Bubur Gandum Jagung

January 12, 2016

Hai semua

Kalau ditanya apakah bubur kegemaran saya, semestilah bubur gandum dan jagung ni. Gandingan gandum dan jagung yang lemak manis memang sedap sekali. Gandum biji tu boleh beli di pasaraya bahagian bijirin. Rupanya seakan barli tapi lebih gelap. Kena rendam seketika dan kemudian direbus sehingga kembang. Barulah sedap dibuat bubur. Jagung pulak kalau boleh pakai yang segar, jangan pakai jagung tin. Leraikan isi jagung dengan pisau dan sedia dicampur kedalam bubur. Ok jom tengok resepi mudah ni...
P6200708ed P6200730ed

Resepi Bubur Gandum Jagung

Bahan-bahan
1 tin jagung manis
¾ cawan gandum cuci bersih, direbus sehingga kembang dan lembut (air rebusan tu jangan buang, biar je)
¾ cawan gula pasir - ikut nak manis mana ye
2 cawan air
1 sudu kecil garam
2 cawan santan pekat
1 cawan susu sejat
1 sudu besar sagu kecil
2 helai daun pandan, disimpul

Cara penyediaan

1. Rebus gandum dengan air sampai kembang dan lembut. Masukkan sagu rebus lagi sampai sagu tu lembut
2. Dah kembang, terus masukkan daun pandan, gula putih dan garam dalam periuk tu. Masak seketika. Sampai gula larut.
3. Kemudian masukkan isi jagung, diikuti dengan santan. Masak sehingga kuah mendidih, kacau dan tutup api. Sedia dihidangkan.

Kalau pekat tambah air ye. Gandum tu selalunya akan mengembang lagi.

You Might Also Like

8 comments

  1. Simpan resepi nie.. :)
    untuk kegunaan masa lapang..:)

    ReplyDelete
  2. Sally punya fav ni kak eny...selalu jugak buat...tapi guna susu cair je..santan tak pakai..hihih

    ReplyDelete
  3. Waaa bestnye ..ni anak anak suka sangat laa kalau tgk jagung..suka bebenor ngan jagung

    ReplyDelete
  4. Kak Eny!!! waaaaaaa lapaq terus tengok bubur gandum + jagung nih. dapnyaaaaa!!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum... Sedap sangat nampak kejadian bubur ni...rasa mcm nak cuba...mekasih share resipi...

    ReplyDelete