Hi semua,

Mesti semua orang sukakan nutella kan! Haa kalau nak tau sebenarnya tak susah pun nak buat nutella ni. Kalau buat sendiri murah sikit kan dan boleh berjimat. hehehe..

Nutella sedap dimakan bersama biskut atau roti. Buat spread atas kek pun sedap..

Nutella ni coklat susu yang dicampur hazelnut, memang sedap gabungan coklat dan hazelnut tu.

P1230789ed

Resepi Homemade Nutella

Bahan-bahan 

200gm milk chocolate compound. Boleh juga pakai dark chocolate, tapi milk chocolate lagi sedappp. Nak sedap pakai jenama Beryls. Kalau rasa susah nak pi kedai baking beli chocolate ni, boleh pakai milk chocolate Cadbury je.

100gm UHT whipping cream. Boleh pakai jenama anchor. Kalau dipasaraya selalu dijual jenama Emborg dalam kotak kecil. Makesure timbangan didalam gram, bukan ml ye. kena tuang dalam mangkuk dan timbang.

2 sudu besar hazelnut paste - boleh dibeli di kedai baking. Actually kalau tak nak pakai hazelnut paste ni pun ok je, tetap sedap. Kalau prefer pakai kacang hazelnut yang dikisar halus pun boleh. Tapi kena kisar halus betul betul ye supaya tak berbiji.

1 sudu kecil mentega

P1230775

Hazelnut paste. Beli dah lama, sampai bertakung minyak atas tu hehehe..
P1230776

Cara penyediaan 

Tuang krim yang telah ditimbang kedalam mangkuk safe micorwave. Panaskan krim dalam microwave. Hati-hati dan kena sentiasa check, kerana produk susu jika dipanaskan cepat mengembang dan hangus. Agak mangkuk tu panas dah boleh keluarkan. Option lain jika tiada microwave ialah double boil atas api.

P1230777

Masukkan coklat, hazelnut paste, dan butter kedalam krim panas tadi. Biarkan sekejap dalam seminit supaya coklat dan butter mencair...
P1230778

Kacau dan terus kacau sehingga rata. Sejukkan dulu sepenuhnya sebelum dhidangkan. Bila sejuk akan jadi seperti nutella. Kalau nak lagi real, masukkan je dalam bekas nutella kosong heheheheh
P1230785

Nyumm memang sedap...
P1230791ed

Hai semua,

Salam pagi, selama hujung minggu. Semoga semua dapat bercuti dan berehat hari ni. Alhamdulillah.
DSC01673ed

Bila Tak Ada Idea Nak Menulis

Ni memang masalah biasa dikalangan blogger. Setiap blogger pasti akan mengalami fasa yang orang selalu panggil Writers Block. Rasa macam otak dan jari dihalang sesuatu untuk menghasilkan karya. Setiap bait entry seakan payah nak terhasil. Idea ada kala mencurah tetapi kadangkala nak keluarkan idea tu macam susah sangat!  Mesti pernah rasa kan?

Tips when having writers block

1. Take a deep breath.

2. Ask a question to dig for the truth..dlm kes ni.. matlamat berblog utk apa.. nak menjana income? Nak jadi macam Ben Ashaari ? Mat Gebu? Nak dapat income 5k permonth? Walau apa pun matlamat kita berblog, always review balik matlamat jika rasa semangat nak blogging tu down.

3. Read like a demon. And watching movies and drama too.. then buat sinopsis, review or whatever lah.. cari filem atau buku yg menarik yang jarang orang baca tetapi actually mearik untuk dikongsi.

4 . Songs and lyrics. sometimes ada org google jugak. Walaupun ada orang anggap entr letak lirik lagu ni remeh, tetapi jika ianya menagundang traffic no harm right?

5. Get a photo..and make quotes.. atau elaborate the photo...

6. Become creative and share your creativity. Create something walaupun simple. DIY penyidai baju ke, buat arts dengan bulu kucing ke... whatever yang kita rasa itu creative. Boleh juga tiru idea di facebook

7. Rent ideas from others. kalau ada blogger kupas sesuatu isu, kita juga boleh kupas isu yg sama dari perspective kita sendiri. Tulis cara kita dan berikan pandangan kita. Walaupun ada yang tak setuju, biarlah..

