Bubur Lambuk Daging Style Utara Sedap Memikat!

11:38 am

Hai semua,

Rasanya belum terlambat nak wish semua selamat menyambut ramadhan al mubarak, al kareem, bulan yang penuh keberkatan, kemulian alhamdulilah. Tahun ni seperti sebelumnya, kalau dari segi juadah tu memang secara sederhana saja. Dah masuk pertengahan umur ni tak rasa nak beli makanan banyak kat bazar, beli pun setakat sejenis kuih. Masak pun begitulah, sejenis lauk, sejenis sayur. Macam hari kedua puasa semalam cuma buat bubur lambuk dan bihun sup simple pun dah cukup dah. Sahur pula makan bubur sikit, kuih sikit dan susu dan oats. Tapi terlupa nak minum air lebih sikit. Dari semalam cuma minum 2 gelas. Haish malam ni kena standby botol air siap siap senang minum je terus kan. Kalau dulu botol air letak kat meja office skang kena letak kat meja bilik dan meja di ruang tamu. Bukan apa takut dehydrate je sepanjang berpuasa. Apapun semoga kita semua diberi kesabaran menjalani ibadah setahun sekali ni.

Resepi Bubur Lambuk Daging Utara

Buat bubur lambuk sebab mak pun tak berapa sihat dan tak ada selera. Bubur je lah boleh pancing selera dia pun. Berbuka hari pertama beli je bubur kat bazar, hari kedua ni buat sendiri lah. Hari ni tak pasti nak buat bubur nasi ke tak, mungkin buat sikit dan goreng ikan bilis dan kacang ke sedap juga kan.. hehehe.. Orang tua ni kalau tak ada selera, boleh risau kita dibuatnya. Time depa berselera pun risau jugak, takut kolestrol la gula la naik hehehe... 

Bubur lambuk kalau di sebelah utara ni dulu dipanggil kanji (dari perkataan congee) biasalah orang kedah ni english depa hahaha.. Tapi kalu kanji cara orang Kedah cuma bubur bersantan dimasak bersama udang basah atau udang kering dan diletakkan halia dan bawang dan bahan signature lada hitam biji. Letak sebiji-sebiji tak perlu ketuk atau dihancurkan. Ada juga diletakkan daging atau isi ayam hancur.

P6072299ed

Yang saya buat ni saya tambah sikit rempah sup dan bawang goreng tumis yang ditumis asing (tumis darat). Sedapnya lahai sebab bau bawang dan rempah tu wangi dan meresap masuk je kedalam bubur. Dah tumis tu tuang keatas bubur, kemudian tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Tutup periuksampai nak berbuka baru buka tudung... wangi dan harum bau bubur tu hehehe...

P6072291ed 

Resepi Bubur Lambuk Daging Utara

Bahan-bahan
400 gm daging, dipotong kecil
2 inci halia, dihiris nipis
1 pot beras dicuci dan tapis
2 sudu besar lada hitam biji
lada serbuk atau sulah secukupnya
Garam secukup rasa
1/2 cawan santan pekat (atau 1 cawan santan sederhana cair) - pakai santan kotak, setengah kotak je
Air secukupnya
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng

Bahan tumis
2-3 sudu besar rempah sup
4-5 ulas bawang merah, dihiris halus
2-3 ulas bawang putih dihiris nipis
Sedikit minyak

Cara penyediaan 

Rebus daging bersama halia sehingga daging empuk. Tambah sedikit garam

Apabila daging empuk, masukkan beras ke dalam periuk rebusan tadi dan terus rebus sehingga beras kembang. Tambah air jika perlu

Setelah beras kembang, masukkan lada hitam biji, lada serbuk, dan garam secukup rasa. Masukkan juga santan dan kacau rata. Biar mendidih seketika dan boleh la tutup api

Dalam kuali kecil, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga agak garing, kemudian masukkan rempah sup dan terus kacau. Masukkan sedikit saja air supaya rempah tak hangus. Kacau seketika dan terus tuang kedalam bubur mcm tumis darat. Kacau rata

Tabur daun bawang, daun sup dan bawang goreng, dan tutup periuk seketika sebelum dihidangkan.

You Might Also Like

9 comments

  1. bubur lambuk utara ada manis sikit kan..tiba2 teringat bubur lambuk kampung halamanku di terengganu huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org utara x cmpur gula,.. Manis asli dr daging tu

      Delete
  2. salam ramadhan...

    jom join GIVEAWAY..

    http://ayubarbydol.blogspot.my/2016/06/first-giveaway-ramadhan-2016-by-ayu.html

    ReplyDelete
  3. sedapnya..tunggu orang bagi jele..hehe

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan Eny...datang cari resipi kat sini untuk menu berbuka nanti :-)

    ReplyDelete
  5. sedaap. Nanti nak cuba buat style ni... selalu buat tumis terus, masukkan daging hingga empuk, masuk beras dan santan.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah sedap . baru cuba td.

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com