Selamat pagi...

Sekala sekala nak makan meggi tapi ni meggi je segera. Nak buatnya tak sesegera mana hehehe.. Cuma gantikan mee dengan mee segera jenama Vits  yang dijual tanpa perencah tu. Sedap sekali sekala sebab dah jemu dan muak dengan mee kuning biasa. Lagipun saya ni jenis tak berapa sukakan rasa air abu mee kuning tu.

P_20160212_085548ed

Nak buat ni pun senang sangat. Jadi rasanya semua orang tahu kan.. So tak payah la masuk resepi hehehe.. 
P_20160212_085634ed

Pastikan mee segera yang dicelur lembut dibilas dan basuh berkali-kali untuk menghilangkan lilin.. Kemudian gaul sedikit minyak zaitun atau minyak biasa supaya tak melekat. 
P_20160212_085533ed
Kek ceri Badam ni resepi asalnya ialah Classic Cherry Cake. Salah satu kek jenis kek butter yang digemari oleh orang dulu-dulu. Tapi sekarang ni masih ada yang sukakan kek jenis ni walaupun dah banyak kek yang telah dikomersialkan menjadi dessert yang cantik. Orang lama pasti suka real cake macam ni..
PC280341ed

Kek ni kaya dengan keharuman badam didalamnya dan kelemakan badam tu diselang seli dengan rasa cherry yang manis. Memang meletop masa gigit tu. Ibarat kek buah yang mempunyai peminat tersendiri walaupun ada yang tak berapa menggemari, begitu jugalah dengan kek ni. Kek ni memang sedikit manis tapi sekali sekala nak merasa apa salahnya kan..

PC280317ed

Tips mendapatkan kek yang sedap ialah guna mentega tulin (pure butter) yang creamy dan premium untuk mendapatkan kek yang sedap, lemak dan lembap..

PC280322ed

PC280304ed


Resepi Kek Mentega Ceri Badam

Bahan-bahan
150g ceri halwa (glazed ceri)
180g tepung naik sendiri
100g butter pada suhu bilik yang sedikit lembut (saya pakai SCS unsalted)
100g gula kastor
1 sudu kecil parutan kulit lemon (optional)
25g serbuk badam (atau badam dikisar halus)
2 telur saiz besar
Badam keping secukupnya

Cara penyediaan

Ceri rendam sekejap dalam sedikit air panas. Kemudian toskan atas tisu dapur dan keringkan. Belah kepada dua atau boleh juga dipotong dadu. Kemudian gaul dengan sedikit tepung

Putar mentega dan gula sehingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar lagi sehingga sebati. Masukkan esen vanila dan esen badam

Masukkan tepung diselangseli dengan ceri dan serbuk badam. Kacau rata.

Masukkan dalam acuan size 7 atau 8 inci. Tabur kepingan badam diatasnya. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga kek masak.




Saya selalu cakap, kalau nak bercuti ni ikutlah kemampuan diri dan masa yang ada. Yang penting kita enjoy percutian kita bersama orang tersayang. Nak bercuti ni tak perlu jauh baru nak rasa happy, bercuti di rumah pun dah cukup menyeronokkan asal kita tahu makna percutian tu..

Saya memang dah lama teringin nak ke Kelantan dan Terengganu.  Tak pernah lagi jejak kaki ke Pantai Timur. Dengar kata kat sana makanan semua sedap-sedap hahaha tu yang teringin nak ke sana sambil-sambil boleh cari pengisian blog tentang makanan kelantan ni. 


Jadi tengah buat planning nak ke sana untuk percutian nanti.. insyallah. Tengah mencari masa masa terluang walaupun tengok jadual tu pack saja.. Tapi kalau tak plan apa pun tak jadi.. Jadi buat masa sekarang saya survey dulu website travel tour. 

Yang ni pakej ke Kelantan bersama Xcell Travel & Tours. Menarik juga. Tengok website dia pun rasa terpanggil nak ke Kelantan..