And a cuppa coffee or tea memang sangat membantu. Bawa secawan kopi latte ke meja komputer, dan start writing...

DSC01665ed

Saya harap Tips Jika Tiada Idea Nak Tulis Entry Blog diatas dapat membantu serba sedikit. Jom blogging!


P/s : Saya tulis entry ni juga kerana kehabisan idea nak letak entry apa, resepi apa, gambar apa hahahaha...
Dinner simple je malam ni, roti dan sup. Senang sangat nak buat sup tomato ni. Tapi kalau nak senang boleh beli yang dari tin saja. Jimat masa. Cuma kena hati-hati makanan dari dalam tin ni selalunya tinggi kandungan garam, gula dan minyak kerana tiga bahan ni umpama bahan memanjangkan jangkahayat makanan dan juga penstabil rasa makanan yang diawet.

Resepi sup tomato ni sangat simple. Menggunakan baki sup ayam, air rebusan sup tu dah cukup perisa, bawang dan rempahnya. Jadi tak perlu nak tumis dan letak bahan lain dah

P8072136ed

Sup Tomato Bebola Daging

Mesti ramai tak tahu, macam mana nak menikmati sup tomato ni. Haa cara yang saya syorkan, boleh tambah bebola daging kedalam sup. Bebola daging boleh dimasak sekejap didalam oven atau micorawave, dan kemudian boleh dimasukkan kedalam sup. Biar reneh seketika dan boleh tabur daun parsley atau herba tyme. Hidangkan dengan roti perancis, atau apa sahaja roti pun sesuai.
P8072141ed

Resepi Sup Tomato Simple

Bahan-bahan 
2 cawan air rebusan ayam atau stok ayam, saya pakai lebihan sup ayam yang ditapis
1 tin tomato dalam tin, bukan puree tomato tetapi buah tomato ang diawet didalam tin
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1/2 cawan krim masakan atau susu
Sedikit daun herba thyme , boleh juga basil atau parsley.
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit lada sulah

Cara penyediaan
Keluarkan tomato dalam tin, buang selaput kulit. Masukkan dalam pengisar, masukkan juga ssedikit dari air rebusan untuk memudahkan proses kisaran. Kisar sehingga betul-betul halus dan creamy.

Dalam periuk,campurkan tomato yang dikisar, serbuk bawang putih, dan air rebusan. Renehkan sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula serta serbuk lada sulah secukup rasa. Apabila mendidih masukkan krim dan kacau rata. Sedia dihidangkan.

Nota : Jika guna tomato segar, mungkin teksturnya agak kasar, tak sama dan kurang merahnya. 
Hi semua, dah lunch ke?

Ni lunch 2-3 hari lepas hehehe. Simple tapi sedap dan mudah pula nak buat. Actually ni teringin nak makan hawaian pizza yang ada topping tuna dan nenas tu. Tapi baru terfikir, kalau tuna dan nenas ni digabungkan didalam pasta mesti meletop kan! Gabungan rasa tuna dan nenas ang masam manis memang serasi betul...

Jadilah Pasta Tuna Nenas ni.. cubalah memang sedap!
P6261297ed
P6261293ed


RESEPI PASTA TUNA DAN NENAS

Bahan-bahan :
Sebarang jenis pasta, saya guna pasta Fettucini
1 tin isi tuna dalam tin – jenis minyak
1 cawan nenas – dipotong dadu
5 biji cendawan butang – dihiris nipis
Sedikit  minyak zaitun
½ cawan susu sejat
3 ulas bawang putih – dicincang halus
1 ulas bawang besar – dicincang kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 cawan keju parmesan serbuk
Beberapa tangkai daun herba sweet thymes – di cincang halus (boleh juga pakai herba thyme kering)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air rebusan pasta secukupnya

Cara penyediaan :

1. Panaskan air bersama sedikit garam. Rebus spaghetti  sehingga al dente. Simpan air rebusan

2. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu. Masukkan isi tuna dan cendawan. Goreng sekejap. Masukkan sedikit air rebusan pasta agar tak terlalu kering. Tuang susu sejat dan kacau rata.

