Nasi Daging Bakar Utara

1:29 pm

Salam semua,

P_20160328_115315ed

Dah lunch ke? Hari ni berkesempatan ke restoren Chenta Mama Daging Bakar di Jalan Sg. Korok Jitra. Kedai ni menyediakan menu simple nasi putih, pelbagai jenis daging, ayam, kambing yang dibakar dan dihidangkan dengan nasi, sup, pelbagai jenis sambal dan kuah cecah beserta ulam ulam kampung. Ringkas sahaja menu tapi cukup menggamit selera.

P_20160328_115348ed P_20160328_115322ed


Just nak share Resepi Daging Bakar Utara yang simple dimana dagingnya direbus terlebih dahulu kemudian barulah diperap dan dibakar. Senang kan..

Resepi Daging Bakar Utara

Bahan-bahan
1 kg daging, direbus empuk bersama halia dan sedikit garam

Bahan kisar untuk perapan
2 batang lengkuas lengkuas
1 batang halia
3-4  ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
3 batang kunyit hidup
1 senduk cili kering direbus dan kisar
3 sudu besar sos tiram
sedikit garam dan gula

Cara penydediaan

Daging rebus, ditoskan dan diperap dengan bahan perapan. Boleh potong kecil-kecil daging tu jika suka.

bakar sekejap sehingga bahagian luar sedikit garing. Jangan terlalu lama kerana daging telah lembut semasa direbus. Boleh bakar pakai kuali ajaib atau pakai kuali non stik. Letak sedikit minyak.

Hidangkan bersama nasi putih dan air asam atau sambal kicap.

You Might Also Like

6 comments

  1. sedappp! Balik kampung nanti nak pi cari...

    ReplyDelete
  2. Menyelerakannya! Tengok ni tetiba teringin nak makan nasi daging yang cicah dengan air asam tu.

    ReplyDelete
  3. Laju2 kite scroll .. nangis tengok menu tu.. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. Omaii... my kind of lauk-pauk!

    ReplyDelete
  5. I'm Labuanis married to Kedahians. Thanks for the recipe. Boleh la masak untuk hubby tersayang

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com