Sana sini viral pasai ais krim sumi. Tapi kita tak suka ais krim (kes gigi sensitive) hahaha... jadi kita transform kepada puding sumi atau agar-agar sumi. Sedap makan sejuk-sejuk terus lalu kat tekak je.. yang penting tak seriau gigi hahaha..

Jom tengok resepi mudah. Macam buat aiskirm sumi cuma tambah serbuk jelly je.  
 P3061112edP3061135ed

Resepi Puding Sumi

Bahan-bahan : 
1 tin susu pekat manis
1 tin susu sejat - boleh kurangkan jika tak suka manis
300 ml air
1 paket agar-agar serbuk - selalunya untuk 900ml air
Jelly sumi secukupnya

Cara penyediaan :
Campurkan susu pekat manis, susu sejat dan air dalam periuk dan didihkan.

Bila mendidih, masukkan serbuk agar-agar

Tunggu sehingga agar-agar melarut baru tutup api. Hati hati nanti susu cepat meruap

Susun jeli dalam mangkuk dan tuang susu bercampur agar-agar tadi. Sejukkan sehingga beku.

Hai semua,

Pernah makan Chocolate Tart? Ni first time saya buat resepi ni adaptasi dari Martha Steward punya resepi. Mula-mula musykil takut tak menjadi beku coklatnya, rupanya memang menjadi. Alhamdulillah. Lembut je coklat filling tu. Bila gigit rasa cair dlm mulut.

Kalau ikut resepi asal, Martha pakai biskut digestive (atau biskut marie) je yang dihancurkan dan digaul bersama mentega sebagai crust (pastry doh). Tapi saya pakai adunan tart dan campur sedikit serbuk koko. Kalau tak nak campur serbuk koko pun boleh je.

P_20160216_075830 P_20160216_015505 P_20160216_075551

Resepi Chocolate Tart

( acuan 8 -9 inci)
Bahan Filling :
1 1/3 cup dark chocolate (semi sweet)
1 cup heavy cream - saya pakai Anchor UHT whipped cream
1 sudu besar mentega
1/4 cup susu
1 biji telur size A
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam

Cara penyediaan :

Cairkan coklat dan mentega biarkan sejuk sikit, masukkan heavy cream dan susu kacau rata..

Masukkan telur, esen vanila dan garam. Kacau rata

Tuang atas kulit tart yg telah dibakar terlebih dahulu..

Bahan Kulit Tart :
170gm butter suhu bilik
290gm tepung
50 gm gula icing atau gula halus
1 biji telur
2 sudu besar serbuk koko - optional
1/2 sudu teh garam

Cara penyediaan ( gambar lama, adunan tart tiada serbuk koko)

Pukul mentega dan gula sehingga sebati. Sebati je, bukan sampai kembang putih mcm nak buat cake tu tau hehehe... Lepas tu masukkan telur dan esen vanila. kacau rata
DSC09641

Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar dengan hujung senduk kayu sehingga adunan nampak berketul dan boleh dibentuk
DSC09642

Sampai jadi macam ni.
DSC09644

Kemudian guna tangan dan bentuk kan adunan menjadi bulat dengan menekan-nekan sehingga padat. Masukkan dalam peti ais sekejap. Ratakan atau canai dalam acuan tart sehingga penuh. Jangan terlalu tebal sangat kulitnya. Pakai sudu tekan tekan supaya sama rata. Bakar selama 20 - 30 minit sehingga kulit tart mengeras.
DSC09645
Menyorok atau maksudnya sarapan di Kedah. Pagi ni mak masakkan pulut tanak dan ikan belanak masin yang digoreng garing. Ya Allah nikmatnya syukur.
P_20160227_084521

Kalau di Kedah ni memang biasa dulu-dulu pulut ikan masin menjadi pilihan untuk sarapan waktu pagi.  Orang dulu-dulu ke bendang (sawah) siap berbekal pulut tanak ni. Kalau dulu dimakan bersama ikan sepat kering masin, ikan haruan kering atau ikan pekasam puyu yang dibuat sendiri hasil tangkapan dikala sawah air surut.