3. Masukkan herba thyme cincang, garam dan gula secukupnya. Masukkan juga serbuk lada hitam. Masukkan nenas yang dipotong dadu. Masak seketika

4. Akhir sekali masukkan pasta fettucini. Kacau rata dan tabur parmesan cheese. Tambah air rebusan jika terlalu kering. Hidangkan panas-panas.

Hai semua,

Cuti new year lepas punya cerita. Saya dan DH bawa keluarga pergi memancing di Chalet Terapung PPK Merbok yang terletak di Segantang Garam, Merbok Kedah. Actually dah lama sebenarnya nak ke sini tapi kena tengok schedule masing-masing bila free. Hujung tahun bila semua dah free dan cuti barulah dapat pergi. Tapi nasib tak menyebelahi masa kedatangan kami, ikan tak berapa nak ada kerana DH cakap arusnya kurang. Tak pasti pulak apa kaitan dia hihihi.. Anyway DH la excited nak memancing disini tetapi hasil hari tu cuma lah ikan gelama seekor. Jadi lah kan hehehe..

Review Chalet Terapung PPK Merbok

Pemandangan dari pelantar chalet VIP

P1010477ed

Disini ada chalet terapung dimana penghuni boleh memancing terus dari atas pelantar rumah chalet. Ada banyak juga chalet disini. Harga dari serendah RM 70 ke RM 370 bergantung kepada jenisnya.

Signboard di jalan masuk ke pelantar...
P1010452ed

Menuju ke chalet penginapan... Jangan risau, sangat kukuh dan selamat. Disyorkan memakai kasut flat :p
P1010436ed

P1010448ed

Kami ambil yang paling besar sekali iaitu chalet VIP berharga RM 370 semalam. Boleh menempatkan sehingga 15 orang rasanya. Ada 3 bilik tidur dilengkapi katil queen, lengkap aircond untuk ruang tamu dan semua bilik, dilengkapi sofa yang selesa, meja makan (tapi kerusi tak berapa nak cukup) dan ada tempat untuk BBQ. Hanya ada 1 buah je chalet ni jadi kena booked  awal. Kami booked awal sebulan. Di dapur ada kitchenette, dapur gas memasak, cerek air, peti sejuk, pinggan dan cawan plastik. Yang tak ada cuma periuk dan periuk nasi. Kami memang bawa sendiri dari rumah. Kalau nak buat BBQ jangan lupa bawa arang dan peralatan membakar.

Tak banyak ambil gambar dalam rumah, ni bahagian dapur. Dalam bilik, katil dan tilam sangat selesa, cadar sangat bersih.
    P1010428ed

Kebetulan Mak Su yang tinggal di Sungai Petani jadi jemput sekali datang memeriahkan BBQ malam tu termasuk keluarga Makcik dari Simpang Empat Perlis.. Memang meriah dengan makanan makan sampai kenyanggg!!

 Luas pelantar dia... bahagian ni boleh BBQ.

IMG-20160104-WA0054

BBQ di Chalet Terapung PPK Merbok

Macam biasa bergotong royong menyediakan BBQ..

IMG-20160104-WA0063

Geng lelaki pun nak bergambar :p

IMG-20160104-WA0061

IMG-20160104-WA0057

Chef BBQ malam tu.. adik adik..

IMG-20160104-WA0064 

Menu malam BBQ ada Siakap bakar cicah air asam, Udang Bakar, Ayam Bakar, Ketam dan sotong bakar, sosej dan daging burger juga tak tinggal.. Hidangkan dengan nasi putih, ulam daun selom dan air asam utara serta kerabu tembikai.. memang gandingan terbaik. Cukup simple!

PC310410ed PC310416ed

Air asam orang utara yang sempoi je. Kalau ada lesung batu boleh lenyek cili padi tu sampai pecah. Kalau takda, potong je halus. Gaul dengan air asam atau cuka yang disebatikan dengan belacan. Belacan nak banyak supaya pekat. Tambah bawang besar potong sikit....

PC310413ed

Kerabu tomato ni makcik yang buat... buat macam air asam tadi cuma tambah isi tomato yang dipotong nipis. Orang utara memamg suka makan nasi berulamkan tembikai. Agak pelik bagi DH yang berasal dari Perak hehehe..