Menarik juga pakej yang ada antaranya :

Kelantan Islamic Heritage Tour
Kelantan Historical Tour
Kelantan Buddhist Tample Visit
3D2N Kelantan Buddhist Tample City Tour
3D2N Kelantan Historical Tour
3D2N Kelantan Islamic Heritage Tour
Adventure Tours : 2D1N Budget Fishing Trip & Snorkeling (Perhentian Island)
Adventure Tours : 3D2N Budget Fishing Trip & Snorkeling (Perhentian Island)
City Tour Bird Watchung and River Cruise
2D1N City Tour Bird Watching and River Cruise
3D2N City Tour Bird Watching and River Cruise
1 Day Trip To Perhentian Island

Tak payah pening pasal accomodation sebab ada contact untuk homestay dah challet yang partner dengan Xcell Travel ni..  browse saja nak yang mana dari website Excell Travel.

Kalau kesana naik bus atau flight, ada juga servis shuttle.. ni memang menarik.. bukan semua orang yang tahu nak cari servis ni kalau pertama kali ke Kelantan... macam saya hehehe


DH pula berminat sangat dengan pakej Candat Sotong ni.. ya ampun sabar je lah.. hahahahahaha saya ni malasss takut nak naik bot tapi mengenangkan sotong fresh yang ditangkap tu... mungin nak try jugak lah.. ni boleh bawak family ramai-ramai sekali kan. Share-share tak lah terasa sangat membayarnya.



Ok harap plan nak ke Kelantan ni jadilah nanti. Mungkin nak pakai khidmat Excell Travel & Tours insyallah

Kalau korang berminat nak ke Kelantan boleh hubungi :

Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd
Telefon : 010-9282086
Website : http://www.xcelltravel.com/
Facebook : Xcelltravell & Tours Management Sdn Bhd
Instagram : @xcelltravelofficial
Salam semua,

P_20160328_115315ed

Dah lunch ke? Hari ni berkesempatan ke restoren Chenta Mama Daging Bakar di Jalan Sg. Korok Jitra. Kedai ni menyediakan menu simple nasi putih, pelbagai jenis daging, ayam, kambing yang dibakar dan dihidangkan dengan nasi, sup, pelbagai jenis sambal dan kuah cecah beserta ulam ulam kampung. Ringkas sahaja menu tapi cukup menggamit selera.

P_20160328_115348ed P_20160328_115322ed


Just nak share Resepi Daging Bakar Utara yang simple dimana dagingnya direbus terlebih dahulu kemudian barulah diperap dan dibakar. Senang kan..

Resepi Daging Bakar Utara

Bahan-bahan
1 kg daging, direbus empuk bersama halia dan sedikit garam

Bahan kisar untuk perapan
2 batang lengkuas lengkuas
1 batang halia
3-4  ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
3 batang kunyit hidup
1 senduk cili kering direbus dan kisar
3 sudu besar sos tiram
sedikit garam dan gula

Cara penydediaan

Daging rebus, ditoskan dan diperap dengan bahan perapan. Boleh potong kecil-kecil daging tu jika suka.

bakar sekejap sehingga bahagian luar sedikit garing. Jangan terlalu lama kerana daging telah lembut semasa direbus. Boleh bakar pakai kuali ajaib atau pakai kuali non stik. Letak sedikit minyak.

Hidangkan bersama nasi putih dan air asam atau sambal kicap.


MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY


[by Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd]

Bersempena Musim Mencandat Sotong 2016 dan Tahun Melawat Kelantan 2016 , Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (Peneraju Pakej Kelantan Tours) ADA menganjurkan Give away melalui Blog www.nazlee.com . Tujuan adalah untuk memperkenalkan kepada umum berkenaan pakej-pakej pelancongan yang disediakan oleh Xceltravel seperti di laman web rasmi mereka   xcelltravel.com 

Salah satu daripada pakej-pakej yang ingin diperkenalkan adalah PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016 (KELANTAN) . Jika korang yang berminat 'candat' boleh lah turun mencandat sotong, jika tak dapat turun mencandat tahun ini, kita semua berpeluang menyarung t-shirt mencandat sotong khas daripada penaja (gambar di bawah). Peluang mudah menang dengan cara menyertai MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY ; bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016



Terdapat 10 helai t-shirt tersebut untuk dimenangi (10 pemenang) dengan mengikut syarat-syarat  mudah seperti berikut :

1) FOLLOW PAGE FACEBOOK Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.facebook.com/xcelltravel/)
2) FOLLOW INSTAGRAM Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.instagram.com/xcelltravelofficial/)
3) Buat 1 Entri blog
4) Penyertaan terbuka untuk Blogger Malaysia .
5) Tempoh GA bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016

Ok, selamat bergiveaway !

Hai semua... selamat berhari minggu...

