Spagetti Arrabiata Daging Pedas!

12:33 pm

Spaghetti kalau pedas baru sedap... kata DH.

Hmm ok lah ikut tekak suami saya yang suka pedas tu, memang kalau buat bolognese sos pun letak sedikit serbuk cili hehehe..

P8092464ED

Tapi actually ada je spaghetti versi sos nya agak pedas dipanggil spaghetti all'arrabiata yang berasal dari Tuscany, Italy. Basic sos adalah dari tomato, bawang putih, bawang besar, tetapi ada cili didalamnya.

Memang sedap dan memenuhi selera kita orang Malaysia yang sukakan pedas. Jom cuba resepi mudah ni..
P8092488BRED2 d


SPAGHETTI ALL ARRABITTA PEDAS

Bahan-bahan 
250 gm pasta
300 gm daging lembu cincang
¼ cawan minyak zaitun
6-10 tangkai cili kering disangrai tanpa minyak dan kemudian di kisar kasar
4 ulas bawang putih dicincang
1 ulas bawang besar dicincang kasar
1 tin tomato dalam tin dicincang kasar - boleh pakai 3 - 4 biji buah tomato segar dicincang halus
1 biji capsicum dipotong dadu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk roti
1 sudu besar daun parsli dicincang

Cara penyediaan

1. Spaghetti direbus sehingga aldente

2. Dalam kuali, panaskan minyak zaitun, dan tumis bawang putih

3. Masukkan daging cincang dan goreng sekejap. Masukkan capsicum dan bawang besar cincang. Masak seketika

4. Masukkan tomato, cili kering yang dicincang dan boleh tambah sedikit air (sebaiknya guna balik air rebusan spaghetti).  Masak seketika sehingga kuah mesra dan sebati.

5. Masukkan garam dan serbuk lada hitam.

6. Masukkan spaghetti kedalam kuali dan gaul rata dan tabur serbuk roti supaya kuah sedikit pekat. Akhir sekali tabur daun parsli.  Tabur lebihan cili kering semasa menghidang untuk lebih pedas.

p/s : Resepi Spaghetti All Arrabiata ni juga boleh juga hidangkan kuah dan spaghetti ni berasingan tetapi serbuk roti ditabur semasa hendak menghidang.

You Might Also Like

4 comments

  1. assalamualaikum..nampak entry ni kat list following terus klik sini...tajuk nye menarik perhatian yaya.. hihi...

    sambil2 tu jom jenguk & join contest dari yaya ni..

    Contest : 'Jemputan ke Majlis Pertunangan Yaya dan Anis'

    http://www.yayacendana.com/2016/04/contest-jemputan-ke-majlis-pertunangan.html

    tq ^_^

    ReplyDelete
  2. Mcm sedap je kak. Rasa pernah cuba resepi ni kat Pizza Hut kalau tak silap.

    ReplyDelete
  3. tak bleh tahan la tengok Eny masak...sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  4. Pehhh pakai cili mmg nmpak pedas di situ >_<

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com