Bihun Sup Utara

11:30 am

Hai semua,

Kalau di utara sini, selain laksa, antara hawkers food yang popular ialah ialah bihun (meehoon) sup utara. Lebih kurang meehoon soto tetapi ada kelainannya sedikit.

Bihun sup utara selalunya dihidangkan bersama sup daging tempatan bersama perut yang direbus lembut. Tapi ada juga yang sediakan isi ayam rebus bagi yang tak gemarkan daging. Selain itu, bihunnya direndam dalam air kunyit semalaman supaya bihunya cantik kuning warnanya.

Bahan sampingannya ialah daun sup, daun bawang, tauhu goreng, bawang goreng, lobak masin rebus atau goreng. Tapi paling signature ialah sambal merah yang dihidangkan bersama bihun sup utara. Sambal merah tu mejadikan bihun sup utara ni luarbiasa!

P7021587BR

P7021554ed

Resepi Bihun Sup Utara

Bahan-bahan :
600gm bihun peket
1 sudu kecil serbuk kunyit
600gm tulang lembu
600gm daging
1 biji bawang besar dikisar 5 ulas bawang merah dihiris (untuk ditumis) 3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
3 sudu besar rempah sup
1 ulas bawang besar dibelah 8
2 pokok daun sup - ambil bahagian pangkal akar dan cuci bersih. Daun dipotong halus
Garam secukup rasa
Bawang goreng untuk hiasan

Bahan Kisar :
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan Tumis :
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 buah pelaga
3 bunga cengkih
3 sudu minyak

Bahan sampingan
2 keping tauhu, digoreng dan dipotong
½ cawan lobak masin, direbus dan dipotong dadu kecil - rendam sekejap lobak masin untuk menghilangkan rasa masin
Daun sup dan daun bawang, dipotong nipis


Cara penyediaan sup

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis, kemudian masukkan pula bahan kisar. Tumis sehingga wangi dan naik aromanya.

2. Masukkan daging dan tulang daging, pangkal akar daun sup dan air,  bawang besar, halia, dan bujut sup. Rebus sehingga daging betul lembut.

3. Tabur bawang goreng dan daun sup didalam periuk dan tutup periuk supaya baunya meresap kedalam kuah.

4. Sedia dihidangkan bersama bihun dan bahan sampingan lain

Sambal cili
20 tangkai cili kering, dibuang biji dan direbus lembut
3 sudu besar serbuk cili - saya pakai brand faiza
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit cuka makan atau jus limau nipis
Air secukupnya

Kisar semua bahan diatas sehingga halus. Masukkan dalam periuk kecil dan masak seketika. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Masukkan juga sedikit cuka atau jus limau nipis jika nak sedikit masam.

You Might Also Like

3 comments

  1. aduhhh dah la mengidam sup2 daging mcm ni skrg ni

    ReplyDelete
  2. sedapnyeee bihun sup..nak try buat laaa...heee..tenkiuu kak eny..

    ReplyDelete
  3. Salam...uissshhh meehoon sup utara memang sedap dan always jadi kesukaan.. ;p

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com