Jom buat Black Pepper Beef Burger atau Burger Daging Lada Hitam ala prosperity burger yang sedap tu hehehe.. Tapi saya pakai kepingan daging yang dihiris nipis, diperap dan kemudian dipanggang. Sedapppp sangat.Kalau nak gantikan dengan daging burger segera pun boleh je cuma biasalah daging burger segera banyak lemaknya dan kurang khasiat daging. Ada yang cuma diperbuat dari hampas soya dan diletakkan perasa daging. Lebih baik makan daging lembu sebenar dari daging tiruan yang penuh perasa. Kalau rasa susah nak buat daging burger guna minced beef, boleh je pakai daging slices macam ni. Tak payah bentuk bulat sekeping pun ok je, kita yang buat dia kan...

P8266667bred

Sos black pepper pun homemade. Pakai yang beli punya tak menepati citarasa. Cerewet kan hehehe
P8266708bred

BURGER DAGING LADA HITAM

Bahan-bahan
400gm daging lembu, dihiris nipis
3 keping bun roti panjang
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1 ulas bawang besar kuning, dihiris nipis
4 helai daun salad segar

Cara penyediaan

1. Daging lembu digaul bersama lada hitam, sos tiram, kicap pekat, bawang putih ditumbuk. Perap seketika.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper dan tumis (stir fried) daging sehingga lembut dan masak. Saya masukkan sedikit air sebab nak cepatkan daging empuk. Bila dah empuk, tunggu sehingga air kering.

3. Potong dua roti bun, sapu sedikit mayonis dan mustard. Susun bawang besar, letak inti daging dan salad ditengah-tengah bun. Tuang sos keatas daging dan sedia dihidangkan.

RESEPI SOS LADA HITAM

Bahan-bahan 
1/2 cawan lada hitam dikisar
2 sudu besar mentega
3-4 sudu besar kicap pekat
1/2 cawan susu
1 ulas bawang besar dicincang
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
air secukupnya
1 kiub perasa ayam (optional) - dilarutkan dengan sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan
Panaskan kuali dan masukkan mentega. Masukkan bawang dan masak seketika sehingga layu. Masukkan susu, kicap dan lada hitam. Tambah air secukupnya bersama kiub perasa ayam ikut lah nak pekat macam mana kan. Masukkan garam dan gula secukup rasa

Biar mendidih dan masukkan bancuhkan tepung jagung untuk memekatkan kuah, Kacau sehingga pekat.

Hai semua,

Sekarang ni kalau nak bergambar senang je kan, boleh guna handphone atau camera digital. Tapi bila buat event atau majlis mestilah perlukan fotographer untuk ambil gambar. Tetapi nak lebih advance lagi boleh cuba service photo booth yang terus print gambar on the spot. Menarik kan..

Masa 1st EFG Gathering, kami menggunakan khidmat Kotak Lensa yang menawarkan khidmat instant photobooth. Semua pakat posing depan photo booth!





Cuma sediakan tempat  untuk bergambar dan pihak Kotak Lensa akan setting up set kotak yang mengandungi camera dan perlatana mereka yang lain. Cuma perlu minta tetamu berposing didepan camera sahaja. Dalam beberapa minit, gambar akan siap diprint dan diserahkan kepada tetamu... mudah kan?



Gambar untuk kenang-kenangan... tak payah nak pergi kedai print gambar lagi...

Servis dari Kotak Lensa memang terbaik...


Kotak Lensa Instant Photo Booth
Kotak Lensa 
#kotaklensa #instantphotobooth
IG: kotaklensa 

Hai semua,

Mesti ramai antara kita sekarang ni yang buat 2-3 kerja sekaligus kan untuk cari rezeki halal. Maklumlah zaman ekonomi agak meruncing sekarang, ramai yang memilih untuk “playsafe” dengan buat kerja part time. Macam saya kerja pejabat, balik kerja masuk office no 2, iaitu buka kilang kek hehehe dan sebelum tidur atau awal pagi masuk office no 3 pula iaitu blogging. Itu belum masuk hari kena ke site meeting, seminar, delivery kek, pergi pasar beli barang basah untuk masakan blog dan buat photoshoot untuk blog dan bisnes.. berapa banyak punya hal.. hehehe



Bila buat banyak kerja ni memang sakit satu badan dibuatnya. Dah la badan akak ni terlebih sado, jadi kesian kaki nak tampung, selalu sangat sakit kaki sebab berdiri lama masa mengadun kek, berjalan kesana kesini… duduk lama pun sakit pinggang pulak.. serba salah dibuatnya nak duduk ke nak berdiri hahahaha..



