Pernah makan puff pastry? Puff pastry ni ialah pastry jenis berlapis dan akan mengembang bila dibakar. Memang sedap jika dimakan panas-panas. Tetapi kurang sedap jika dimakan sejuk. Sebab tu kalau nak makan puff pastry, kena buat sendiri dan terus hidangkan baru sedap.

Sekarang ni banyak benda mudah. Contohnya puff pastry instant ni saya pakai yang instant jenama Kawan. Kebetulan ada lebih dalam peti sejuk.

PB241120ed

Susun milk chocolate button (saya pakai Beryls). Dan lipat lah ikut nak macam mana pun. Sapu sedikit kuning telur dibahagian kulit luar.
PB241112ed

Bakar pada suhu 170C selama 25 minit ata sehingga garing, gebu dan perang. Sedia dihidangkan panas sementara coklatnya masih cair.. Sedap!!
PB241128ed
Red Velvet kek pernah jadi viral sedikit masa dahulu. Dah ramai blogger buat. Dulu saya pernah buat jugak. Bagi saya keknya biasa-biasa sahaja. Cuma disebabkan penggunaan buttermilk, cuka dan baking soda, teksture keknya selembut baldu. Taste wise macam kek span yang ada rasa sedikit rasa coklat. Penyedap kek ni tak lain tak bukan ialah frosting cream cheesenya. Itupun kena betul buat, kalau silap frostingnya terlebih manis dan hilang rasa lemak cheesenya.

Dah lama tak buat kek ni. Makan tahun juga la. Kek ni antara kek yang mula-mula saya cuba masa berjinak-jinak dengan baking ni. Dulu-dulu tak reti bakar kek, kek semua merekah jadinya kat atas. Naik tak berapa elok. hihihi. Sekarang ni dah banyak improvement sikit hihihi. Belajar buat kek ni walaupun tak pergi kurus atau kelas, wajib juga membaca pengalaman dan catatan orang dari dalam dan luar negara.

PB201093ed

Hari tu kebetulah ada kek red velvet diorder oleh Kak Sue [Blog Kak Sue] untuk sepupunya kahwin. Saya buat lebih sedikit untuk dimakan sendiri. Alhamdulillah gebu dan sedap... dan kali ni red velvet bukan sekadar dimakan dengan cream cheese, tetapi coklat ganache. Memang lebih sedap rasanya!!!

PB201089ed

Red velvet untuk makan sendiri, takpayah la hias bagai hehehe.. Tapi kena ada pelengkapnya coklat ganache dan cream cheese. Tengok tekstur kek yang gebu tu seperti baldu merah. 
PB201100ed

Tips Kek Red Velvet Yang Sedap

Kek Red Velvet hendaklah disediakan 1-2 hari awal sebelum dihiaskan frosting dan dihidangkan. Perlu dibungkus menggunakan wrapper (plastik pembungkus makanan) dan sejukkan dalam peti ais. Lebih lama lebih sedap.

Kena guna buttermilk. Kalau tak ada buttermilk, boleh guna susu yang dicampur cuka atau jus lemon. Pengunan jus lemon lebih sedap.

Jangan bakar terlalu lama. Cuba cucuk lidi ditengah kek, jika keluar licin, bolehlah diangkat. Kek red velvet yang terlalu lama dibakar akan mudah mengering dan rapuh dan akan mudah hancur.

Selain frosting cream cheese, cuba hidangkan red velvet dengan coklat ganache, memang sedap! :D

PB201099ed

Resepi Kek Red Velvet

Loyang bulat 9 inci

Bahan A
1 1/3 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan gula castor
2 biji telur size A
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B (diayak sekali)
2 1/2 cawan tepung naik sendiri - saya pakai Blue Key
2 sudu besar serbuk koko - saya pakai Hershey's Natural Cocoa
1 sk garam

Bahan C (dicampur dalam mangkuk kecil dan gaul sekali hingga rata)
1 cawan buttermilk  - boleh ganti susu UHT penuh krim dicampur bersama 1 sudu besar jus lemon dan biar selama 10 minit sehingga sedikit berketul)
2 sudu besar pewarna merah jenis cecair

Bahan D
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil cuka

Cara penyediaan 

Dalam mangkuk pemutar, satukan bahan A dan pukul hingga betul-betul kembang dan ringan. Anggaran masa 5-6 minit

Perlahan speed pemutar dan masukkan 1/3 dari adunan B (bahan tepung) kedalam mangkuk pemutar, putar sekejap dan masuk  separuh dari Bahan C (bahan cecair). Putar lagi.

