Contoh Bekal Sihat Ke Office

11:34 am

Hi guys, just a quick update today, mesti ramai yang nak eat healthy tapi masa tak ada nak sediakan makanan sendiri. Jadi boleh ikut tips ni. Boleh pelbagaikan sumber protein dan karbohidrat tu ye

Contoh Bekal Sihat Ke Office Yang Mudah

Telur rebus - boleh direbus dari malam - Boleh ganti dengan isi ayam rebus, salmon yang dipanggang atau grill

Sayur - salad romain lebih sedap dan crunchy dari daun salad kerinting biasa (yang pakai dalam nasi ayam), Rasanya pun kurang pahit dan sedap. Cuci, toskan dan biar kering kemudian dipotong. Simpan dalam peti ais

Ubi keledek - sumber karbohidrat, cuci bersih bahagian kulit luar - saya pakai berus bersih untuk makanan, kemudian belah beberapa bahagian dan panggang atau rebus. Boleh disediakan malam sebelumnya. Boleh juga pakai kentang, ubi kayu kalau ada hehehe

Homemade Dressing Salad - Resepi kat bawah.

Jadi pagi sebelum ke office, masukkan telur, sayur dan keledek dalam bekas makanan dan juga sos dressing tu letakkan dalam bekas kecil asing. Bila nak makan baru curahkan sos keatasnya. Yummm!

20140210_142654

Resepi Dressing Salad Homemade

Bahan-bahan 
5-6 sudu besar mayonis
1/3 cawan minyak zaitun
1-2 sudu besar sos cili
1-2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil bawang putih dicincang halus - boleh kecualikan jika tak berapa suka bawang mentah
1 sudu kecil italian mix herbs - kat pasaraya ada jual dalam botol
Lada hitam kisar sedikit
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan 
Campurkan semua sekali dan kacau sehingga rata. Dapat banyak juga dan boleh simpan baki dalam bekak bertutup dalam peti sejuk.


You Might Also Like

2 comments

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com