Kg. Piandang Lama Dan Majlis Naik Buai

12:58 pm

Hai semua,

2 minggu lepas saya balik kg rumah emak mentua sebab diadakan kenduri naik buai anak saudara DH terbaru iaitu Aisya Faiha Binti Shafarul. 

Di kampung DH, Kg Piandang Lama, Siputeh Perak, adat naik buai, cukur jambul, marhaban dan berzanji dijalankan dengan begitu meriah. Berbeza dengan di Kedah dimana orang di Utara, jarang buat adat naik buai ni. Sekadar kenduri akikah sahaja. 

Sekadar berkongsi gambar  semasa majlis naik buai.... seronok tengok benda yang nampak baru kepada saya.. hehehe..

Aisya Faiha yang nyeyak tidur...
PA310722

Nenek tengah potong jambul hihihi
PA310737

Nek Lang tak ketinggalan...
PA310740 PA310744 PA310749

Aisya Faiha dibuai dalam buaian yang dihias nenek, iaitu emak mentua saya...
PA310616ed

Kalau anak saudara terdahulu, buaian dibuat mengunnakan kain batik yang digantung. Kini seiring masa berlalu, buaian besi digantikan. Tetapi elemen tradisi seperti penggunaan kain batik masih dikekalkan. Gantungan abjad membentuk nama bayi idea emak mentua...
PA310676ed

Buaian yang dibuat sendiri menggunakan bahan apa ada dirumah saja. Tak perlu nak membazir duit untuk beli.
PA310613ed

Marhaban dan berzanji dari jiran dan kenalan emak mentua.
PA310631ed

Simbolik, cukur jambul. Walau sibayi dah tak berjambul hehehe..
PA310761

Aisya lena di pangkuan...
PA310763

Doa selamat dan mensyukuri kehadiran bayi... doa supaya rahmat sentiasa mengiringi bayi dan kedua ibu bapanya...
PA310698

Jamuan makan ringkas, sebagai tanda bersyukur dan berterima kasih. Semoga keluarga dimurahkan rezeki...
PA310699

Pulut kuning emak mentua sempena meraikan hari lahir biras, Kak Zura

PA310819ed

Kek Carrot yang saya sediakan..
PA310796ed 

Dan sempat juga saya buat Devil Chocolate Cake ni untuk Kak Zura
PA310803ed

You Might Also Like

8 comments

  1. Nyumyynya nengok kek coklat tu..

    ReplyDelete
  2. meriahnyaaa! kek kek nampak paling sedap.hehe

    ReplyDelete
  3. sedap nama baby... :)
    ain tanya Pokchik, dia pun tak panggil majlis naik buai.. maybe Perak belah lain, lain kot panggilnya tu.. heheheheee...

    ReplyDelete
  4. Aisya Faiha, secomel orang nya hehehe. geram plak nengoknya

    ReplyDelete
  5. seronok bila ada majlis majlis macam ni boleh kumppol sesama family, meriah.

    ReplyDelete
  6. btw , kek tu nampak sedap, membakar semangat untuk yana buat kek juga hehehe

    ReplyDelete
  7. Nampak meriah majlis tu. Susah sekarang ni nak tengok amalan tradisi begini. Banyak dah yang dah pupus ditelan zaman.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum eny...sedapnya tengok pulut kuning tu...:)

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com