Masukkan lagi 1/3 bahan B dan baki separuh Bahan C. Putar lagi sekejap

Akhir sekali masukkan baki Bahan B dan putar lagi sehingga sebati

Rule : Mulai dengan bahan tepung - cecair - tepung- cecair- diakhiri dengan tepung

Dalam mangkuk kecil, campurkan kedua Bahan D (cuka dan baking soda) sehingga berbuih. Terus tuang kedalam adunan kek yang telah dipukul tadi. Guna spatula dan kaup balik adunan sehingga rata.

Tuang dalam acuan yang digris mentega atau dilapik parchment paper. Bakar selama 40-50 minit dengan suhu 170C sehingga kek masak.

Jika nak buat 2 lapisan kek boleh belah kek kepada dua selepas dimasak. Tetapi jika tak reti nak belah kek, boleh juga bakar dua loyang. Bahagiakan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 20-25 minit sahaja memandangkan kek tidak terlalu tebal.

Untuk kek saya diatas, saya menggunakan 1 1/2 adunan menghasilkan kek yang agak tinggi dan cantik.

Resepi Coklat Ganache

Bahan-bahan 
150 gm whipping cream - saya pakai jenama emborg
250 gm coklat susu atau coklat gelap - saya pakai coklat susu
20 gm butter

Cara penyediaan 
Panaskan whipping cream sehingga naik sedikit buih ditepi
Masukkan coklat kedalam whipping cream panas. Biar sehingga coklat larut sepenuhnya.
Kacau rata dan masukkan butter
Kacau lagi sehingga licin dan berkilat


Resepi Krim Keju (Cream Cheese Frosting)

Bahan-bahan
150 gm krim keju
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula aising - saya pakai 30gm sahaja sebab nak kurang manis
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh jus lemon - saya pakai sunquick lemon

Cara penyediaan
Pukul krim keju dan gula hingga kembang
Masukkan mentega, esen vanilla dan jus lemon. Pukul sehingga sebati
Kalau peminat drama korea dan Running Man mesti terliur tengok orang Korea makan kimchi ibarat kita makan nasi dan sambal belacan kat Malaysia ni. Setiap hidangan pasti ada kimchi. Bezanya kalau sambal belacan di Malaysia dimakan bersama nasi, tetapi kimchi di korea dimakan bersama hampir setiap hidangan mereka, dari nasi, ramyun, bubur, barbeku, sup dan adakalanya dimakan begitu sahaja. Sedap sangat ke kimchi ni? Dan itulah persoalan yang selalu buat kita tertanya-tanya kan?

PB181082ed

Apakah Kimchi

Bagi yang tak tahu, kimchi ialah sejenis hidangan sampingan korea iatu terdiri daripada sayur yang dijeruk dan kemudian digaulkan dengan pes lada. Kimchi boleh terdiri dari pelbagai jenis sayuran iaitu lobak putih (daikon radish), timun, daun bawang atau kucai. Tetapi yang selalu dibuat ialah kimchi dari kobis Napa (kobis panjang) dan lobak putih. Rasa kimchi sedikit masin, masam (jika diperam lama dan ada yang sedikit manis. Kimchi juga boleh disediakan segera dimakan contohnya kimchi timun dan daun bawang. Hanya gaulkan dengan garam dan sedikit gula, dan kemudian digaul dengan pes cili dan orang korea suka campurkan sirap air gula untuk memberi rasa manis dan mengurangkan pedas pes cili didalam kimchi. Selain itu bawang putih dan halia juga digunakan dalam resepi kimchi

Kebaikan Kimchi

Kimchi ni sebenarnya bukan sekadar makanan jeruk atau diawet. Kita mungkin akan salah sangka bahawa kimchi ni tak bagus untuk kesihatan kerana kandungan garam dan gula yang mungkin tinggi. Tetapi kimchi mempunyai unsur probiotik yang bagus untuk badan kita. Kimchi dikatakan mempunyai antioksidan untuk menyembuhkan kanser, penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kandungan flavoinids dan probiotik yang tinggi dalam kimchi mampu melawan penuaan, menguatkan immune system dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan kita. Sebab tu orang korea ni lawa-lawa dan cantik kan hehehe..

Resepi Kimchi Sedap

Kimchi ni ada banyak version juga resepi dia. Kalau kat Korea sendiri pun memang banyak resepi Kimchi yang tak sama antara satu sama lain.

Sebenarnya saya pernah cuba sekali buat kimchi ni. Boleh tengok entry di SINI, my first attemp of making kimchi. Tapi saya guna serbuk cili kasar jadi nampak pucat. Sedap lah juga dimakan bersama maggi, bubur atau dibuat nasi goreng.

