lain macam rasa dia. Kena bakar sampai garing tau baru sedap.

P1013204ed

Saya tak pasti di negeri lain orang panggil apa kuah durian ni, tapi dengar kata ada yang panggil bubur, air gula, pengat dan sebagainya. Kalau di utara ni kami panggil kuah durian atau serawa. Selalu dihidangkan dengan pulut kosong. Masuk ja pulut dalam tu bila nak makan. Tapi makan dengan roti bakar atau roti pat segi (biskut tawar aka biskut cap hup seng) pun sedapppp! Hidangkan dengan teh tarik suam suam he he he 

P1013185ed

Resepi Kuah Durian

Bahan-bahan 
5-6 ulas durian - lagi banyak lagi sedap heehee
1 cawan santan pekat
Gula ikut kemanisan, Boleh masuk sikit-sikit dan adjust
Secubit garam
Sedikit air ikut kepekatan
2 sudu besar sagu kecil - jika suka
Daun pandan- disimpul

Cara penyediaan
Campur ulas durian bersama sedikit air dan gula, didihkan. Jumlah air diparas durian sahaja ye. Jangan lebih.

Kacau dengan senduk supaya isi durian lerai. Dah lerai boleh keluarkan bijinya.

Tuang santan pekat, sedikit garam dan tambah gula jika perlu. Tambah air atau santan jika terlalu pekat

Masukkan sagu dan biar mendidih sambil dikacau sehingga sagu lembut, bolehla diangkat. Siap!
Sos karamel (caramel sauce) ni memang menjadi kegilaan bagi sesetengah orang. Sos karamel sedap dibuat sebagai sapuan roti bakar, cicah kuih cakoi, roti canai, bun dan sebagainya. Nak drizzle atas ais krim pun sedap atau sebagai topping donut, kek dan brownies. Ramai yang takut dan ragu-ragu nak sediakan karamel atau bahasa mudah kita selalu panggil gula hangus. Sebab kena pandai adjust suhu dan masa dan paling penting sekali perlukan kesabaran kerana menunggu gula menjadi perang tu memang agak lambat tapi once dia dah perang, cepat pula dia nak hangus huhu.. 
  P1013358ed3

Caramel menjadi sos yang pekat apabila digabungkan dengan cream dan butter. Campurkan secubit garam to cut down the sweetness dan sedikit esen vanila untuk menambah rasa dan baunya menjadi sangat harum... Ok jom kekny ajar cara step by step nak buat karamel ni. Mudah je. Tapi korang memang kena berdiri dekat tepi stove tu je lah jangan pandai-pandai tinggal pulak memang confirm karamel korang hangus hehehe...

P1013332ed

Resepi Sos Karamel

Bahan-bahan
1 cup gula castor
1/2 cup heavy cream - saya pakai jenama Anchor
1/3 cup butter sejuk - saya pakai jenama Anchor
4 tablespoon air
1/2 teaspoon garam - saya suka sedikit salty, jadi saya letak 1 teaspoon 
1/2 teaspoon vanilla essence


Cara-cara buat sos karamel

P1013251ed2

Masukkan air dan kemudian gula kedalam periuk. Buka api. Eh mana api.. hehe ni pakai induction cooker. Induction cooker senang nak adjust suhu sikit.
P1013257ED

Buka api perlahan dan sederhana dan didihkan sambil gerak-gerakkan periuk supaya gula dan air sebati. Pakai senduk nanti senduk tu melekat kadang-kadang. Pakai induction cooker ni suhu buka 800 je. Memang ambil masa sikit ye supaya gula betul larut dan air tu sedikit kering, tak boleh terburu-buru sekejap kuatkan api, sekejap perlahankan. Biar je pada suhu yang perlahan. Bila air banyak tersejat semasa gula mencair, barulah karamel tak cair dan elok je pekatnya.. Jadi biar masak lama sikit pun tak apa.
P1013259ed

Tunggu sampai gula cair sepenuhnya dan akan mula bertukar perang tetapi hati-hati jangan hangus. Biar sampai jadi warna macam ni.. 
P1013263ed

Terus masukkan butter sejuk dan kacau sekejap 
P1013266ed

Terus masukkan krim dan kacau lagi sehingga butter cair sepenuhnya dan krim sebati
P1013270ed