P_20160227_084331 

Tapi orang Kedah sekarang ni (kak eny korang ni lah hehe), cuma tahu makan ikan masin yang beli kat Tesco je hehehe..

Pulut tu dimasak macam masak nasi biasa, cuma kena pakai dapur gas, jangan masak dalam rice cooker pulak hehehe... hidangkan dengan ikan masin / masam (jeruk) sebarang jenis pun boleh, nak sedap ikan talang masam / masin yang digoreng garing. Letak sedikit kelapa parut. Lawankan dengan secawan kopi o panas.... Memang sedapppp!
Hai semua
Ni resepi paling simple nak buat. Daging Goreng Lada Hitam Bersama Brokoli. Sedap pun sedap. Jenis lauk gabung dengan sayur ni memang sesuai untuk ibu-ibu berkerja memasak kat keluarga. Masak satu jenis ni pun dah boleh cover nutrien pemakanan kanak-kanak.

Nak buat daging ni pun mudah. Daging boleh diperap seawal dari malam sebelum dan sayur pula dipotong awal. Masukkan semua dalam peti sejuk. Esok balik kerja, panaskan minyak dan tumis je. Tak perlu tumis bawang bagai sebab semua dah rasa dah meresap dalam daging. Sebab tu lah tujuan kita perap dari awal. Mudah, sedap dan menjimatkan masa.

P2230969ed P2230957ed

Tips Daging Goreng Lembut

Saya nak share satu tip sekiranya kita masak daging especially jenis stir fry ni. Daging selalu agak liat dan tak empuk. Cara yang saya belajar dari Chef Baek (rancangan makan korea hahaha) ialah bila goreng daging tu, masukkan je air sehingga paras daging dan jangan masukkan garam. Tetapi masukkan sedikit gula (dalam 1 sudu kecil) dan biar daging mereneh sehingga airnya kering dan kuah akan menjadi sedikit pekat kerana penggunaan gula tadi. Kemudian barulah masukkan garam untuk memberi rasa kepada daging. Bila buat ni, daging tu lembut dan elok je masak, tak kering didalam dan masih berjus. Sos pula melekat elok diluar daging kerana penggunaan gula sebagai glazed. Garam kena masuk last kerana garam boleh mengecutkan isi daging dengan terlalu cepat dan membuang air didalamnya. Jadi nak dapatkan daging goreng sedap, cubalah tips ni k :)

P2230984ed P2230990ed

Resepi Daging Goreng Lada Hitam Brokoli

Bahan-bahan :
800 gm daging lembu
1 pokok brokoli , dipotong
2 ulas bawang besar kuning (Holland) dibelah tebal lagi sedap
3 sudu besar penuh lada hitam, dikisar kering atau ditumbuk kasar
2 sudu besar minyak
1 sudu kecil gula
Garam
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan air

Bahan perap:
3 sudu besar kicap manis – kicap biasa yang selalu kita makan dengan nasi
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
4 ulas bawang putih di tumbuk
1 inci halia, ditumbuk
2 sudu besar serbuk lada hitam halus

Cara penyediaan:
Perap daging dengan bahan perap selama lebih kurang 1 jam atau semalaman. Lebih lama lebih sedap

Bila nak masak, panaskan minyak, masukkan daging perap, sesudu gula dan air secukupnya. Masak sehingga air kering dan daging lembut. Jika daging masih belum lembut, tambah air dan masak lagi sehingga kering.

Bila kering masukkan lada hitam dan kacau rata.

Masukkan brokoli dan bawang besar dan masak seketika.

Jika nak kuah lebih pekat masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau terus tutup api. Hidangkan dengan nasi putih.

Jom cuba resepi Daging Goreng Lada Hitam ni mesti tak menyesal!