Kali ni saya pakai serbuk cili jenis halus dan ikut betu-betul resepi yang diberi. Alhamdulillah rupa tu dah ada. Bila rasa rasa memang rasa pedas masin, manis bergabung sekali ditambah dengan kerangupan daun kobis yang dijeruk terlebih dahulu selama 5 jam. 

Kobis yang dijeruk dengan garam selama 5 jam sampai jadi layu macam tu. tapi teksturnya rangup tau.
PB181077ed

Kimchi siap untuk disimpan dalam bekas bertutup. 
PB181083ed

Resepi Kimchi Cara Mudah

Bahan-bahan
1 biji kobis panjang, dibelah 2 atau 4 memanjang. Saya belah 4
1/2 cawan garam halus timbang (bukan garam halus dalam pack beli kat supermarket tu)
2 biji lobak merah - dihiris menjadi batang mancis
1 ikat daun bawang, dipotong memanjang
1/2 cawan serbuk cili merah - saya paka brand Faiza

Bahan bubur / kanji
3 sudu besar tepung pulut
2 sudu besar gula
1 cawan air

Bahan kisar
1 ulas bawang besar kuning
1 biji pear gong (pear kulitnya warna emas) - boleh juga pakai 2 biji pear kuning biasa
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 sudu besar ikan bilis, dibuang kepala dan perut
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan


Penyediaan kobis jeruk
Kobis dibersihkan. Sapu garam pada setiap helaian kobis. Tetapi jangan ceraikan kobis tu dari pangkal bawah ya. pastikan setiap bahagian kobis kena garam. Biarkan selama 5 jam. Kobis akan mengecut dan layu.

Selepas 5 jam, cuci semua garam dari kobis. Rasa kobis tu, jika masih masin, cuci lagi. Lepas cuci,  perah air dari kobis sehingga kobis kering. Tapis dan biarkan seketika.

Penyediaan kanji
Kacau rata tepung pulut dan air bersama gula. Masak sekejap sehingga pekat dan jadi seperti bubur. Jika terlalu pekat tambah air sedikit.

Penyediaan bahan kisar
Masukkan semua bahan kisar kedalam mesin pengisar. Masukkan bubur/kanji yang dimasak tadi setakat boleh pusing je mesin pengisar tu. Jangan masukkan semua ye. Masukkan panas-panas pun takpa.

Kisar sehingga semua bahan halus.

Cara penyediaan kimchi

Dalam mangkuk, satukan bahan kisar dan serbuk cili. Gaul rata. Jika tawar tambah sedikit garam dan sedikit gula. Tetapi jangan terlalu masin kerana kobis tadi sudah sedikit masin. Gula pula untuk mengaktifkan bakteria. Jika terlalu pekat, boleh tambah lagi lebihan bubur/kanji tadi

Masukkan juga lobak merah dan daun bawang kedalam bahan sos kimchi tadi. gaul rata. Sos kimchi kini sedia disapu pada kobis

Ambil kobis jeruk yang diperah, sapu sos kimchi pada setiap helaian kobis sehingga semua bahagian dilumuri dengan sos. Masukkan kedalam bekas bertutup dan biar sehingga 1-2 hari sehingga kimchi menapai.

Selepas nampak ada naik sedikit buih. kimchi sedia diamakan. Jika kimchi dah rasa masam sedikit, bolehla masuk dalam peti sejuk bagi memperlahankan atau menghentikan proses penapaian supaya kimchi tak terlalu masam jadinya. 

Hai semua..

Ni projek minggu lepas. Akhirnya berjaya juga buat kuah yong tau fu dalam masa setengah jam je hehehe.. Senang rupanya nak buat kuah yong tau fu ni.

Dah beberapa kali ke Alor Setar buat delivery kek dan brownies. 2-3 kali jugaklah ke gerai Yong Tau Fu sedap di Alor Setar iaitu Mardiana Yong Tau Fu tetapi tutup. Maka bila dah teringin terpaksa lah cari alternatif lain iaitu buat sendiri yong tau fu. Tak susah mana pun sebab hanya kuah sahaja diperlukan. Bahan lain boleh beli di kedai frozen dan balik celur je hehehe..
PB120936ed

Cuma kepakaran nak buat kuah yong tau fu tu saya tak berapa nak ada lagi. Tapi berbekalkan resepi kuah rojak mak mentua yang dia pernah ajar dulu, maka saya alter sedikit mengikut kesesuaian. Perbezaan kuah yong tau fu dan kuah rojak petis ialah kuah yong tau fu lebih "mild" dan sedikit cair. Kuah yong tau fu juga ada 2 jenis kuah iaitu kuah hitam manis dan kuah merah pedas. Tapi saya buat kuah hitam yang pedas gabung sekali sebab malas terlebih rajin hihihi