Didihkan sekejap lagi sambil dikacau lagi di tepi periuk. Sebab kadangkala bila masuk butter sejuk dan krim, gula akan ada yang membeku sikit. Jangan risau kacau je atas api perlahan sampai larut balik. Kacau sehingga betul betul sebati dan halus je tekstur karamel sos tu. Masukkan garam dan esen vanila dan terus kacau rata,
P1013273ed

Dah siap caramel sauce kita. Biarkan sejuk sebelum disimpan dalam botol
P1013275ed

Simpan dalam botol kaca supaya lebih tahan lama. Botol sos tu simpan dalam peti ais. Jangan simpan di luar peti ais kerana kandungan krim dan butter boleh buatkan sos karamel jadi tengik. Bila nak guna biarkan kejap pada suhu bilik, cedok dan simpan semula. 

P1013359ed

Senangkan buat karamel sos ni? Jom cuba buat sendiri!

Ramai yang tanya resepi Congo Bar tak ada ke kat blog kekny.. jawapanya.. mestilah ada. Tapi masa tu belum rupa congo bar yang sebenar sebab first attempt buat kan. Ni dah beberapa kali buat baru nampak lawa dan menjadi. Baru semangat nak ambil gambar. Dah jual beberapa ratus biji dah congo bar ni pun hehehe...

P2250998ed

Congo bar ni macam brownies. Ada yang panggil blondies sebab warna keperangan tu. Cara nak buat mudah. Tak perlu mixer bagai. Pakai senduk kayu atau sudu je. Rasa dia kenyal-kenyal, dilapisi rasa manis coklat susu didalamnya dan rasa rangup badam diatasnya. Sedap sangat. Resepi asal pakai coklat chips tapi kekny pakai coklat milk Beryls lagi sedap tauuuuu... korang nak lagi sedap cuba try Cadbury Milk ke.. mesti cair kat mulut! Resepi asal agak manis, jadi kalau tak suka manis boleh kurangkan banyak gula tu.. 
P2250994ed

Tips Congo Bar Sedap

Butter biar lembut pada suhu bilik, tetapi masih sejuk jika dipegang. 

Pakai gula perang sepenuhnya. Gula perang memberi flavour yang tersendiri kepada rasa kek selain memberi teksture kenyal (chewy)

Pakai coklat chips / coklat compound atau coins yang bermutu. Lebih sedap jika coklat susu (chocolate milk) - jangan confuse dengan white chocolate, totally different ok! 

Tambah kekacang - almond lah paling sedap. Tapi makesure kacang tu jangan banyak dan seeloknya tabur atas je banyak-banyak. Masuk adunan pun sedap tapi nak potong tu punyalah hazab. End up congo bar jadi hancur dan tak cantik bila dipotong

Jangan terlebih bakar. Ni satu ramai buat silap bakar terlebih lama. Jadi keras dan liat. Patut bakar secukupnya barulah teksture kenyal dan lembut tu ada.

Sebolehnya jangan pakai mixer. Terlebih pukul, congo bar boleh mendap dibahagian tengahnya. Betul ni tak tipu. Kacau kacau biar sebati je. Kalau nak pakai mixer pun putar sekejap je. Tapi rajin sangat ke korang nak basuh mixer yang pakai tak sampai 5 minit tu? hehehe


Resepi Congo Bar 

Untuk acuan empat segi size 10 x 10 inci
Bahan-bahan:
315 gm tepung gandum - saya pakai tepung naik sendiri
2 1/2 sudu kecil baking powder - tak pakai sebab dah guna tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter - biarkan lembut dahulu pada suhu bilik
320 gm gula perang - saya pakai 200gm sahaja
4 biji telur Gred B
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan chocolate milk coins - dicincang kasar, simpan sedikit untuk hiasan diatas
1/2 cawan  kepingan badam untuk tabur diatas

Cara penyediaan

Dalam mangkuk campurkan gula perang, garam bersama mentega dan kacau rata sehingga butter sebati menjadi paste. Kacau pakai senduk kayu sudah mencukupi dan tak perlu mixer.

Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau rata. Masukkan esen vanila.

Masukkan tepung dan kacau rata. Akhir sekali masukkan coklat milk cincang.

Tuangkan adunan kedalam acuan empat segi 10 inci yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas alas.

