Pasta Tuna Dan Nenas

1:28 pm

Hi semua, dah lunch ke?

Ni lunch 2-3 hari lepas hehehe. Simple tapi sedap dan mudah pula nak buat. Actually ni teringin nak makan hawaian pizza yang ada topping tuna dan nenas tu. Tapi baru terfikir, kalau tuna dan nenas ni digabungkan didalam pasta mesti meletop kan! Gabungan rasa tuna dan nenas ang masam manis memang serasi betul...

Jadilah Pasta Tuna Nenas ni.. cubalah memang sedap!

P6261297ed
P6261293ed


RESEPI PASTA TUNA DAN NENAS

Bahan-bahan :
Sebarang jenis pasta, saya guna pasta Fettucini
1 tin isi tuna dalam tin – jenis minyak
1 cawan nenas – dipotong dadu
5 biji cendawan butang – dihiris nipis
Sedikit  minyak zaitun
½ cawan susu sejat
3 ulas bawang putih – dicincang halus
1 ulas bawang besar – dicincang kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 cawan keju parmesan serbuk
Beberapa tangkai daun herba sweet thymes – di cincang halus (boleh juga pakai herba thyme kering)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air rebusan pasta secukupnya

Cara penyediaan :

1. Panaskan air bersama sedikit garam. Rebus spaghetti  sehingga al dente. Simpan air rebusan

2. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu. Masukkan isi tuna dan cendawan. Goreng sekejap. Masukkan sedikit air rebusan pasta agar tak terlalu kering. Tuang susu sejat dan kacau rata.

3. Masukkan herba thyme cincang, garam dan gula secukupnya. Masukkan juga serbuk lada hitam. Masukkan nenas yang dipotong dadu. Masak seketika

4. Akhir sekali masukkan pasta fettucini. Kacau rata dan tabur parmesan cheese. Tambah air rebusan jika terlalu kering. Hidangkan panas-panas.

You Might Also Like

6 comments

  1. Sedapnyaaa....bila nk masak utk SA ni...

    ReplyDelete
  2. akakkk, lama tak singgah sini :D hehe sy baru tahu air rebusan spaghetti boleh guna balik.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. macam sedap je Eny akak pun malam ni sesat kesini lama jugak ni tak singgah dok sibuk selaluuu

    ReplyDelete
  4. datang sini mesti meleleh air liur...resipi yang menarik

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com