PB120934ed

Saya berkira-kira juga nak letak belacan ke tak. Lepas tu ambil kira yong tau fu yang saya selalu makan tu tak ada bau belacan, maka saya tak la masukkan belacan. Tapi saya guna petis atau otak udang sikit. Rasanya hampir sama walaupun ada sesuatu macam tak sampai hehehe.. jadilah nak hilangkan teringin. Lagipun puas hati makan sebab dapat banyak dengan kos yang murah.
PB120939ed

Resepi Kuah Yong Tau Fu

Bahan-bahan 
3 sudu besar serbuk cili - saya pakai brand Faiza
6 sudu besar gula merah, dilarutkan dengan 2 cawan air
1/2  botol sos cili - saya pakai brand Life
1/2 botol kicap pekat manis - saya pakai kicap Haji
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar petis udang - tak guna pun boleh je
3 sudu besar tepung gandum, dibancuh dengan air sehingga larut (tak berketul)
2 sudu besar bijan (dipanggang duhulu)
Serbuk kacang tanah

Boleh tambah garam atau gula jika perlu.


Cara penyediaan
Dalam periuk, campur serbuk cili, sos cili, sos tiram, kicap pekat, petis udang dan bancuhan air bersama gula merah. Kacau rata sehingga sebati. Jika terlalu pekat tambah sedikit air. Masak sehingga mendidih sambil dikacau

Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga kuah menjadi pekat.

Bila nak hidang, gaul dengan bahan-bahan frozen yang dicelur terlebih dahulu termasuk kangkung. Tabur kacang tanah hancur dan bijan. Siap!
Hai semua...

Produk wanita ni memang berlambak kat pasaran. Tapi nak cari produk yang betul-betul bagus dan berkesan tu memang bukan mudah. Orang kata tak cuba tak tau, dah cuba rasa tak ok pula hehehe.. Setiap wanita pasti ada masalah dibahagian miss V. Kalau tak serius pun, tapi kena juga cari penyelesaian. Lebih baik mencegah dari mengubati kan..

Tapi dalam lambakan produk-produk yang dijual khusunya produk kebersihan untuk wanita, saya amat tertarik dengan keberkesanan Vee Guard ni.

PB120925ed

Vee Guard ialah buih pembersih untuk wanita dari bahan-bahan semulajadi iaitu :

KACIP FATIMAH - mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur akibat bersalin.
PATI SIREH - kebaikan :membantu menegangkan otot tisu dalaman vagina dan juga membunuh bacteria,Kuman serta mengatasi masalah keputihan
MANJAKANI - mengekalkan kesihatan sistem peranakan wanita. manjakani dikatakan bersifat astringen. berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.
SPEARMINT - mengekalkan keharuman di bahagian vagian agar sentiasa segar & harum.

Bila pakai 3-4 hari memang dah rasa keberkesanan Vee Guard ni. Rasa segar dan bersih je. Vee Guard ni juga memberi kelembapan yang elok pada miss V dan tak buat dia kering sangat. Ianya juga memberi keseimbangan PH kulit. Jadi bila Ph sekata, taklah kulit rasa rengsa dan gatal-gatal..

PB120924ed

Haaaa ni yang paling best tentang Vee Guard ni. Ianya dalam bentuk foam. Picit je keluar foam dan sapu kemudian bilas. Jadi cukup senang nak guna especially kalau untuk travel sebab saya ni selalu travel kesana sini hihihi.. Kalau jenis cecair biasa tu selalu asik tertumpah je dan meleleh ditapak tangan..

PB120927ed

VEE GUARD BUIH CEGAH KEPUTIHAN

Q&A
Q - Adakah Vee Guard selamat? ada KKM ke?
A - Vee Guard di formulasi dari bahan-bahan semulajadi dan telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan no rujukan NOT150905461K

Q - Saya belum berkahwin lagi. Boleh ke saya guna Vee Guard?
A - Boleh. Vee Guard ini sesuai untuk wanita yang belum berkahwin dari umur 12 tahun hingga wanita yang sudah berkahwin.

Q - Ibu mengandung boleh guna Vee Guard ini tak?
A - Boleh. ibu yang tengah mengandung boleh guna Vee Guard ini dan ibu dalam pantang juga sesuai.

Q - Vee Guard nie cecair ke??
A - Tak. Vee Guard ini dalam bentuk Foam.

Q - Bagaimana cara guna Vee Guard ini?
A - Cara menggunakan Vee Guard ini, awak semburkan Vee Guard Foam ke atas tapak tangan, sapu dan cuci miss v. Bilas dgn air sehingga bersih. Kemudian keringkan dengan tuala kering.

