Menyorok Pulut Tanak Ikan Masin

11:55 am

Menyorok atau maksudnya sarapan di Kedah. Pagi ni mak masakkan pulut tanak dan ikan belanak masin yang digoreng garing. Ya Allah nikmatnya syukur.

P_20160227_084521

Kalau di Kedah ni memang biasa dulu-dulu pulut ikan masin menjadi pilihan untuk sarapan waktu pagi.  Orang dulu-dulu ke bendang (sawah) siap berbekal pulut tanak ni. Kalau dulu dimakan bersama ikan sepat kering masin, ikan haruan kering atau ikan pekasam puyu yang dibuat sendiri hasil tangkapan dikala sawah air surut.

P_20160227_084331 

Tapi orang Kedah sekarang ni (kak eny korang ni lah hehe), cuma tahu makan ikan masin yang beli kat Tesco je hehehe..

Pulut tu dimasak macam masak nasi biasa, cuma kena pakai dapur gas, jangan masak dalam rice cooker pulak hehehe... hidangkan dengan ikan masin / masam (jeruk) sebarang jenis pun boleh, nak sedap ikan talang masam / masin yang digoreng garing. Letak sedikit kelapa parut. Lawankan dengan secawan kopi o panas.... Memang sedapppp!

You Might Also Like

4 comments

  1. makanan ni kalau belah kelantan dihidangkan masa siang daging masa merewang. Meriah!

    ReplyDelete
  2. sedapnya eny... akak n husband mmg suka... pg2 bfast cari pulut ikan kering kat cafe... hikhik

    ReplyDelete
  3. Saya sampai skrg x pandai nak makan pulut dengan ikan masin.. x pernah berjaya.. kikikiki

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com