Resepi Nasi Ayam Hainan

11:59 am

Nasi Ayam Hainan ni memang favourite satu keluarga... semua sukakan nasi ayam versi ni yang lebih lembut tekstur nasinya dan ayamnya.


Nasi Ayam Hainan Atau Nasi Ayam Ipoh

Ada yang panggil Nasi Ayam Ipoh, tak tahu lah nama betulnya apa, tetapi ikut originality nasi ayam ni ialah dari kaum cina Hainan. Dan selalunya nasi ayam tu dibentuk bebola sama ada kecil atau besar. Nak makan sendiri ni tak buat bentuk bebola pun takpe..

P6102342ed

Macam biasa ada sos cili, kuah kicap dan sup... Nasi pula penuh aroma sebab ditumis dengan bawang putih, halia dan menggunakan air rebusan ayam. Kalau nak pakai stok ayam segera pun boleh je, tapi saya menggunakan air rebusan ayam sepenuhnya. 

P6102334ed  

Cuma saya amat menggemari tekstur ayam rebus yang cukup sedap ni.. walaupun sekadar rebus tetapi bukanlah ayam rebus biasa ye. Ayam seekor perlu direbus kemudian direndam ais, berulang kali sehingga ayam masak didalamnya. Adalah jugak dalam 4-5 kali keluarkan ayam tu dari periuk panas, masuk dalam air ais sejuk sekejap, kemudian sambung rebus balik. Tapi kalau rasa malas nak buat, boleh je rebus sekali sehingga masak ayam tu dan apabila cukup masak, terus masuk dalam air ais sejuk (yang ada ketulan ais dan biarkan terendam sehingga ayam sejuk. Hasilnya beginilah, isi ayam halus dan mulus, berlapis lapis isinya seperti ada gel, disamping juicy dan lembut.

P6102324ed

Resepi Nasi Ayam Hainan

Penyediaan Ayam Celur / Rebus

Bahan-bahan 
1 ekor ayam belum dipotong - dibersihkan luar dan dalam. Ambil garam kasar dan scrub kulitnya supaya dapat menghilangkan sel-sel mati dan kulit lebih flawless supaya kulit ayam lebih cantik, ni petua orang cina katanya :D
Air secukupnya
2-3 inci Halia - dipotong
1 pokok Daun bawang - dipotong
2 ulas Bawang besar - dibelah
5 ulas Bawang putih - dibelah
1 sup bunjut

Bahan sos minyak bijan
3-4 sudu kecil minyak bijan
2 sudu kecil kicap cair masin
1/3 cawan air
Garam
Lada sulah

Digaulkan sekali dan dicurah atas ayam rebus yang telah dipotong semasa menghidang


Cara :
Panaskan air dan masukkan semua bahan-bahan dan rebus seketika.
Bila mendidih, masukkan ayam. masak seketika selama 15 minit. Kemudian angkat ayam dan masukkan ayam dalam air berais seketika. Kemudian rebus balik ayam tadi. Ulang sebanyak 3-4 kali proses rebus dan rendam air ais tu. Saya cuma buat 3 kali je. Lepas tu saya rebus ayam tu sampai masak. Last sekali bila ayam dh masak angkat dan rendam terus biar dalam air ais. Teknik ni supaya isi ayam lembut dan tak overcooked. Ianya juga membentuk lapisan lemak yang juicy didalam daging ayam tu.

Air rebusan simpan untuk dibuat sup, dimasak nasi dan buat sos kicap

Recently Updated1
Resepi Nasi Ayam 

Bahan-bahan :
4 pot beras
6 cawan air rebusan ayam (ni ikut beras apa kita guna k sebab kadang-kadang tak sama jenis lain sukatan air dia) Saya suka nasi ayam saya ni lembik sedikit dan tak berderai.
2 kiub ayam (jika suka boleh tambah) - saya tak guna
1/3 cawan minyak untuk menumis
Daun pandan - disimpul
1 bunga lawang
2-3 biji buah pelaga

Bahan kisar :
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara :

Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun pandan, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. Masukkan air rebusan ayam. Biar mendidih. Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.



Sos Cili

Bahan -bahan :
6 biji cili merah - dibelah dan buang bijinya
2 inci halia
3 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
sedikit cuka
sedikit air rebusan ayam yang panas - sekadar nak gerakkan mesin pengisar

Cara :

Kisar semua bahan dengan sedikit air rebusan ayam sehingga halus. Tambah garam dan gula jika perlu. Biasanya sedikit manis


Sos Kicap

Bahan-bahan :
Sedikit air rebusan sup
kicap secukupnya
Sedikit lada sulah
Sedikit minyak bijan

Cara :

Campur keduanya dan pandai-pandailah adjust kepekatan (selalunya sedikit cair) tu. Siap.!

Sup
Air rebusan dipanaskan, tambah air jika terlalu pekat, dan masukkan lada sulah dan tambah garam jika perlu. Tabur daun sup dan siap.

You Might Also Like

3 comments

  1. Sedapnya nasi ayam..bilalah nak membuatnya

    ReplyDelete
  2. Memang suka sangat makan nasi ayam ni... Pembuka selera.

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com