Q - Apakah bahan utama dalam Vee Guard ini?
A - Bahan utama yang terdapat Vee Guard ini ialah pati sireh, kacip fatimah, buah manjakani dan spearmint until kesegaran sehingga 8 jam

Q - Sebotol tahan berapa lama akak?
A - Sebotol Vee Guard tahan selama 20 hingga 30 hari.

Q - Adakah Vee Guard ini selamat digunakan?
A - Vee Guard ini mengandungi ekstrak tumbuh-tumbuhan yg dipilih seperti Sireh, Kacip Fatimah dan lain-lain. Tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang terlarang, tiada kesan sampingan yang buruk. Mengandungi PH 5.5, ianya sesuai untuk semua golongan umur.

Q -  Bila boleh guna Vee Guard ini?
A -  Vee Guard ini boleh guna 2x sehari. Di waktu pagi dan sebelum tido.

Q - Saya ada masalah keputihan. Boleh hilang ke? Berapa lama boleh nampak kesan selepas kita guna Vee Guard ini?
A - Masalah keputihan boleh hilang. Kesannya awak akan dapat selepas 3 hari awak guna Vee Guard.

Q - Betul ke boleh kurangkan keputihan?
A - Betul. Hampir 95% pengguna Vee Guard yang mengalami masalah keputihan dan kegatalan dapat dikurangkan.

=====================================================
Vee guard foam merupakan pencuci intim wanita yang dirumus khas secara sainstifik dan diluluskan kementerian kesihatan malaysia untuk kegunaan harian setiap wanita yang inginkan kebersihan dan keharuman diri. Ia dapat membantu mencegah masalah keputihan dan gatal pada bahagian intim wanita.
========================================================
harga :
RM45/55SS
=======================================================
khasiat v guard
1.merapatkan miss v
2.mencegah kegatalan
3.menghilangkan kegatalan miss v
4.menyelesaikan masalah kelembapan
5.mempercepatkan luka selepas bersalin
6.mengharumkan serta menyegarkan bahagian missv
7.membasmi kulat serta Kuman bagi mengelakan keputihan
PH 5.5
=====================================================

Untuk yang mendapatkan produk Vee Guard ni, boleh hubungi :

Whatsapp/Call- Nur Ain – 0195091982 /Ayu Eleena- 0174010645
FB : HQ Vee Guard
Instagram : veeguard_hq
Website:Vee Guard.Com
Hai semua... selamat berhujung minggu.

Carrot Cake. Saya tau ramai yang belum pernah merasa kesedapan kek lobak merah. Rata-rata ramai lebih suka memilih kek berperisa coklat dari kek lobak merah. Saya juga macam tu dulu. Bila dengar carrot cake, memang bukan antara kek yang menjadi pilihan. Dengar lobak merah diletakkan dalam kek je dah rasa pelik hehehe.

Tapi tahukah anda, pertama kali saya merasa carrot cake, rasa hati ni aduhai... aduhai... sedapnya sambil terus-terusan menyuap cebisan demi cebisan kek yang rasa sangat lemak berkrim, gebu dan moist. Memang sedap. 

Kek jenis ni ialah kek yang old fashioned tetapi tetap evergreen. Tekstur kek yang berat dan ada kekacang dan buah selalunya jarang diminati kanak-kanak tetapi menjadi kegilaan orang lama hihihi. Eh tapi Kekny yang muda belia ni pun tetap menggilai carrot cake ni hihihi
PB120912ed

Carrot cake ni mesti dimakan bersama frosting dari cream cheese dan mesti ada walnut diatas. Kek ni mengunakan minyak mazola yang menghasilkan kek yang gebu dan ringan, jadi rasa lemak tu datang dari frosting cream cheesenya. Sebab tu kek ni tak muak sebab adunannya tidak mempunyai butter. 

Gabungan kek yang harum dengan bau kulit kau manis, penuh dengan kacang walnut didalamnya digandingkan dengan cream cheese tu memang sangat serasi sekali. Dan bila saya sendiri belajar cara buat kek ni memang inilah kek tersedap pernah saya buat hehehe.. 

