Kek Ceri Badam Klassik!

2:18 pm

Kek ceri Badam ni resepi asalnya ialah Classic Cherry Cake. Salah satu kek jenis kek butter yang digemari oleh orang dulu-dulu. Tapi sekarang ni masih ada yang sukakan kek jenis ni walaupun dah banyak kek yang telah dikomersialkan menjadi dessert yang cantik. Orang lama pasti suka real cake macam ni..

PC280341ed

Kek ni kaya dengan keharuman badam didalamnya dan kelemakan badam tu diselang seli dengan rasa cherry yang manis. Memang meletop masa gigit tu. Ibarat kek buah yang mempunyai peminat tersendiri walaupun ada yang tak berapa menggemari, begitu jugalah dengan kek ni. Kek ni memang sedikit manis tapi sekali sekala nak merasa apa salahnya kan..

PC280317ed

Tips mendapatkan kek yang sedap ialah guna mentega tulin (pure butter) yang creamy dan premium untuk mendapatkan kek yang sedap, lemak dan lembap..

PC280322ed

PC280304ed


Resepi Kek Mentega Ceri Badam

Bahan-bahan
150g ceri halwa (glazed ceri)
180g tepung naik sendiri
100g butter pada suhu bilik yang sedikit lembut (saya pakai SCS unsalted)
100g gula kastor
1 sudu kecil parutan kulit lemon (optional)
25g serbuk badam (atau badam dikisar halus)
2 telur saiz besar
Badam keping secukupnya

Cara penyediaan

Ceri rendam sekejap dalam sedikit air panas. Kemudian toskan atas tisu dapur dan keringkan. Belah kepada dua atau boleh juga dipotong dadu. Kemudian gaul dengan sedikit tepung

Putar mentega dan gula sehingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar lagi sehingga sebati. Masukkan esen vanila dan esen badam

Masukkan tepung diselangseli dengan ceri dan serbuk badam. Kacau rata.

Masukkan dalam acuan size 7 atau 8 inci. Tabur kepingan badam diatasnya. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga kek masak.




You Might Also Like

0 comments

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com