Cheesy Baked Potato with Macaroni

10:05 am

Hai semua,

Selamat berhujung minggu. Alhamdulillah telah masuk bulan ke empat tahun 2016. Syukur sangat. Hari ni kalau bagi orang lain, akan menikmati hujung minggu, saya pula ke office hari ni. Hmmm nak buat macam mana, tuntutan kerja ni kan...

P8123554

Hari ni buat Cheesy Baked Macaroni. I think the term used is right!! Because ramai yang panggil this Sherperd's Pie and Cottage Pie, actually both adalah jenis pie yang lain dan tak sama dan apa lagi nak disamakan dengan Cheesy Baked Potato with Macaroni heheheh

I think..... (macam ada terdengar kat cooking show Jamie Oliver) Sherped's Pie mengandungi cebisan daging kambing dan cottage Pie mengandungi cebisan daging lembu. Persamaan keduanya ialah ianya dibuat menggunakan left over foods especially dari soup atau stew. Topping diatas either potato atau pastry dan dilapisi keju. Adoi meleleh pulak masa taip ni heheh..

So tak boleh la panggil resepi ni Sherped's Pie hehe..

Apa pun namanya, resepi ni worth try... sebab sedap. Walaupun cheese dan potato agak muak, tapi makan sikit-sikit ulang ulang boleh je hehehe..

So siapa yang kerja hari ni? Selamat mengharungi hari berkerja on weekend.. :)


P8123601 P8123546

RESEPI CHEESY BAKED POTATO WITH MACARONI

Bahan-bahan 
1 cawan macaroni yang telah direbus - boleh juga pakai sebarang jenis pasta pendek
Sedikit isi ayam yang telah direbus dicarik atau potong dadu – boleh pakai lebihan ayam goreng, atau sup ayam
1 ulas bawang besar, didadu
1 sudu besar mentega + 1 sudu besar minyak zaitun
Sedikit herba Itali kering campuran – selalu dalam botol
Sedikit lada sulah
1/3 cawan keju parmesan parut
2 biji kentang direbus dan dilecek bersama sedikit garam dan lada sulah
Keju parmesan parut secukupnya untuk tabur diatas
Garam secukup rasa

Cara penyediaan
Panaskan mentega dan masukkan minyak zaitun. Tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan isi ayam dan gaul rata. Masukkan macaroni. Masukkan serbuk herba Itali, lada sulah dan garam secukup rasa. Tutup api. Masukkan sedikit keju parmesan dan gaul rata.

Tuang macaroni yang telah digoreng kedalam mangkuk tahan panas atau tin pembakar. Boleh pakai acuan kek kecil atau acuan muffin.

Ratakan kentang lecek diatas sambil tekan tekan sehingga padat
Tabur keju parmesan diatasnya

Bakar selama 15- 20 minit ikut kuantiti dan saiz dulang pembakar atau sehingga keju atas cair.

Jom cuba buat resepi Cheesy Baked Potato with Macaroni ni... pasti sedap!!


You Might Also Like

1 comments

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com