Hiasan kek saya semuanya buruk rustic.. hehehe. Saya lebih suka kek yang hiasan rustic ni, nampak ciri-ciri homemade. Apa guna kek yang cantik dideko seperti kek dikedai, tetapi rasa krim frostingnya yang murah tu sahaja dah buat kita rasa pening kepala hihihi. Lagipun kek dikedai banyak menggunakan bahan-bahan penstabil, pewarna, pengawet dan mengunnakan marjerin atau shortening yang tak begitu baik untuk kesihatan. Kena ingat ya, pure butter dari tenusu lebih baik dari marjerin yang walaupun dibuat dari minyak sayuran, tetapi proses penghasilan marjerin tu membuatkan marjerin sangat bahaya dan beracun untuk badan kita. Sekadar berkongsi maklumat yang saya baca dari buku tulisan Nigella Lawson dan Jamie Oliver.
PB120922ed

Ok jom tengok resepi mudah dan murah saya untuk buat Carrot Cake tersedap ni hihihihi

Resepi Moist Carrot Cake Sedap

Resepi olahan Eny Abdullah
Acuan size 10 x 10 inci

Bahan A  (diayak bersama)
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh garam halus
2 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis

Bahan B
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan minyak jagung , saya pakai mazola. Jangan pakai minyak sayur nanti hasilnya tak segebu minyak mazola
2 cawan gula castor – saya kurangkan menjadi 1 ½ cawan

Bahan C
2 3/4 cawan parutan lobak merah yang diperah sedikit airnya
3/4 cawan kacang walnut dicincang kasar. Lebihkan sedikit untuk taburan diatas frosting
1/2 cawan kismis – cincang kasar.

Cara penyediaan
1. Satukan Bahan B dalam mixer. Pukul sehingga kembang
2. Masukkan Bahan A, dan pukul sekejap je sehingga sebati
3. Masukkan Bahan C, guna spatula dan kacau rata.
4. Bakar selama 50 minit atau sehingga kek masak

Resepi Frosting Cream Cheese

Bahan - bahan 
140 g mentega – dibiarkan lembut sedikit pada suhu bilik
250 g cream cheese – dibiarkan lembut sedikit pada suhu bilik
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak
1 sudu kecil pes lemon sunquick / jus lemon – jika nak sedikit masam

Cara penyediaan 
1. Pukul mentega dan cream cheese sehingga kembang
2. Masukkan esen vanilla, gula aising dan jus lemon.
3. Pukul lagi sehingga rata. Siap dan bolehla disapu di atas kek yang telah sejuk.


Hai semua
Saja nak tayang kek dari Real Cakes By Eny. Alhamdulillah sekarang dah dapat buat part time business kecil-kecilan. Masa mula berniaga kek ni saya bermula dengan Brownies dan kemudian Congo Bar. Sekarang ada Devil Chocolate Cake, Moist Carrot Cake, Victoria Sandwich dan ada juga Premium Butter Cake yang menggunakan pure creamy butter.

Brownies Dan Congo Bar Dari Kedah

Brownies dan Congo Bar. Keduanya available untuk post ke Sememenanjung Malaysia. Harga Brownies RM50 dan Congo Bar RM45 sekali postage. Saiz ialah 10 x 10 inci. Boleh dipotong 16 atau 32 keping.

PB090891ed

Brownies Kedut atau Chewy Fudge Brownies 

PB090891ed3 PB090899ed PB090904ed

Buat masa sekarang hanya Brownies dan Congo Bar sahaja boleh dipos. Kek lain hanya boleh COD di Kedah sahaja. Kalau sesiapa nak order boleh whatsapp di 0125360877.

Instagram  CAKEENY

P/s : Kalau nak rasa air tangan Kekny, boleh lah order he he he
Hai semua,

2 minggu lepas saya balik kg rumah emak mentua sebab diadakan kenduri naik buai anak saudara DH terbaru iaitu Aisya Faiha Binti Shafarul. 

Di kampung DH, Kg Piandang Lama, Siputeh Perak, adat naik buai, cukur jambul, marhaban dan berzanji dijalankan dengan begitu meriah. Berbeza dengan di Kedah dimana orang di Utara, jarang buat adat naik buai ni. Sekadar kenduri akikah sahaja. 

Sekadar berkongsi gambar  semasa majlis naik buai.... seronok tengok benda yang nampak baru kepada saya.. hehehe..

Aisya Faiha yang nyeyak tidur...
PA310722

Nenek tengah potong jambul hihihi
PA310737

Nek Lang tak ketinggalan...
PA310740 PA310744 PA310749

Aisya Faiha dibuai dalam buaian yang dihias nenek, iaitu emak mentua saya...
PA310616ed

Kalau anak saudara terdahulu, buaian dibuat mengunnakan kain batik yang digantung. Kini seiring masa berlalu, buaian besi digantikan. Tetapi elemen tradisi seperti penggunaan kain batik masih dikekalkan. Gantungan abjad membentuk nama bayi idea emak mentua...
PA310676ed

Buaian yang dibuat sendiri menggunakan bahan apa ada dirumah saja. Tak perlu nak membazir duit untuk beli.
PA310613ed

