Moist Carrot Cake Sedap dan Simple

12:15 pm

Hai semua... selamat berhujung minggu.

Carrot Cake. Saya tau ramai yang belum pernah merasa kesedapan kek lobak merah. Rata-rata ramai lebih suka memilih kek berperisa coklat dari kek lobak merah. Saya juga macam tu dulu. Bila dengar carrot cake, memang bukan antara kek yang menjadi pilihan. Dengar lobak merah diletakkan dalam kek je dah rasa pelik hehehe.

Tapi tahukah anda, pertama kali saya merasa carrot cake, rasa hati ni aduhai... aduhai... sedapnya sambil terus-terusan menyuap cebisan demi cebisan kek yang rasa sangat lemak berkrim, gebu dan moist. Memang sedap. 

Kek jenis ni ialah kek yang old fashioned tetapi tetap evergreen. Tekstur kek yang berat dan ada kekacang dan buah selalunya jarang diminati kanak-kanak tetapi menjadi kegilaan orang lama hihihi. Eh tapi Kekny yang muda belia ni pun tetap menggilai carrot cake ni hihihi
PB120912ed

Carrot cake ni mesti dimakan bersama frosting dari cream cheese dan mesti ada walnut diatas. Kek ni mengunakan minyak mazola yang menghasilkan kek yang gebu dan ringan, jadi rasa lemak tu datang dari frosting cream cheesenya. Sebab tu kek ni tak muak sebab adunannya tidak mempunyai butter. 

Gabungan kek yang harum dengan bau kulit kau manis, penuh dengan kacang walnut didalamnya digandingkan dengan cream cheese tu memang sangat serasi sekali. Dan bila saya sendiri belajar cara buat kek ni memang inilah kek tersedap pernah saya buat hehehe.. 

Hiasan kek saya semuanya buruk rustic.. hehehe. Saya lebih suka kek yang hiasan rustic ni, nampak ciri-ciri homemade. Apa guna kek yang cantik dideko seperti kek dikedai, tetapi rasa krim frostingnya yang murah tu sahaja dah buat kita rasa pening kepala hihihi. Lagipun kek dikedai banyak menggunakan bahan-bahan penstabil, pewarna, pengawet dan mengunnakan marjerin atau shortening yang tak begitu baik untuk kesihatan. Kena ingat ya, pure butter dari tenusu lebih baik dari marjerin yang walaupun dibuat dari minyak sayuran, tetapi proses penghasilan marjerin tu membuatkan marjerin sangat bahaya dan beracun untuk badan kita. Sekadar berkongsi maklumat yang saya baca dari buku tulisan Nigella Lawson dan Jamie Oliver.
PB120922ed

Ok jom tengok resepi mudah dan murah saya untuk buat Carrot Cake tersedap ni hihihihi

Resepi Moist Carrot Cake Sedap

Resepi olahan Eny Abdullah
Acuan size 10 x 10 inci

Bahan A  (diayak bersama)
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh garam halus
2 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis

Bahan B
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan minyak jagung , saya pakai mazola. Jangan pakai minyak sayur nanti hasilnya tak segebu minyak mazola
2 cawan gula castor – saya kurangkan menjadi 1 ½ cawan

Bahan C
2 3/4 cawan parutan lobak merah yang diperah sedikit airnya
3/4 cawan kacang walnut dicincang kasar. Lebihkan sedikit untuk taburan diatas frosting
1/2 cawan kismis – cincang kasar.

Cara penyediaan
1. Satukan Bahan B dalam mixer. Pukul sehingga kembang
2. Masukkan Bahan A, dan pukul sekejap je sehingga sebati
3. Masukkan Bahan C, guna spatula dan kacau rata.
4. Bakar selama 50 minit atau sehingga kek masak

Resepi Frosting Cream Cheese

Bahan - bahan 
140 g mentega – dibiarkan lembut sedikit pada suhu bilik
250 g cream cheese – dibiarkan lembut sedikit pada suhu bilik
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak
1 sudu kecil pes lemon sunquick / jus lemon – jika nak sedikit masam

Cara penyediaan 
1. Pukul mentega dan cream cheese sehingga kembang
2. Masukkan esen vanilla, gula aising dan jus lemon.
3. Pukul lagi sehingga rata. Siap dan bolehla disapu di atas kek yang telah sejuk.


You Might Also Like

11 comments

  1. setuju.. kek keret adalah all time fav.. wwalaupun kek berkurun lama dah,,

    ReplyDelete
  2. sedapnya cake carrot ni..lama tak pekena..mampu beli je..kalau nak buat takut tak kesampaian..hehe

    ReplyDelete
  3. OK DAH BOOKMARK NAK BUAT NNT WUHUW YASSS <3

    ReplyDelete
  4. Salam singgah sini Eny...sedapnya kek moist carrot ni...

    ReplyDelete
  5. yana tak pernah makan lagi kek carrot ni.

    ReplyDelete
  6. Salam akak, saya nak tanya. akak bakar pada suhu berapa ye? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. akak set 160C api atas bawah... apa pun suhu ni ikut oven masing2.. 170 pun boleh jugak.

      Delete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com