Ratakan permukan adunan dan susun coklat milk coins dan tabur badam

Bakar pada suhu 170 C selama lebih kurang 30 - 35  minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan dan kek bahagian dalam masak. Jangan terlebih bakar.

Terima kasih sebab sudi cuba resepi congo bar ni ye :D

Kalau kat kedah dipanggil sayuq ikan. Macam sup ikan dan pindang cuma kena tumis dengan serai, bawang merah dan bawang putih. Sebarang hidangan berkuah di Kedah ni memang dipanggil Sayuq walau tiada sayur didalam hehehe..

Sesekali dapat beli ikan kembung fresh yang isi manis dan lemak di pasar boleh buat resepi sayur ikan yang simple ni. Nak lebih sedap boleh letak tempe, tauhu, atau fucuk.

Untitled

Resepi Sayuq Ikan Utara

Bahan-bahan :
4 ekor ikan kembong / temenung - atau apa sahaja jenis ikan
3-4 biji cili padi - diketuk sehingga pecah
2-3 keping asam jawa
2 keping tauhu dipotong dadu
2 batang serai -diketuk
3 ulas bawang merah - hiris halus
2 ulas bawnag putih dihiris halus dan nipis
Sedikit halia - dihiris nipis
Suun - direndam dulu
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bawang bersama serai dan halia sehingga keknuningan. Masukkan air secukupnya, cili padi dan asam keping, rebus sekejap sehingga mendidih.

Masukkan ikan dan tauhu dan akhir sekali suun. Masak sehingga ikan masak dan siap!



Hai semua jangan lupa dapatkan Majalah SAJI edisi September 2016 kalau nak baca story kekny kat situ ye :)

Ucapan terima kasih kepada Encik Tajul Ariffin dari Majalah Saji yang sudi muatkan cerita mengenai www.enyabdullah.com. Alhamdulillah.





Hai semua,

Rata-rata ramai yang cakap, kek red velvet paling susah sekali nak buat. Ramai yang cakap susah nak dapat kegebuan kek dan tekstur kek yang seakan baldu semewah namanya si baldu merah (red velvet). Kek ni memang kalau silap teknik memang akan bawa bencana. Kek terhasil akan mendap, keras, bantat dan banyak lagi kisah tragik yang berlaku katanya hehehe..

Pengalaman saya buat kek red velvet ni pun banyak yang menyedihkan. Antaranya kek merekah dibahagian atas. Ini kerana masa tu saya baru belajar baking. Kek merekah ni selalunya oven atau api atas terlalu panas dan acuan terlalu kecik untuk jumlah adunan. Jadi kek naik membukit dan kemudian merekah kerana apabila bahagian tepi kek mengeras, ianya menolah bahagian tengah kek yang masih cair ke atas. Faktor kek terlalu tebal pun salah satunya. Jadi make sure kalau tak pasti jumlah adunan tu cukup ke tak dengan saiz acuan, bahagikan dulu siap-siap kepada dua bahagian sama banyak kedalam mangkuk asing. Dan kemudian bakar secara berasingan. Saya selalunya timbang supaya sama berat. Kalau nak bahagi tiga lebih bagus jadi ada ada 3 lapisan kek lebih sedap sikit kan. Bila dah bahagi baru masukkan dalam acuan dan bakar berasingan atau jika ada acuan lebih dan oven muat boleh bakar sekaligus.


P7312919

Memang gebu kek ni dan sangat sedap rasanya walaupun dimakan tanpa icing krim cheese.

P7312959ED

Selain itu, bagi kek yang memerlukan susu didalam resepinya, pastikan susu yang kita guna ialah susu fresh full cream (selalu dijual di tempat sejuk bersama jus dan yogurt). Boleh juga pakai susu UHT Full Cream, brand yang disarankan, jenama Anchor atau Marygold. Jenama lain saya tengok banyak kandungan air dalamnya dan tak berapa lemak, jadi kek selalunya keras dan tak gebu. Jangan sesekali pakai susu rendah lemak kalau nak kek yang gebu dan sedap. Pilihan lain ialah campurkan susu yang ada dengan sedikit krim (heavy krim atau whipping krim tenusu). Ni yang saya selalu buat walaupun pakai susu UHT full cream. Hasilnya kek lebih gebu dan lembut.

