Resepi Mee Kari Nyonya Tersedap!!!!

9:00 am

Mee kari siapalah yang tak suka kan.. saya suka mee kari versi nyonya yang kuahnya agak mild dan sedikit cair, tak berapa pekat dan tak berapa lemak berminyak.. boleh dihirup lagi. Dan mee kari wajib ada kerang dan tauhu kering kembung (tauhu pok). Suka betul tauhu kembang tu dalam kuah kari.. sedap je hehehe..
P2291110ed

Ni mee kari nyonya tapi tak pasti betul tak asli ke tak cuma rasanya seperti yang saya makan di kedai yang ada menjual mee kari nyonya. Adakalanya mee kari nyonya menggunakan meehoon atau mee dan meehoon dicampurkan sekali. 

P2291097ed P2291114ed

Resepi mee kari nyonya ni tak lah susah mana.. senang je nak buatnya.. semua orang pun boleh. Bahan nak guna pun mudah nak cari.
P2291103ed

RESEPI MEE KARI NYONYA

Bahan-bahan
3-4 paket kecil rempah kari daging , ikut nak pekat boleh letak banyak.
3 batang serai (diketuk)
2 cawan tulang ayam, direbus dengan 1 liter air untuk dapatkan stok
2 cawan santan sederhana pekat
1 cawan isi ayam, dipotong dadu
isi udang
isi kerang, rebus dahulu dan ambil isi
fish ball
fish cake
tauhu kembung (taufu pok orang panggil jangan risau ada yang halal)
mi kuning

Bahan kisar dengan sedikit air 
1/2 cawan cili kering yang telah direbus lembut
4 biji buah keras
1 inci lengkuas
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1 inci halia
2 sudu besar udang kering tanpa kulit - rendam dulu untuk hilangkan masin

Bahan tabur atas 
Taugeh dicelur
Daun bawang dan daun sup, dicincang
Bawang goreng

Cara penyediaan 

bahan kisar dicampur bersama rempah dan gaul sebati. Jika pekat tambah air

Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar bercampur rempah sehingga wangi dan harum baunya menghasilkan pes cili yang sedap.. Masukkan sedikit garam dan gula. Ambil sedikit pes cili yang terhasil untuk dihidangkan bersama mee nanti sebagai sambal mee kari

Tambah stok rebusan ayam kedalam bahan tumisan tadi dan kacau rata. Masukkan bahan bahan seperti isi ayam. Masaksehingga isi ayam empuk

Masukkan santan dan kacau rata. Tambah air jika perlu atau jika terlalu pekat. Tambah garam jika perlu. Bila hampir mendidih masukkan fish ball, fish cake, tauhu kembung, udang dan kerang. Biar kuah mendidih dan bolehla diangkat untuk dihidangkan bersama mee yang dicelur.

Optional
Boleh juga sediakan kuah bersama isi ayam. Bahan lain seperti udang, kerang fish cake dan fish ball dicelur masak dah hidangkan asing dalam mangkuk.

Hidangkan bersama sambal cili yang kita simpan sedikit tadi. Jika nak lebih boleh gandakan bahan-bahannya

Dah cuba Resepi Mee Kari Nyonya ni jangan lupa share ye Tq!

You Might Also Like

7 comments

  1. Tengok gambar je pun dah menyelerakan...

    ReplyDelete
  2. Assalam eny..sedapnya mi kari tu..mewah tul ngan pelakon tambahan hehee...
    kak lina letak link kat blog TMK ya

    ReplyDelete
  3. Saya dh try, tp buah keras je xde...tu pon dh sedap...mmg terbaik....terima kasih

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian resepi. Alhamdulillah, keluarga sangat suka.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian resepi. Alhamdulillah, keluarga sangat suka.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian resepi. Alhamdulillah, keluarga sangat suka.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian resepi. Alhamdulillah, keluarga sangat suka.

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com