Kek Snowy Cheese Oren

Haaa korang kalau tak tergoda dengan kek snowy cheese ni tak tahu lah selera korang macam mana hehehe... kek ni letak apa pun sedap... oren atau strawberry atau sekadar kosong sahaja. Tapi saya lebih suka letak oren diatas dan keknya diperasakan dengan oren dan sedikit masam.. memang sedap!

P4191848ed

Kemanisan kek dan krim cheese frosting diseimbangkan dengan rasa lemak masin cheese tu...
P4191837ed

Penyediaan kek span tak lah serumit mana tetapi kena detail dan betul tekniknya. Pastikan ada penimbang digital sebab kek span ni tak boleh agak agak sukatannya. Silap haribulan keras dan tak berspan...
P4191858ed P4191868ed


Kek Snowy Cheese Oren

Bahan-bahan kek span
4 biji telur gred A
180 gm gula castor
170 gm tepung kek (atau tepung superfine) - Note bukan tepung naik sendiri tau
70 gm air
1 sudu teh baking powder
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar kordial oren sunquick
1 tin buah oren tangerin dalam tin atau sebarang buah pun boleh
Pewarna oren (jika nak kek berwarna)

Cara penyediaan kek span

Ayak tepung bersama baking powder 2-3 kali supaya halus dan ringan
Dalam mangkuk pemutar, satukan tepung dan semua bahan KECUALI MINYAK JAGUNG
Putar dalam speed paling perlahan hingga sebati. Kemudian apabila tepung dah sebati baru lajukan pemutar pada speed high sehingga ringan dan gebu (ribbon stage) - Maksud riboon stage, ialah cuba ambil senduk atau pengaup plastik, kaup dan adunan akan jatuh elok bertali macam ribbon

Adunan akan nampak naik sekali ganda dari adunan asal dan bertukar warna dari warna kuning pucat ke warna putih berkrim. Jangan pula main bantai putar lama-lama sebab terlebih putar kek akan mendap.

Perlahan speed ke paling rendah dan tuang minyak jagung perlahan-lahan sehingga habis. Pukul sekejap je dan pastikan minyak bergaul rata dan tak berkumpul didasar mangkuk.

Bahagikan kepada dua mangkuk kering sama banyak. Satu mangkuk masukkan 1 sudu besar kordial sunquick oren dan sedikit pewarna oren. Satu magkuk lagi biarkan kosong je.

Sebenarnya terpulang nak keseluruhan kek rasa oren pun boleh je. Kalau nak macam tu tak perlu lah bahagikan kepada dua bekas tadi, terus je mix kordial oren  dan pewarna dalam magkuk mixer  apabila adunan sudah dicampur minyak

Masukkan kedalam acuan berukuran 8 inci bulat dan bakar selama 35-40 minit.

Kalau guna dua perisa, atau nak buat layer boleh letak dalam dua acuan atau bakar asing. Boleh kurangkan masa membakar sebab adunan tu tak tebal sangat.

Apabila kek masak, keluarkan dan sejukkan kejap dalam 2-3 minit, lepas tu toreh keliling kek dengan pisau supaya renggang dari acuan dan telangkupkan atas redai. Biar selama 5 minit. Lepas 5 minit boleh la diterbalikkan semula dan biarkan sejuk atas redai

Belah kek jika perlu (jika tak bakar asing) dan lapiskan dengan krim cheese frosting (sedikit je jangan banyak sebab krim ni licin nanti slip). Masukkan dalam peti ais dan biar sejuk seketika supaya

Kemudian salut kek sepenuhnya dengan krim cheese frosting dan tabur parutan cheese diatas dan tepi kek. Susun buah tangerin dan terus sejukkan dalam peti sejuk. Biar sejuk dulu baru dihidangkan.

Resepi Frosting Cream Cheese

Bahan-bahan
250gm Keju krim Tartura atau Philadephia
100 gm butter
1/2 cawan besar gula icing
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh garam
1 sudu esen vanila - boleh ganti dengan perisa lemon

Cara penyediaan
Putar keju dan butter sehingga betul sebati tetapi jangan kembang, masukkan gula icing. Pukul sekejap.

Masukkan susu pekat manis sedikit demi sedikit. adjust ikut kemanisan dan kepekatan. Kalau terlalu cair susah nak melepa nanti. Kalau dah terlajak cair, tambah keju dan gula icing sedikit.



Post a Comment

4 Comments