Kalau berkunjung ke Kedah, jangan lupa singgah pekena Mee Abu. Mee Abu ni ialah nama kedai yang mungkin pemiliknya bernama Abu. Bukan setakat mee rebus malah ada mee goreng mamak, kueyteow goreng mamak, dan sebagainya.
Istimewanya mee rebus dan goreng di Mee Abu ni dihidangkan bersama lempung (paru) rebus yang lembut sangat. Sedapppppp..
P_20160218_174206

How to enjoy mee abu... perah limau dan gaul semua sekali. Telur rebus tu penyet penyet agak sampai bercampur dengan kuah.. sedut mee sambil buat slurppppppp.. yummm
P_20160218_174415
Coney Dog atau Coney Hot Dog ni sebenarnya bukanlah makanan pelik. Dekat A&W pun ada jual hehehe.. Ada yang panggil Chilli Hot Dog atau classic chilli hot dog. Sama je hehehe.
Perkataan Coney tu ialah dari nama sebuah pulau iaitu Coney Island, tempat asalnya hidangan sandwich ni. Macam hot dog biasa, ada sausej ditengahnya tetapi perbezaan dengan hot dog biasa ialah ada kuah cili pedas yang disiram ditengahnya. Kuah cili yang ada daging, tomato dan serbuk cili ni memang sedap digandingkan dengan hot dog. Rasanya seakan akan kuah spaghetti bolognese tetapi lebih pedas.

P8164342

Nak yang sedap, kena pilih sausej yang berkualiti tinggi dan jenis premium. Tapi kalau pakai sausej yang biasa pun boleh je kalau nak bajet apa lagi kalau untuk party mesti dapat jimat banyak kosnya kan.. Kalau nak pegi picnic atau buat party dan dah boring dengan menu sandwich, boleh la cuba buat resepi ni...

Jom try buat coney dog ni sebagai sarapan atau makan malam keluarga. Simple je!
P8164359 P8164344

Resepi Coney Hot Dog

Bahan-bahan
4 biji roti bun panjang
4 batang sosej 
½ cawan keju parmesan
2 sudu besar mustard

Bahan sos cili daging pedas
300gm daging lembu cincang
1 ulas bawang besar , dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
 2 biji tomato, dicincang
4 biji cili merah, dicincang
3 sudu besar tomato puri
1 sudu besar mustard
1 sudu kecil serbuk paprika - boleh kurangkan jika tak nak pedas
1 sudu kecil chili flakes - boleh kurangkan jika tak nak pedas
1 sudu kecil serbuk lada hitam - boleh kurangkan jika tak nak pedas
2 sudu besar minyak 
Garam secukup rasa

Cara penyediaan sos cili hot dog

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar cincang sehingga layu.

Masukkan daging cincang dan goreng seketika

Masukkan tomato puri, tomato cincang, cili merah, serbuk paprika dan chilli flakes. Masukkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. Kacau sebati.

Masak sehingga kuah sebati dan pekat. Masukkan mustard, serbuk lada hitam, dan garam secukup rasa.


Cara penyediaan 

Dalam periuk, panaskan air sehingga mendidih. Masukkan hotdog dan celur sekejap. Kemudian grill didalam kuali yang diletak sedikit minyak. Boleh juga dikukus, direbus atau masak dalam microwave. Asalkan masak hehe..

Roti bun dibelah ditengah bahagian atas, sapu dengan mustard dan tabur cheese. Kemudian letak sosej ditengahnya

Sudukan sos cili daging diatas hotdog tadi. Tabur keju dan sedikit bawang besar yang dicincang. Boleh juga tabur herba daun thyme jika suka. Sedia dihidangkan.

Orang kalau busy memang masak campak-campak je. Tapi the truth is, yang campak-campak tu la terkadang sedapnya menjilat sudu! Pastu bila nak masak balik nak dapat rasa yang sama tu memang tak boleh, macam nak campak kuali je rasa! hahahha


Falling back to comfort favorites, here is my comfy and nutritious Pasta Soup,malam-malam ni, what is better than a light, warm and soothing soup?

Jom Buat Resepi Sup Pasta Sedap 

Pasta tu rebus dulu sampai lembut. Pastu rebus daging cincang, carrot dan celery sehingga lembut, tambah garam dan lada sulah, serbuk ayam sikit :p (sikit jeeee tauuuuu hahah) dan udang (dibuang kulit) atau sotong jika suka. akhir sekali masukkan pasta dan hidangkan.. nak sedap makan dengan sambal cili kicap. Terangkat!!!