Kalau macam red velvet ni menggunakan susu buttermilk - sejenis susu yang sedikit masam dan pekat berlemak. Jadi saya gunakan susu full cream dicampur sedikit whipping cream dan dan sedikit cuka. Biar susu selama 10 minit sebelum dicampur bahan lain atau sebelum diguna. Susu akan jadi berketul ketul dan berpecah. Tu petanda kek akan naik gebu hehehe

Satu lagi tips mudah mendapatkan kek gebu ialah penggunaan tepung berkualiti. Saya lebih selesa menggunakan tepung naik sendiri yang dibeli dari kedai bakery. Jimat masa dan tak perlu risau nak sukat baking powder dan baking soda. Cuma perlu ayak sahaja. Jadi untuk red velvet ni saya guna tepung naik sendiri dan campur sedikit sahaja baking soda untuk mengaktifkan tidak balas susu masam bersama  soda bagi menggebukan kek.
P7312919ed

Resepi yang saya gunakan ni menjadi keeper recipe saya. Memang tak pakai resepi lain dah. Semoga bermanfaat untuk semua ya...
P7312937ED

Versi mini atau individual pek. Yang tinggal area Kedah kalau nak order boleh whatsapp 0125360877 (untuk order kek sahaja, sebarang pertanyaan tentang resepi, boleh drop komen nanti saya akan reply)

P6172414ed


Kek Red Velvet Gebu 

Acuan 7 inci. 
Untuk kek 9 atau 10 inci dan 3 lapis, gandakan menjadi 2 adunan

Bahan A
170g mentega
150g gula castor - saya pakai 120g utk kurang manis
3 biji telur

Bahan B (kering) – ayak sekali
250g tepung naik sendiri
½ sudu kecil baking soda
2 sudu besar serbuk koko
½ sudu kecil garam halus

Bahan C – campur dan sebatikan
1 cawan buttermilk – kalau tak ada gantikan dengan ¾ cawan susu + ¼ cawan heavy cream + 1 sudu besar cuka. Kacau sebati dan biarkan selama 10 minit.
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan :

Pukul mentega sehingga sebati, masukkan gula dan pukul sehingga kembang

Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul

Masukkan bahan B (kering) diselang seli dengan Bahan C (cecair). Masukan sedikit demi sedikit dengan membahagi kepada 3 bahagian, mulanya bahan kering dan diakhiri dengan bahan kering

Panaskan oven pada suhu 160 C ( ikut kepananasan oven masing-masing

Masukkan aduna ke dalam acuan dan bakar selama 40-45 minit sehingga masak

Frosting Cream Cheese

Bahan-bahan 
350g cream cheese
70g mentega
200g gula aising
1 sk ekstrak vanilla

Cara penyediaan 
Pukul cream cheese menggunakan speed sederhana bersama mentega hingga kembang dan sebati. Masukkan vanila.

Masukkan gula aising sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan sehingga sebati dan kembang tetapi jangan terlalu lama takut krim menjadi cair



Hidangan pasta memang simple dan ringkas. Kalau ta ada masa nak masak, memang masak pasta je lah mudah. Kali ni nak share resepi pasta kegemaran saya... cukup simple dan cuma guna beberapa bahan je. 

P8113051ed
P8113055ed


Macaroni Goreng Cili Padi Bersama Udang

Bahan-bahan :
Spaghetti Sos Krim Bawang Putih Bersama Cilipadi
200gm spaghetti direbus al'dente (simpan air rebusan)
300gm isi udang dibuang kulit
8 ulas bawang putih dicincang
1 ulas bawang besar dipotong dadu (jika suka)
1 cawan susu sejat
1 cawan air rebusan spaghetti
Italian mix herbs (kat tesco ada jual)
2 sudu besar Sos tiram
Parsley dicincang
4-5 biji cilipadi dihiris nipis
Minyak zaitun secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan kisar :
10 biji cili padi (boleh kurangkan jika mahu kurangkan pedas)
6 ulas bawang putih
3 sudu besar ikan bilis

Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang kisar sehingga wangi. Masukkan bawang besar dan kacau rata.
2. Masukkan isi udang dan sos tiram. Masak sekejap. Masukkan cilipadi yang telah dipotong
3. Masukkan susu sejat dan pasta. Kacau rata. Jika terlalu kering boleh tambah 1 cawan air rebusan.
4. Kacau rata sehingga kuah agak kering (pasta meyerap kuah) dan bolehlah dihidangkan.


