Mee Soto Daging Paling Simple!

11:52 am

Saya penggemar soto. Dulu tak berapa suka sangat soto ni, tapi sejak merasa soto yang mak mentua saya masak terus terpikat pada soto ni. Kali ni saya buat resepi mee soto daging yang sangat simple, mudah pejam mata pun boleh buat hehehe..

Mee Soto Daging Paling Simple

P_20160212_174437ed

P_20160212_174413ed

Penyediaan sup daging saya versi mudah. Daging seketul besar (atau dibelah dua) masukkan dalam periuk bersama air, rebus sekejap sampai agak mendidih je dan buang air dan masukkan air baru. Ni cara nak buang kotoran pada daging tu dan kuah sup akan sedikit jernih dan tak terlalu berkeladak. Rebus bersama bawang besar, lada hitam, akar daun sup, bawang putih dan halia. Tambah satu sup bunjut untuk keharuman kuah.
P_20160212_143942ed

Penyediaan bergedil
P_20160212_150133ed P_20160212_163021ed


Resepi Mee Soto Daging

Bahan sup
Daging direbus bersama halia, akar daun sup atau batang celery, bawang besar dan lada hitam, bawang putih, dan bunjut sehingga lembut dan lerai isinya.

Bahan sampingan
Mee kuning, dicelur lembut
Daun Sup – dipotong halus
Daun Bawang – dipotong halus
Taugeh
Kacang tanah goreng
Isi daging disiat halus


Resepi Sambal kicap
Bahan-bahan ½ cawan bawang goreng
2 ulas bawang putih
15-20 biji cili padi, direndam dalam air panas sebentar
Kicap secukupnya

Kisar semua bahan diatas dalam blender dan siap!


Resepi Bergedil

Bahan-bahan 
8 biji kentang dikupas dan potong kecil
2 pokok daun sup dipotong halus
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit lada sulah
Sedikit garam
1 biji telur
Boleh juga masukkan sedikit daging cincang jika suka
2-3 biji telur dipukul sebentar

Cara-cara
Goreng kentang yang dah dipotong separuh masak. Sejukkan dan lenyek sehingga hancur
Masukkan 1 biji telur, tepung, daun sup, lada sulah, garam dan gaul rata. Bentukkan bulat membujur.

Pukul telur. Celupkan bergedil dalam telur dan goreng dalam minyak panas sehingga masak.

You Might Also Like

3 comments

  1. kita pun x berapa suka soto. tapi okay, boleh cuba ni. mana tau terbuka hati rasa sedap pula kan

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. Terliuq mummy tengok..

    Huaa salah timing mai ronda! terus ngidam.. T_T

    ReplyDelete
  3. Huaaa dapnyer kek ny masak ..jeless i tgk gambar masakan kek ny..tak penH tak comel..comel bangattt

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com