PC310414ed

Pemandangan dari hadapan chalet...


P1010469ed

Ulasan Tentang Chalet Terapung PPK Merbok


1. Chalet ni selesa untuk family dan selamat jika bawa anak kecil.

2. Bilik air memuaskan dan bersih cuma harap dapat diperbaiki lagi

3. Air cond bahagian luar kena buka lama baru sejuk hehehe..

4. Rumah VIP ni susah nak pancing di bahagian pelantar sebab didepan pelantar ada rumah terapung lain, jadi ada tali yang dikat untuk mengukuhkan struktur rumah. Jadi DH kena mancing dari tempat lain which is not that convenient la kena angkat barang pancing dia dari chalet penginapan ke tempat pancing. Tak boleh pancing dari pelantar chalet macam chalet lain. Chalet lain depannya tiada rumah terapung.

5. Meja makan harap dapat bagi kerusi yang cukup hehehe..

6. Bunyi yang agak creepy semasa air pasang, bunyi kayu dan tong berlaga sesama sendiri dan chalet agak bergoyang. Walaubagaimanapun kami tak terasa sangat kerana ketika air pasang semua sibuk makan :p


Hai semua,

Kadang-kadang bila kita nak beli sesuatu kita mesti nak tunggu offer sekiranya ada discount, free gift atau apa apa sahaja. Tapi tu lah kadang kala,  terlupa nak check, dah beli tu baru lah tahu rupanya ada discount. Ha baru la nak menyesal kan! 

Jadi, kalau nak senang, anda boleh try guna Picodi. Picodi ni ibarat one stop centre lah bagi semua discount dan promosi bagi merchant atau stores. 

Tengok ada banyak stores yang kita selalu beli kan contohnya Pizza Hut, Tesco dan Lazada tu... 



Sebelum tu kena sign up dulu. Dah sign up barulah dapat follow update store yang kita nak dapatkan info tentang diskaun dan promosi tu, contoh sini Tesco

Haaaa tengok... semua promosi di Tesco dah boleh nampak.. senang macam ni hehehehe..



Jadi apa lagi, jom cepat sign up di Picodi http://picodi.my/
Hai semua

Kalau ditanya apakah bubur kegemaran saya, semestilah bubur gandum dan jagung ni. Gandingan gandum dan jagung yang lemak manis memang sedap sekali. Gandum biji tu boleh beli di pasaraya bahagian bijirin. Rupanya seakan barli tapi lebih gelap. Kena rendam seketika dan kemudian direbus sehingga kembang. Barulah sedap dibuat bubur. Jagung pulak kalau boleh pakai yang segar, jangan pakai jagung tin. Leraikan isi jagung dengan pisau dan sedia dicampur kedalam bubur. Ok jom tengok resepi mudah ni...
P6200708ed P6200730ed

Resepi Bubur Gandum Jagung

Bahan-bahan
1 tin jagung manis
¾ cawan gandum, direbus sehingga kembang dan lembut
¾ cawan gula pasir
2 sudu besar gula kabung, dicincang
2 cawan air
1 sudu kecil garam
2 cawan santan pekat
1 cawan susu sejat
2 helai daun pandan, disimpul

Cara penyediaan

1. Masak gula kabung bersama air dan daun pandan sehingga larut.
2. Masukkan gandum, gula putih dan garam. Masak seketika.
3. Kemudian masukkan jagung, diikuti dengan santan. Masak sehingga kuah mendidih, kacau dan tutup api. Sedia dihidangkan

Serawa pisang ni ialah pengat pisang.. buat yang tak tahu tu kan hehehe..

Hai semua, semoga semua sihat ja. Saya hari kedua sakit kaki. Semalam dah ambil MC, hari ni gigih juga ke pejabat hehehe..

Serawa ni kalau diutara, ada pelbagai jenis. Ada dari nangka, cempedak, durian, keledek, ubi kayu dan juga ubi keladi. Ada juga yang letak gula merah didalamnya dan kuah serawa keperangan sikit. Ikut selera masing-masing. Sedap dicicah bersama roti putih atau tabur biskut cream cracker didalam tu..... heaven!!