Sebelum ada yang salah faham, ini bukan kek cheese jenis creamy but more like sponge cake, very airy, fluffy dan macam kapas! Ada yang panggil japanese cotton cheese cake. Ni buat masa birthday emak April lepas. Ya ampun lamanya terperam resepi ni hehehe...

P4071409ed

Sedap kek ni apabila digabungkan dengan blueberry filling diatasnya. Kek ni memang dah rasa kurang manis jadi sedap dan sedang elok je digabungkan dengan kemanisan blueberry filling
P4071417ed

Tekstur sangat gebu dan ringan.. sedap dan tak muak bila makan.
P4071408ed
P4071424ed

Souffle Cheesecake

Saya guna loyang 9 inci. Boleh guna loyang 6 atau 8 inci jika nak kek lebih tinggi ya

Bahan A
160g cream cheese - potong kecil
25g butter
120g susu segar

Bahan B
40g tepung gandum
30g tepung jagung

Bahan C
4 biji kuning telur

Bahan D
4 biji putih telur
100g gula kaster
1/8 sk cream of tartar atau garam

Cara penyediaan

Putar dengan hand mixer cream cheese sekejap sehingga menjadi paste. Jika tak putar pun boleh, tekan tekan dengan sudu atau garfu sepaya lembut dan mudah cair nanti. Satukan cream cheese yang telah diputar bersama bahan -bahan A yang lain dalam mangkuk kaca tahan panas & masak atas double boiler hingga lembut & tiada ketulan.

Sejukkan sedikit kemudian masukkan bahan B dan gaul rata.

Masukkan pula bahan C dan gaul rata

Dalam mangkuk mixer, putar bahan D hingga kembang & bertanduk. Kaup balikkan kedalam adunan tepung dan krim cheese yang telah digaul tadi. Refer youtube jika tak pasti cara kaup balik tu supaya kek tak menjadi bingka heheh..

Seterusnya, masukkan adunan kek  ke dalam acuan & bakar guna kaedah water bath selama 40 - 1 jam atau hingga kek masak. Kaedah water bath, letak air dalam dulang paling bawah, dan kek di redai atas dulang.

Apabila kek masak, renggangkan bahagian tepi dengan pisau dan terbalikkan sekejap selama beberapa minit barulah keluarkan dari acuan dan sejukkan seperti biasa.

Apabila sejuk, sapukan filling blueberry atau apa sahaja filling kegemaran.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, perniagaan kek kini secara part time semakin berkembang. Business sekadar dari rumah, homemade kek kecil-kecilan je. Tujuan saya berbisness sekadar mengisi masa terluang, semoga terisi dengan aktiviti berfaedah. Dapat bergerak kesana-kemari dan aktifkan diri dari habiskan masa duduk saja bermalasan hehehe.. 

P5282278ED

Tempahan Kek Pengantin Jitra Alor Setar

Tempahan kek pengantin juga dibuka, tapi tak banyak, only limited slot. Jadi kena confirm awal sebulan atau dua bulan sebelum tarikh. Insyallah harga tak mahal macam bakers lain ;)

P5282273

kek Red Velvet untuk annoversary
P5262206ED

P8063071ed P8063038

Paling laku keras ialah Buttercheese Kek dan Brownies
P8033033

P8033010ed

Cupcake untuk hantaran
P5272242ED

P5262228 P5262224ED
P5212159ed P4231946ed P4231947 P4191837ed P4171802ed

P/S : Saya terima banyak mesej whatsapp bertanyakan resepi dan macam-macam persoalan. Nombor telefon tertera hanya untuk tempahan kek sahaja. Sebarang pertanyaan mengenai resepi harap drop komen di bahagian komen entry untuk resepi tersebut. Jika soalan tersebut masih belum ditanya, saya akan reply, jika tak reply tu boleh check komen diatas, mungkin ada yang dah bertanya dan mendapat reply. Sila baca entry saya dan resepi saya dengan detail. Saya tulis semua step by step, ukuran acuan dan sebagainya. Harap dapat membantu ye.