Hai semua,

Talking about comfort food ni actually it can be any food that comforts your emotional and feeling and tummy as well. Macam menikmati semangkuk sup krim chowder ni dikala hati lara dan dikala letih dengan urusan sehari-hari... its truly comforting..

Really busy with the workload now.. so here is the recipe.. simple sangat nak buat

P8072234ed


Resepi Sup Krim Chowder Seafood

Bahan-bahan :
1 mangkuk kepah, direbus sekejap dan ambil isinya. Air rebusan disimpan 1 cawan
1 cawan isi udang tanpa kulit, dipotong kecil
1/2 cawan isi ikan merah, dipotong kecil
1/2 cawan heavy krim
1 cawan susu
2 sudu besar bwang putih cincang
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit daun parlsey dicincang
Sedikit daun herba thyme dicincang (optional)
Garam dan lada sulah

Cara penyediaan :

Panaskan kuali dan masukkan mentega, masukkan bawang putih cincang.

Masukkan susu dan juga tepung gandum. Terus kacau. Masukkan air rebusan kepah. Terus kacau sehingga agak pekat dan masukkan isi udang, isi ikan dan isi kepah. Masak sehingga mendidih sambil dikacau. Tabur daun parsley dan daun thymes.

Masukkan garam, dan lada sulah secukup rasa. Tabur sedikit serbuk cili jika suka.

Hidangkan dengan roti atau dihirup begitu sahaja.



Vietnamese Beef Noodle atau Mee Sup Daging ala Vietnam

Hai semua,

Nak share resepi kegemaran saya. Vietnamese Noodle atau Mee Sup Daging ala Vietnam. Nama rasmi Pho Bo Cukup simple tapi rasanya memang sedap. Selalu makan di Secret Recipe je, tapi bila buat sendiri, puas makan disamping satu keluarga dapat merasa.

Rasa Pho Bo ni macam mee sup soto tapi agak light dan mild, dan tak strong sangat flavournya. Disamping pengunnan sos ikan atau serbuk ikan bilis memberi rasa sempurna untuk kuah suap. Orang Vietnam, Thai ni kan memang menggunakan sos ikan dalam hampir semua masakan diorang. Jadi tak hairan la kalau ianya dicampur sekali dalam sup daging. Ianya umpama ajinomoto (MSG) bagi masakan diorang.

P7021516ed

Nak tahu sedap ke tak sedap, kena try. A must! Sup tu walau nampak bening sangat tapi penuh rasa dan perisa. Yang penting daging tu tak boleh rebus lama, cukup sekadar daging tu masak tetapi tidak mentah dan harus dipotong nipis. Walaubagaimanapun jika sukakan versi daging yang direbus lembut sehingga isi empuk macam kita makan mee sup disini pun boleh je rebus sekali dengan kuahnya.  Yang saya buat ni, saya gunakan tulang rusuk daging untuk kuahnya dan isi daging dimasak kemudian (celur) dalam kuah yang siap masak tu. Saya paling suka cili tu lebih dan cecah daging dalam cili tu....  The right way to enjoy Pho Bo. 

P7021533ed


Resepi Vietnamese Beef  Noodle Soup atau Pho Bo

Bahan-bahan :
Sebungkus Kuey Teow - atau mee jika suka.
3-4 ketul tulang rusuk lembu
800gm daging lembu batang pinang, dihiris nipis
Bawang besar di belah 4
4 ulas Bawang putih diketuk
1 4-inch halia, di belah dan diketuk
Air secukupnya
2 bunga lawang
1 kulit kayu manis
2 biji buah Pelaga
Sedikit ikan bilis dikisar halus - dalam 2 sudu besar - boleh pakai kiub ikan bilis juga atau sos ikan (nampla)
Daun Sup dan Daun bawang
Taugeh
Boleh tambah lagi sayur lain mengikut kreativiti.
Garam secukup rasa

Cara penyediaan :
Kuey teow dicelur. Cara celur ialah, masukkan kuey teow didalam penapis atau bekas jarang. Masukkan air panas ke dalam periuk yang boleh memuatkan penapis. Celup penapis yang berisi kuey teow didalam air panas sekali celup sahaja. Terus lalukan bawah air paip atau celupkan dalam air sejuk  untuk memastikan kuey teow tak terlebih kembang.