Just nak share resepi simple dan mudah ni..

P6190695ed

Serawa Pisang Utara

Bahan-bahan 
8-10 biji pisang emas atau pisang awak yang belum berapa ranum
2 cawan santan pekat + secubit garam
1/2 -1 cawan air - ikut kepekatan
Gula - ni ikut kemanisan. Masuk sikit demi sikit. Jangan risau last minute boleh adjust rasa manis tu.
1/4 cawan sagu - boleh kurangkan jika tak suka sagu banyak dalam kuah
2 helai daun pandan disimpul

Cara penyediaan
Rebus sagu sehingga kembang dan tapis.
Dalam periuk satukan gula, pisang, daun pandan dan air, masak seketika.
Masukkan santan dan sagu. Kacau rata
Biarkan mendidih dan siap

Tempahan kek sekitar Jitra, Bandar Darulaman dan Changlun

Devil Food Chocolate 3 tier...
PC180126ed

PC180124ed

Carrot Cake with Strawberry 
PC220228ed

Buttercheese cake
PC220211ed

Brownies with maltesers
PC220198ed

Carrot cake...
PC200178ed

Buttercheese cake
PC110111ed

Brownies mini
PC100098ed

Brownies
PC100091ed

Brownies dengan extra chocolate ganache..
PC230235ed

Devil Food Chocolate basic square...
PC260252ed PC260254ed

Paling hot kat Real Cakes By Eny, brownies with Maltesers...
PC260268

Coklat ganache yang saya cipta sendiri.. penuh dengan rasa coklat dan halus mulus je teksturnya tak seperti coklat ganache biasa yang agak liat...
PC260289

Ok kepada yang tinggal sekitar Jitra Kedah, dan nak order, boleh whatsapp 0125360877 atau boleh ke page Real Cakes By Eny dan juga instagram REALCAKESBYENY ya...

Kek Jitra, Brownies Jitra, Real Cakes By Eny



Hai semua,

Walaupun saya ni bukanlah penggemar fesyen dan jarang mengikuti update fesyen tapi kadang-kala kena juga ambil tahu walaupun info basic je kan..  anyway jom tengok  trend fesyen terkini untuk remaja... sebab blog saya ni ramai pembaca dari kalangan remaja kan hehehe.. eh yg mana bukan kategori remaja tu pun boleh je baca hehehe

Trend Fesyen Remaja Terkini

Jika pada tahun-tahun yang sudah, industri fesyen tanah air pernah dimeriahkan dengan trend fesyen tribal prints, dan kemudian fenomena fesyen minimal, kini trend fesyen hipster pula melanda negara kita. Tentu sekali golongan muda dan remaja lah yang paling menggemari fesyen hipster ini hinggakan kita boleh lihat kemunculan rekaan-rekaan fesyen terbaru yang cukup unik muncul di pasaran. Antara trend fesyen remaja terkini yang cukup digemari dan kini trending adalah…

Wrap Blouse

Sebenarnya banyak lagi koleksi blouse terkini yang digemari oleh golongan remaja. Tapi, fesyen wrap blouse / wrap cardigan ini paling ramai penggemar dan sesuai digayakan dengan koleksi seluar mahupun skirts.

 

Oversized Shirts + Skinny Jeans

Ini bukanlah rekaan pakaian yang baru, namun kombinasi oversized shirts dan skinny jeans sememangya pakaian kegemaran ramai remaja dan ia memberikan keselesaan yang ideal sepanjang pemakaian. Sememangnya gaya kasual terbaik!


Jumpsuits

Begitu juga dengan koleksi jumpsuits yang kembali digemari ramai. Anda pastinya tahu bahawa koleksi jumpsuits telah mula dipakai sejak dahulu lagi namun trend ini kembali digayakan sejak akhir-akhir ini dan menjadi trending.

 

Outerwear (Jacket / Cardigan / Hoodie)

Dan trend fesyen remaja terkini yang seterusnya adalah penggayaan outerwear seperti jacket atau cardigan dan seumpamanya. Kini terdapat pelbagai rekaan outerwear terbaru seperti varsity jacket, kimono cardigan dan long cardigan untuk digayakan!