Tres Leches Kek 3 Susu yang sedap

First time dengar kek nama Tres Leches. Dari perkataan Mexico, tres bermaksud tiga, dan leches ialah susu. Jadi kek ni ialah Kek 3 Susu. Seiring namanya kek ni sememangnya diperbuat dari 3 jenis susu, iaitu susu pekat manis, susu sejat dan susu segar. Ketiga jenis susu ni digabungkan sekali didalam satu kek. 
P1200747ed

Keknya sangat moist, lembut seolah kek keju atau puding yang lembut. Topping atas boleh letak fresh cream dan letak buah-buahan seperti peach, strawberry dan sebagainya.
P1200754

P1200759

Resepi Tres Leches Cake

Bahan-bahan kek 
1/2 cup mentega, dicairkan dan biar sejuk
1 1/2 cup tepung
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
5 biji telur
1 cup gula castor
1 sudu teh vanilla essence
1 sudu teh ovallete

Untuk campuran susu
1 cup susu pekat manis - saya pakai 3/4 cup sahaja
1 cup susu sejat
1 cup susu segar atau UHT

Topping
2 cup whipping cream (UHT or non diary whipping cream)
1 tin buah peach dalam tin, dipotong nipis

Cara penyediaan :

Panaskan oven pada suhu 170C.
Gris acuan kek 4 segi saiz 10 inci

Tepung, garam dan baking powder digaul sekali dan ayak 2 kali

Pukul telur, ovallet dan gula sehingga kembang

Masukkan esen vanila

Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis sambil putar perlahan

Tutup pemutar dan tuang butter cair yang sejuk, kacau (kaup balik) perlahan sehingga rata.

Masukkan dalam acuan dan bakar selama 30-35 minit sehingga kek masak.

Sejukkan kek yang telah dibakar. Cucuk dengan garfu permukaan kek.

P1190687

Tuang campuran susu keatasnya sehingga rata.
P1190690

Sejukkan kek berendam susu ni dalam peti sejuk selama semalaman atau sehari semalam.
P1190692

Kek yang telah disejukkan boleh ditealngkupkan ke atas pinggan atau redai. Jika tak nak kek terlalu berair, boleh biarkan seketika atas redai yang dilapik dulang dibawahnya. Jika suka kek yang basah boleh la terus dihidangkan.

Putar whipping krim sehingga kembang. Dan sapu atau paipkan keatas kek. Letak buah peach atau sebarang buah yang sesuai, contoh, kiwi, laici dalam tin, strawberri segar, nenas dan sebagainya.

Sedia dihidangkan.

Post a Comment

7 Comments