Tulang direbus sekejap dalam air sehingga mendidih. Tutup api dan buang air rebusan. Masukkan air yang baru dan rebus semula. Kali ni masukkan bahan lain bersama bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan serbuk ikan bilis kisar. Tujuan buang air rebusan pertama tu untuk buang darah dan kotoran pada tulang dan supaya kuah jernih dan cantik. Rebus sehingga mendidih dan jika nak tulang yang lembut boleh la rebus lama atau menggunakan pressure cooker. Masukkan garam secukup rasa

Apabila hendak menghidang, celur sekejap daging yang dipotong nipis kedalam kuah sup yang mendidih sehingga tiada merah.  Masukkan kuey teow kedalam mangkuk bersama daging, dan hidangkan bersama daun bawang, daun sup dan taugeh,  Hidangkan bersama sambal cili

Sambal Cili Hijau (Pho Bo Sauce)

Bahan - bahan :
15 biji cili padi hijau
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu besar minyak bijan
kicap masin secukupnya
Sedikit gula

Cara penyediaan :
Kisar semua bahan dengan sedikit air.
Masukkan dalam periuk atau kuali kecil dan masak sekejap atas api sehingga mendidih.
Siap dihidangkan bersama Pho Bo

Hai semua

Nasi Goreng Udang Banjir Tronoh pembuka bicara  selepas bercuti sekian lama... hehehe

P_20160209_100710

Cuti CNY lepas, seperti biasa balik ke Kampung Piandang Lama, Siputeh Perak. Kali ni disebabkan jadual tak berapa pack dengan aktiviti kenduri kendara, maka sempatlah plan nak jalan-jalan cari makan sekitar sini.

Hari sebelum bercuti, saya bertungkus lumus siapkan tempahan kek dan brownies yang diorder. Mana nak siapkan kerja-kerja office lagi sebab saya cuti awal kali ni. Dari hari rabu ke jumaat sampai lah ke pagi sabtu tu, akhirnya semua tempahan siap dihantar. Yang dalam kereta ni yang nak dibawa ke Ipoh dan juga ada few boxes untuk customer Alor Setar.

P_20160206_070808

Usai sampai dan berehat kejap, DH terus ajak ke pasaraya berdekatan untuk beli barang BBQ malam tu... kaki memang dah shaking habis, ye lah 20 minit sebelum tu, baru je habis tekan accelerator minyak selama 4 jam!

Balik dari membeli barang, buat pula persiapan BBQ dan masak sekuali besar pasta ni...

P_20160206_213256

Dan gambar BBQ memang tak larat dah nak ambil sebab time makan BBQ pun mata hampir nak pejam hahahahahahhaha.. Malam tu tidur beberapa kali terjaga akibat kaki cramp.. buka sekali dua, 6-7 kali !!!!

Lobster Murah di Woob2Lobster

P_20160208_212832_1 

Erol, adik ipar, mengajak kami try Woob2Lobster di Sg Siput Perak. Hari tu ada masuk dalam Majalah 3 katanya restoren ni. Dan sememangnya seperti dijangka, restoren viral ni memang ramai sangat orangnya. Jadi kena tunggu dari petang sampai nak masuk Isyak lah nak makan 4 ekor lobster pun hehehe...