Anyway sejak ada produk Biobax Cool Theraphy ni Alhamdulillah rasa beban sakit urat, sakit belakang, sakit sendi, lutut, kaki semua dapat dikurangkan. Biobax ni dipanggil Cool Theraphy kerana bila terkena permukaan kulit, ianya akan menjadi sejuk. Macam bila kita terseliuh, kita letakkan ais di tempat terseliuh, rasa best, rasa selesa, dapat kurangkan sakit sementara dapatkan rawatan... macam tu lah fungsi Cool Theraphy Biobax ni.

Ni nak pi kerja wajib masuk dalam handbag siap siap.. nanti sakit psstt pssst sprayyyyy ajer…



Haaa tu yang saya suka pasai Biobax ni… sebab ianya spray, pastu ratakan sikit pakai jari.. ok siap! Tak payah nak urut urut sampai panas macam minyak panas tu… dah tu ko tengah meeting pun boleh spray sebab tak ada bau minyak angin.. hanya bau harum menthol atau mint tu je…

Ni bawa ke masa cake delivery.. Wajib bawa ye sebab saya buat cake delivery selalunya selepas balik kerja (after office hour). Masa tu memang dah lemau, lembik, letih hahaha, jadi psst Biobax ni kat tangan, sedut keharuman tu sikit rasa segar..... hilang mengantuk letih semua.. sejuk je rasa..


Biobax ni juga sesuai untuk lenguh leher, sendir, sakit belakang, dan sesuai selsema dan resdung.

Wajib letak atas meja, bila rasa sakit bahu, sengal pinggang, boleh spray je.. bau tu menyegarkan.. boleh hilangkan rasa mual, mengantuk, pening dan buat rasa fresh je kat hidung…



Ni DH try masa lepas balik dari Ikea… tau lah jalan kat Ikea dekat 3 jam lebih hahahah.. angkat barang lagi… dia suruh saya picit bahu, kita pun sakit tangan, maka ku spray je Biobax kat bahu dia, lepas tu spray lengan sendiri hahahahha.. Tu tengok mata pejam tanda kesedapan hahahahah walhal kita tak urut dia pun.. hahaha terima kasih Biobax Cool Theraphy!!!!




Ok bagi yang nak cuba Biodex ni boleh dapatkan info disini…

Biobax Cool Therapy

 #biobaxcooltherapy

Hai semua, salam sayang dari Kekny hahaha mengada je..

Nasi Beriani Kambing EFG pembuka bicara...


Dah seminggu lebih kan tak update blog. Busy sikit hal bisnes dan juga baru baru ni saya ke Shah Alam attend event gathering Exchang Feed Group (EFG) yang pertama dan julung kali diadakan. Macam korang semua tahu, atau maybe ada yang tak tahu, saya ialah salah sorang ahli EFG iaitu satu group blogger untuk exchange feed di blog masing-masing. Kami membantu sesama blogger untuk menaikkan traffic blog masing-masing. Disamping tu dalam EFG, ada kelas teknik SEO, Coding blog, layout blog, segala jenis tutorial dan banyak perkongsian yang kami berkongsi bersama. Most of all each of us motivate each other supaya seiring menjadi top blogger kat Malaysia ni.


Jadi tarikh keramat 19 Mac 2016 menjadi pilihan EFG untuk mengadakan our first blogger meet up. Pelan asal ialah sekadar gathering biasa untuk makan-makan. Actually I was planning to cook for them, konon nak masak lah, bincang dengan Mommy Irra dari  www.irrayyan.com nak buat di rumah dia. And things getting big and bigger…. And from a simple gathering jadi big event, dengan 26 sponsors!!! Yes all 26 sponsors!! 

Pagi di hari event, meja dan kerusi all set up!!! Sorry Mommy Irra dan Efgiers lain, kekny datang lambat, gara-gara bilik hotel kitaorang tak ada tingkap, tak sedar dah siang hahahahahhahaha... bangun bangun dah 8.30 pagi!!!! 

Cantik kan... ni kanopi dibahagian luar..

Mengambil keberkatan majlis dimulai dengan bacaan yassin dan doa selamat..