Marhaban dan berzanji dari jiran dan kenalan emak mentua.
PA310631ed

Simbolik, cukur jambul. Walau sibayi dah tak berjambul hehehe..
PA310761

Aisya lena di pangkuan...
PA310763

Doa selamat dan mensyukuri kehadiran bayi... doa supaya rahmat sentiasa mengiringi bayi dan kedua ibu bapanya...
PA310698

Jamuan makan ringkas, sebagai tanda bersyukur dan berterima kasih. Semoga keluarga dimurahkan rezeki...
PA310699

Pulut kuning emak mentua sempena meraikan hari lahir biras, Kak Zura

PA310819ed

Kek Carrot yang saya sediakan..
PA310796ed 

Dan sempat juga saya buat Devil Chocolate Cake ni untuk Kak Zura
PA310803ed
Hai semua,

Ok untuk keputusan Top Commentator bagi bulan Oktober lepas jatuh kepada Wak dari Blog 3 Lalat. Wak ada 2 blog iaitu 3lalat.blogspot.my dan tigalalat.blogspot.my. Kedua blog beliau best dan seronok melihat gambar dan coretan beliau yang kelakar. Wak antara pengunjung yang sering ke blog  saya dan tinggalkan komen. Rajin komen dan rajin blogwalking. Sebab tu blog Wak ada pengikutnya yang tersendiri. 





Header Blog Yang Menarik. Gambar macro mata lalat, kau mampu buat header blog? hehehe


Saya personally dah lama sebenarnya nak kenal pemilik blog 3 lalat ni. Sebab kami berkongsi minat yang sama dalam photography. Dan saya sangat suka baca coretan Wak yang lain dari yang lain dan ralit kadang-kadang membacanya hehehe


Mesti ramai yang tertanya-tanya apa maksud 3 lalat tu... 


"psl nama 3lalat tu sebenarnya wak amek dari 3 tahi lalat kat peha wak, nak tulis '3 tahi lalat' mcm panjang bebenor pulak., '3lalat' je ok letteww., 

sebenarnya, blog 3 lalat nih blog ntah yg keberapa., wak pun dh lupa, tp rasa yg ketujuh kot., byk blog lain biarlah rahsia erk., setelah lebih 8 tahun wak memblog., hari2 wak blog ye for the last 8 tahun since anak lanang (lelaki) wak yg paling kecil tuu, anak wak tu pon dh besar dah darjah 2., harhar2

wak mmg minat fotografi sbb tu tiap2 hari setiap entri wak letak foto, org panggil 'photo journal' kot. , dan blog wak yg lepas2 siap buat buku lagi buat kenangan., hihi

blog 3lalat yg ini wak start awal tahun 2015 smpila skrg, tahun dpn mukin wak tukar blog lain, harhar2 poyo je wak kann

itu je kot., apa2 info nk tau leh tnye wak je., 

timekaseh sekali lagi krn sudi review blog wak yg biasa2 aje tu - ayat klise ;p" - Wak ketika ditanya asal usul blog beliau dan nama 3 lalat.


Yang paling saya suka ialah watermark beliau sangat unik yang lain dari yang lain... hehehe
Cantik kan hasil dari lensa Wak, Tapi jangan curi dosa tau!

"satu lagi cik kak eny,
psl watermark 'curidosa' tu wak sengaja letak tiap2 foto wak ye sbb sebelum ni dh berjuta2 lemon gmbr wak kena ciplak ye tanpa izin., huhu2 sakit hati je sape yg tauuu., " - Wak ketika diminta menjelaskan isu watermark uniknya.


Wak kalau dah ada watermark macam ni masih ada yang curi juga memang bangang orang tu kan? heehee

Oh ye, kalau semua nak tahu, Wak sekarang tengah buat cabaran Daily Photo Challenge - 4photos 4 entries everyday for the whole month November. Haaa kau mampu. Boleh tengok gambar-gambar beliau di blog tigalalat.blogspot.my. Wak mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk join cabaran tersebut. Kalau rasa nak cabar diri sendiri bolehla join heehee

Nak tengok gambar-gambar Wak yang cun habis boleh la follow kedua blog beliau diatas. Confirm tak menyesal! Best sangat!!

P/s : Terima kasih kepada commentator yang lain yang sudi tinggalkan komen ye :) Sesiapa yang nak join boleh refer ENTRY ni. Saya buka sampai bulan December 2015 :)

Hai semua,
Bila busy dan tak sempat nak stok kan barang masak, jadi kebiasaanya gulai telur suun menjadi menu ditengahari.. hehehe. Ringkas dan sedap. Nak masak gulai telur ni kalau taknak telur pecah, bolehlah guna kuali sebab senang nak mengacau kuahnya. Tapi saya suka telur tu sedikit pecah sebab suka rasa telur dan kuah tu bercampur dan pekat. Sedapp! 