Harga lobster mengikut gred dan jenis dari RM 30 ke RM 80. Boleh tengok info lanjut di page mereka Woob2Lobster

Review Woob2Lobster:

Lobster memang murah tetapi cara masakan dan rempah digunakan tidak sesuai dengan hidangan lobster. Terlalu banyak pengunaan daun herba rosemary yang overtake rasa lobster tu. Kalau lobster ni bagi saya mcm ketam, direbus begitu sahaja, dan  curah sos butter atau sos tartar pun sudah begitu sedap... tapi sos yang diberi sudah penuh daun rosemarry,  lobster juga ditabur daun herba rosemary, kentang goreng yang lemau dan sedikit salad, agak kecewa sedikit disitu. Harap diorang boleh tingkatkan resepi yang setanding harga lobsternya. Walaupun murah dari harga pasaran tak semestinya makanan juga harus ala "cheapskate"

Siakap Limau dan Siakap 3 Rasa Restoren D Muruh Lumut

Saya dan DH berkali-kali datang ke sini hahaha.. dan memang kami order 2 jenis lauk ni dan telur dadar dan kadangkala ada sayur. Suka sebab ikan siakapnya segar dan manis je isinya. Masakan kukus dan goreng 3 rasa juga sedap. 
P_20160207_184303


Mee Banjir Udang Tronoh

Restoren ni sebenarnya berdekatan dengan rumah mentua. Terletak di Tronoh, tepi jalan Ipoh-Lumut Highway, bangunan kedai berdekatan Petron.

P_20160209_095139

Mee udangnya sedap juga dan lebih kurang je rasanya dengan mee udang di Taiping. Tak payah pi jauh-jauh nak makan. Tapi restoren ni dibuka awal pagi dan tutup menjelang petang apabila habis udangnya. Tak macam restoren mee udang yang selalunya buka petang ke malam. Saya suka buka awal sebab senang, boleh breakfast sahaja disitu hehehe.. Tak payah tunggu malam baru nak makan. Kadang bila malam semua orang keluar serentak, sesak jadinya. 

P_20160209_101320

Nasi goreng udang  banjir yang saya order... sedapppp!!
P_20160209_100726
Hai semua,

Haaaaa mentarang kau! Sedap mentarang ni sebenarnya. Tapi part paling malas ialah nak mecucinya tu. Kena berus sekor sekor hehehe sampai putih gebu mcm tu, kena jirus air sikit kat belah dalam supaya hilang selutnya. Hujung ekor yang macam getah tu potong sikit. Bila nak makan pula dalam dekat tengah ada cengkerang halus. Jangan tertelan pulak.

Walaupun remehnya mentaran ni, isinya memang sedap, lemak dan cair je dimulut. Sedap direbus, dikukus cicah air asam (RESEPI DISINI) dan digoreng bercili simple macam ni.

P1150633ed

Ni goreng paling simple, pakai serbuk cili je. Kalau nak pakai pes cili kisar lagi sedap.

P1150638ed

Resepi Mentarang Sos Tiram Bercili

Bahan-bahan ;
1-2 kg mentarang saiz sederhana (saiz sederhana sesuai digoreng, kalau size besar sesuai dibakar dan rebus )
5 sudu besar sos tiram
2 sudu besar serbuk cili (saya pakai jenama Faiza)
4 ulas bawang putih, dicincang
3 ulas bawang besar dicincang
3 batang serai dihiris nipis atau diketuk
1 pokok daun sup, dipotong
1 biji telur, dipukul

Cara penyediaan :

Gaul sebati sos tiram dan serbuk cili

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan serai sehingga wangi.

Masukkan sos tiram yang telah digaul sebati dengan sos cili. Masak seketika. Jika terlalu pekat tambah sedikit je air supaya tak hangus

Masukkan mentarang, Kacau seketika sehingga rata dan tutup kuali. Buka api besar. Biar mentarang masak didalamnya.

Buka penutup dan kacau rata, tuangkan telur yang dipukul dan terus kacau agar kuah sedikit pekat. 

Tabur daun sup dan sedia dihidangkan.

Nota : mentarang ada rasa masin tersendiri, jadi hati-hati masa letak garam. Saya tak letak garam langsung.

Siput mentarang tak akan terbuka habis seperti kepah. Jadi jangan la masak lama-lama sebab nak tunggu mentarang tu terbuka habis hehehe.. 

Jom cuba resepi mentarang sos tiram bercili ni!