Emcee hari tu... Ewan dari  www.wayneharraz.com

Ucapan aluan pengetua EFG, Mommy Irra

Tiga Jejaka EFG, Faizal www.papaglamz.com yang pegang mic tu, emcee selepas Ewan.. di tengah Ewan dan kanan PCL www.nazlee.com

Ada sorang lagi jejaka EFG iaitu Along www.rahimaim.com tapi tak ada dalam gambar sebab dia tak register awal kata nak datang hahahahahhahaha

Ok letak jugak la gambar dia hahahahhahaha


Sesi bergambar... eh mana ada sessi... memang sentiasa bergambar hahahaha...

Happy sangat sehari tu, walau penat, panas membahang, yang ada anak anak kecil terpaksa melayan kerenah anak kepanasan dan ada yang anak demam, tapi bila suruh posing semua sehati sejiwa senyum meleret tunjuk gigi... Suka dengan semangat EFGiers ni.. 


Banyak aktiviti yang kitaorang buat, antaranya teka silang kata ni... masing-masing serius menjawab..

Paling best aktiviti bergambar di photo booth..

Dan masing-masing dengan selfie..



hahahahahha kesengalan masing-masing

DH dan saya pun tak nak ketinggalan juga layan sengal hahaha

How we get all the sponsors to commit with us? Itulah Exchange Feed Group EFG, BUKAN SEKADAR SEMBANG KOSONG – highlight our tagline hahahah… yes EFG isn’t social group yang bersembang kosong, setiap butiran ada ilmu yang dikongsi, walaupun dalam penuh jenaka hahaha.. Jadi we manage to get all the sponsors to commit and yes we did it successfully. We’ve got all sorts of sponsor, from cash, foods and drinks, cosmetic, photography, tent and canopy and even senaskah tafsir Al Quran.. alhamdulillah seronok balik penuh dengan goodies dan door gift


















Brownies sponsored Eny Abdullah - follow instagram CAKEENY

Testimoni hehehehhehe...



Diberi peluang berucap... i try to make it simple cakap pasai blog dan bagi motivasi sikit...





Lunch sedap sangat!!!!



Alhamdulillah program yang diadakan ini mendapat sponsor yang sangat mengujakan semua. Terima kasih kerana menaja dan memeriahkan gathering kami. Harap sangat tahun depan dapat buat lagi... 

1st EFGathering was sponsored by :

Biobax Cool Therapy
Biobax Cool Therapy 
#biobaxcooltherapy

Kelantan City Tour Xcelltravel
Kelantan City Tour Xcelltravel 
#xcelltravel

Alludra International (Jus Orlin)
#orlin

Kotak Lensa Instant Photo Booth
Kotak Lensa 
#kotaklensa #instantphotobooth
IG: kotaklensa 

The Violet Sofia
The Violet Sofia
#thevioletsofia
#almumayyazbyvioletsofia

Fennelle Beauty
#fennellebeauty 
#fennellerenewalserum

VCO NUTRASENSE
VCO NUTRASENSE
#VCO #Nutrasense
IG: nizam84

Nizar Faez Studio
Nizar Faez Studio
#nizarfaezstudio

VanLela Hiphoody
VanLela Hiphoody
#hiphoodyvanlela

Balloon Decoration
Majesticevents Sdn Bhd
Majesticevents Sdn Bhd
#khemahkahwin

Cafe Cerita Kambing
Cafe Cerita Kambing
#cafeceritakambing #kambingbakar

Produk Kesihatan Forever
#aloeveraklang0136283485
#aloeverashahalam0136283485

Qaseh Zamri Collection
Qaseh Zamri Collection 
 #qasehzamricollection

Yusmizee Naturopathic Center,  Alor Gajah Melaka

#yusmizeenaturopathic

Qesyamin
#qesyamin

RaisahRafhanah
#headchain #flowercrown

Hazirah
#muchochocolatechips

Sakura Sasuke
#sakurastyle

Acit Guest Book
#hantaranmurahsaya

LadyDaissy Pastry
#LadyDaissyDoorgift

Design&Printing 
#dexsignprinting

Aniq sya 
#aniqsyaquqiz

Homemade Cookies 
#myhomemadecookies

Jus kedondong asam boi 
#manjavakedondongasamboi
FB: Man Java 

Reqa Creative
#reqacreative
FB: reqacreative