Adsense

Pho BO Mee Sup Daging ala Vietnam

11:26 am

Vietnamese Beef Noodle atau Mee Sup Daging ala Vietnam

Hai semua,

Nak share resepi kegemaran saya. Vietnamese Noodle atau Mee Sup Daging ala Vietnam. Nama rasmi Pho Bo Cukup simple tapi rasanya memang sedap. Selalu makan di Secret Recipe je, tapi bila buat sendiri, puas makan disamping satu keluarga dapat merasa.

Rasa Pho Bo ni macam mee sup soto tapi agak light dan mild, dan tak strong sangat flavournya. Disamping pengunnan sos ikan atau serbuk ikan bilis memberi rasa sempurna untuk kuah suap. Orang Vietnam, Thai ni kan memang menggunakan sos ikan dalam hampir semua masakan diorang. Jadi tak hairan la kalau ianya dicampur sekali dalam sup daging. Ianya umpama ajinomoto (MSG) bagi masakan diorang.

P7021516ed

Nak tahu sedap ke tak sedap, kena try. A must! Sup tu walau nampak bening sangat tapi penuh rasa dan perisa. Yang penting daging tu tak boleh rebus lama, cukup sekadar daging tu masak tetapi tidak mentah dan harus dipotong nipis. Walaubagaimanapun jika sukakan versi daging yang direbus lembut sehingga isi empuk macam kita makan mee sup disini pun boleh je rebus sekali dengan kuahnya.  Yang saya buat ni, saya gunakan tulang rusuk daging untuk kuahnya dan isi daging dimasak kemudian (celur) dalam kuah yang siap masak tu. Saya paling suka cili tu lebih dan cecah daging dalam cili tu....  The right way to enjoy Pho Bo. 

P7021533ed


Resepi Vietnamese Beef  Noodle Soup atau Pho Bo

Bahan-bahan :
Sebungkus Kuey Teow - atau mee jika suka.
3-4 ketul tulang rusuk lembu
800gm daging lembu batang pinang, dihiris nipis
Bawang besar di belah 4
4 ulas Bawang putih diketuk
1 4-inch halia, di belah dan diketuk
Air secukupnya
2 bunga lawang
1 kulit kayu manis
2 biji buah Pelaga
Sedikit ikan bilis dikisar halus - dalam 2 sudu besar - boleh pakai kiub ikan bilis juga atau sos ikan (nampla)
Daun Sup dan Daun bawang
Taugeh
Boleh tambah lagi sayur lain mengikut kreativiti.
Garam secukup rasa

Cara penyediaan :
Kuey teow dicelur. Cara celur ialah, masukkan kuey teow didalam penapis atau bekas jarang. Masukkan air panas ke dalam periuk yang boleh memuatkan penapis. Celup penapis yang berisi kuey teow didalam air panas sekali celup sahaja. Terus lalukan bawah air paip atau celupkan dalam air sejuk  untuk memastikan kuey teow tak terlebih kembang.

Tulang direbus sekejap dalam air sehingga mendidih. Tutup api dan buang air rebusan. Masukkan air yang baru dan rebus semula. Kali ni masukkan bahan lain bersama bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan serbuk ikan bilis kisar. Tujuan buang air rebusan pertama tu untuk buang darah dan kotoran pada tulang dan supaya kuah jernih dan cantik. Rebus sehingga mendidih dan jika nak tulang yang lembut boleh la rebus lama atau menggunakan pressure cooker. Masukkan garam secukup rasa

Apabila hendak menghidang, celur sekejap daging yang dipotong nipis kedalam kuah sup yang mendidih sehingga tiada merah.  Masukkan kuey teow kedalam mangkuk bersama daging, dan hidangkan bersama daun bawang, daun sup dan taugeh,  Hidangkan bersama sambal cili

Sambal Cili Hijau (Pho Bo Sauce)

Bahan - bahan :
15 biji cili padi hijau
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu besar minyak bijan
kicap masin secukupnya
Sedikit gula

Cara penyediaan :
Kisar semua bahan dengan sedikit air.
Masukkan dalam periuk atau kuali kecil dan masak sekejap atas api sehingga mendidih.
Siap dihidangkan bersama Pho Bo

You Might Also Like

2 comments

  1. okay, this is the recipe that I've been waiting for kak!

    ReplyDelete
  2. nice recipe. mmg lapaq tengok gambaq makanan ni. hehe :)

    ReplyDelete

Adsense

recent posts

Popular Posts

Top Comentator

Kongsi Resepi

Network