Double Chocolate Pavlova

10:51 am

Hai semua,

Pagi-pagi dah letak gambar pavlova hehehe

Mesti tau pavlova tu apa ye. Sejenis dessert meringue yang penuh dengan topping buah diatas dan dilapis dengan krim putar. Memang sedap bagi penggemar dessert yang manis. Tetapi pavlova ni manisnya mencengkam jiwa dan raga... manis tu boleh sakit jiwa kalau makan hahaha.. bagi saya yang kurang suka manis ni, memang boleh pening kepala dibuatnya hehehe.. Sebab tu sampai sekarang, ni lah kali pertama saya cuba buat resepi pavlova. Orang lain dah lama buat dah hehehe..

Dan kerana stok strawberri sangat banyak hasil rembatan dari Cameron Higland maka saya cuba juga nak buat pavlova tapi nak buat versi kurang manis, dan nak pakai brown sugar and then mesti ada coklat.

Jadi saya bereksperimen kat dapur, untuk menghasilkan pavlova yang macam saya nak. Yang penting kena kurang manis hahaha... Jadi ke tak?

Dan hasilnya..

PC080060ed

Meringuenya sedikit chewy, lebih kepada macaroon tetapi masih lembut dan sedap. Alhamdulillah. sekejap je habis ni...

PC080065ed

PC080076ed PC080063ed

Resepi Double Chocolate Pavlova 

Bahan-bahan :
4 putih telur
200g gula perang - brown sugar, saya guna 170g
1 sudu kecil apple cider vinegar - cuka epal. Tapi boleh je guna cuka putih biasa.
1 sudu kecil serbuk koko Hersheys
1/2 sudu kecil serbuk nescafe

Cara penyediaan :

Panaskan oven pada suhu 150C. Sediakan dulang pembakar yang dialas baking paper (kertas tak melekat ada dijual di kedai baking)

Pukul putih telur pada kelajuan sederhana sehingga berbuih, masukkan satu sudu gula perang setiap seminit putar. Buat sehingga  gula habis.

Lepas habis masuk gula pukul sekejap dan kemudian masukkan cuka dan pukul pada speed tinggi sehingga putih telur kental (stiff peak)

Tabur serbuk koko dan serbuk kopi diatasnya. Jangan kacau biarkan sahaja.

Terus cedok masuk adunan putih telur tadi kedalam piping bag, gunting diameter 1 inci dihujungnya  dan picitkan membentuk bulat ikut size dikehendaki diatas kertas pembakar

Turunkan suhu oven menjadi 110C dan bakar selama 90 minit sehingga meringe rasa firm bila diketuk tapi dalamnya rasa seakan kosong.

Biarkan meringue menjadi sejuk dialam oven. Barulah dikeluarkan.

Topping Strawberry

Bahan-bahan
Strawberry secukupnya dibelah dua atau dipotong kecil
250 ml non diary whipping cream

Cara penyediaan

Non diary whipping cream hendaklah dalam keadaan separuh beku. Maksudnya dikeluarkan dari peti sejuk bahagian atas, biarkan sekejap mencair, goncang rata dan tuang kedalam mangkuk. Masih ada ais yang terbentuk lagi. Kalau tak ada ais, sejukkan balik dengan masukkan mangkuk berisi pemutar tu kedalam peti ais balik. 

Krim putar perlu diputar dalam keadaan sejuk supaya cepat kembang. Krim putar non-diary selalunya telah sedia manis jadi tak perlu tambah gula. 

Putar sehingga gebu dan kembang. Masukkan dalam piping bag, gunting anggaran 1 inci diameter dan picitkan keatas meringue yang dah sejuk tadi membetntuk putaran bulatan kedalam sehingga menutupi rata permukaan meringue. 

Susun strawberry diatas nya dan curahkan coklat ganache menggunakan garfu (drizzle) atau nak lebih mudah dan cantik, masukkan dalam piping bag, sejukkan sekejap coklat ganache dalam peti sejuk, dan paipkan jaluran coklat diatas starwberry tang disusun tadi. Siap!

Sejukkan didalam peti sejuk selama lebih kurang sejam sebelum dinikmati.

Resepi Coklat Ganache

Bahan-bahan 
150 gm whipping cream - saya pakai jenama emborg
250 gm coklat susu atau coklat gelap - saya pakai coklat susu
20 gm butter

Cara penyediaan 
Panaskan whipping cream sehingga naik sedikit buih ditepi
Masukkan coklat kedalam whipping cream panas. Biar sehingga coklat larut sepenuhnya.
Kacau rata dan masukkan butter
Kacau lagi sehingga licin dan berkilat

Resepi coklat ganache ni menghasilkan jumlah yang banyak. Boleh bahagi kepada dua atau 3 adunan


Resepi pavlova credit to The Kitchen Guardian

You Might Also Like

8 comments

  1. aaaaaaaaaaaa soooo tempting i can cry :(((

    ReplyDelete
  2. arhhhh sedapnya pavlova COKELAT!

    ReplyDelete
  3. Aduhai kak eny...sedap sangat ni..hihi

    ReplyDelete
  4. Ya Allah! Temptingnya tengok gambar-gambar pavlova kat atas tu. Kak Eny memang talented. Dah la nampak sedap lepas tu gambar pun terbaik! ;)

    ReplyDelete
  5. wah..mengancam. tak pernah cuba lagi pavlova coklat. nanti nk try la resepi ni

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com