Untuk Tempahan boleh hubungi

Eny Abdullah
012-5360877 (whatsapp)

Page : Cakeeny Brownies & Cakes
Instagram : Cakeeny
Ha kalau tak tahu nak masak apa tu sekali sekala boleh try menu meehoon sup simple ni. Bahan pun cukup simple. Dalam masa tak sampai 10 minit dah siap. nak pedas boleh hidangkan dengan sambal cili kicap atau serbuk cili pun sedap.

P6292501ed P6292518ed

Resepi Meehoon Sup Simple

Bahan-bahan sup
Meehon dicelur lembut secukupnya
2 batang celery , dipotong nipis
1 mangkuk bebola ikan
2 batang kek ikan
3 keping tauhu
2 pokok daun sawi dipotong
Segenggam ikan bilis tanpa kepala dan perut, dicuci
5-6 ulas bawang putih cincang
3-4 sudu besar minyak masak
2-3 sudu kecil minyak masa
Daun sup dan daun bawang secukupnya

Cara penyediaan
Dalam periuk didihkan air, masukkan ikan bilis dan celery, dan rebus seketika. Masukkan bebola ikan, fish cake, tauhu goreng dan rebus lagi. Masukan lada sulah dan garam. Akhir sekali masukkan sawi dan tutup api. Renjis sedikit minyak bijan

Dalam kuali asing, panakskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan, terus angkat dan tuangkan bawang ke dalam periuk kuah.

Hidangkan dengan meehoon atau mee yang telah dicelur. Tabur daun bawang dan daun sup.
Salam semua

Dah jemu dengan menu yang dah selalu sangat masak. Ni kita masak stew pekat pula ala english. Dua tiga hari ni pula hujan jadi sedap menghirup sup dikala cuaca sejuk kan...

Cakap pasai cuaca sejuk ni, dah seminggu lebih asyik batuk sampai bernafas pun bunyi wisel hehe.. dah macam-macam ubat kutelan, tapi tak ok juga. Kalau ada yang ada petua berguna tu, kekny mohon korang share. Dah tak tahan batuk ni sampai cramp muscle perut. Sekarang ni hari-hari minum air lemon panas atau leh lemon. Bila minum kuranglah sikit, tapi effect dia tak kekal lama.

Berbalik kepada Stew ayam ni memang agak berlainan sikit dengan sup ayam biasa. Pengunaan tepung dan susu didalamnya bagi memekatkan dan memberi rasa lemak kepada kuah sup disamping pengunaan herba-herba daun bay dan parsley memberi sedikit kelainan. Biarkan merenih lama dalam periuk sehingga ayam betul-betul empuk bersama-sama sayur. kalau tak empuk tak sedap! Sedap dicicah roti bakar atau roti perancis, bila cicah tu, cedok je isi ayam dengan roti sebab ianya dah lembut dan empuk... memang heaven!

P8092359ed P8092357ed P8092373ed

STEW AYAM ENGLISH

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam, diambil isinya atau dipotong kecil
2 helai daun bay kering
2 ulas bawang besar holland – dibelah 2 atau 4
3  sudu besar tepung gandum
1 biji ubi kentang, dipotong 4
1 batang lobak merah, dipotong besar
2 kiub ayam - optional
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Sedikit daun Parsli dicincang - saya guna daun parsley kering
1/2 cawan susu segar - optional, supaya lebih lemak
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam
Air secukupnya

Bahan tumis :
2 sudu mentega
3 ulas bawang putih – dihancurkan
1 ulas bawang besar, dicincang kasar
1 batang celery, dicincang kasar

Cara penyediaan

1. Panaskan periuk dan masukkan butter, biar sehingga cair. Masukkan bahan tumis yang lain dan masak seketika sehingga layu.

2. Masukkan tepung gandum, dan kacau rata. Terus masukkan air, susu dan isi ayam bersama kiub ayam dan daun bay. Reneh sehingga ayam empuk. Lebih cepat jika guna pressure cooker.

3. Masukkan kentang dan lobak merah dan bawang besar yang dipotong dan reneh lagi sehingga ayam dan sayuran betul-betul lembut. Masukkah garam, serbuk lada sulah dan masak sehingga kuah sedikit pekat

4. Apabila siap, tabur daun parsli dan bolehlah dihidangkan.