Jom tengok resepi Gulai Lemak Telur dan Suun yang mudah sangat ni!

PA190594ed

Resepi Gulai Lemak Telur Suun

Bahan-bahan
5 biji telur ayam
1 cawan santan pekat - saya pakai santan KARA 1 kotak
1 mangkuk suun / suhun / tanghoon- direndam sehingga lembut
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 ulas bawang besar, dipotong tebal
Air secukupnya.

Bahan tumbuk kasar
2 biji cili merah
3 biji cili padi merah (jika suka pedas)
3 ulas bawang merah
1 sudu besar ikan bilis

Cara penyediaan 
Dalam kuali, masukkan bahan tumbuk, sedikit air, serbuk kunyit didihkan sekejap. Masukkan santan dan masak sehingga santan hampir mendidih terus pecahkan telur kedalam kuah. Buka api perlahan dan tunggu sehingga mendidih tetapi jangan sampai santan pecah sambil dikacau sekali sekala.

 Apabila mendidih dan telur beku, masukkan bawang besar dan suun. Masak sehingga suun lembut sepenuhnya.
Hai semua..


Hari ni baru masuk office setelah cuti dari Khamis lepas. Alhamdulillah walaupun penat, tetapi rasa fresh dapat menghirup udara segar kampung. Dah 2-3 minggu sebenarnya tak cukup tidur. Sepatutnya saya masuk office semalam, cadangnya balik awal pagi dan terus ke office. Tapi semalam bila bangun pagi, sakit kepala teramat sangat, terus cancel nak balik Kedah. Sampai tengahari juga sakit kepala. Makan panadol dan tidur sampai petang, dah ok sikit barulah rasa confident nak drive kereta. Itu pun sekejap-sekejap rasa pening. Drive pun sekitar kelajuan 80-90 km je hehehee.

Alhamdulillah selamat sampai Jitra semalam. Balik rehat kejap terus mengadun kek tempahan customer. Dah habis bakar, terus terlelap sampai pukul 6.30 pagi tadi. Dan bangun tadi kepala rasa ringan dan fresh. Tak ada pening lagi. Tu lah tak cukup tidur ni memang kalau dah sampai tahap maksima, saya akan sakit kepala. Bila dapat rehat dan tidur yang cukup memang ok balik. 

Balik ke kampung, aktiviti masak memasak memang tak tinggal heheh.. Cuma bila dah masak tu, tak lah saya bergambar bagai. Sekadar ambil gambar menggunakan kamera handphone. Tapi  dah nama pun photographer, tetap kena juga cari sudut dan pengcahayaan yang sesuai hahaha..

Takde table presentation, ambil terus dari dalam kuali...

20151030_074816ed

Anyway nak share kuey teow goreng putih ni yang cukup mudah nak membuatnya. Dimakan bersama sambal kicap pedas memang sedap! Resepi ni mak mentua saya yang ajarkan hehehe dan diolah dengan bahan apa yang saya jumpa didapur.

20151030_080950ed

Resepi Kuey Teow Goreng Putih

Bahan-bahan 
2 bungkus kueyteow basah
6 ulas bawang putih, dicincang
1 cawan isi udang yang telah dibuang kulit
1 cawan fishcake, dipotong nipis
3 biji telur
Seikat daun kucai, dipotong
2 cawan taugeh
¼ cawan minyak masak
1 sudu besar serbuk lada sulah
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa

Cara penyediaan
Panaskan minyak, dan tumis bawang putih. Masukkan isi udang dan fishcake. Pecahkan telur dan kacau rata. Masukkan juga sos tiram.

Masukkan kuey teow dan kacau rata. Masukkan serbuk lada sulah dan garam secukup rasa. Masak seketika.

Akhir sekali masukkan daun kucai dan taugeh. Masa sehingga keduanya layu dan sedia dihidangkan bersama sambal kicap.

20151030_080933ed

Resepi Sambal Kicap

Bahan-bahan 
10 biji cilipadi
2-3 ulas bawang putih
1/3 cawan bawang goreng
Kicap dan air secukupnya (sehingga cukup untuk dikisar dalam blender)

Cara penyediaan
Cili padi dan bawang putih direndam sekejap dalam air panas. Kemudian toskan.
Masukkan cili padi dan bawang putih tadi ke dalam blender. Masukkan bawang goreng.
Masukkan kicap dan sedikit sahaja air. Jumlah kicap + air mestilah cukup untuk blend cili dan bawang goreng tadi.

Kisar sehingga hancur dan sedia dihidangkan.

Sekali sekala, buat sesuati yang lain dari yang lain pun sedap juga kan.. Cubalah resepi kue teow goreng putih bersama sambal kicap ni.