Sambal Sotong Terung Pipit

12:00 pm

Sekali sekala buat sambal tumis letak bahan luarbiasa, jadi luarbiasa sedapnya kan...

Sambal tumis sotong, siapalah tak suka kan... dan kali ni tambah terung pipit ambil kat rumah mak mentua, bertambah-tambah sedapny. Makan sampai berpeluh-peluh pedas pun tetap sedap hehehe..

P3271307ed

P3271301ed

Resepi Sambal Tumis Sotong Terung Pipit

Bahan-bahan :
1 kg sotong - Saya pakai sotong arus sebab isinya lembut
3 senduk cili kering yang dikisar
½ cawan air asam jawa
1-2 inci belacan bakar, dihancurkan menajdi serbuk senang tabur je
1 ulas bawang besar dipotong tebal – saya pakai bawang kuning
1 mangkuk terung pipit, dibuang tangkai dan bersihkan.
Air secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya

Bahan dikisar sekali :
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan putih 
2-3 biji buah keras

Cara-cara :
Bahan-bahan dikisar campur bersama cili kering kisar. Tumis dalam minyak yg agak banyak sehingga garing cilinya dan naik minyak. 

Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Tabur belacan bakar dan gaul rata.  Masukkan terung pipit dan bawang besar potong dan masak seketika.

Masukkan sotong, goreng sekejap dan angkat.

You Might Also Like

1 comments

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com