Pulut Ayam for Breakfast

12:13 pm

Hai semua...

Jangan tak tahu, orang di Kedah Perlis ni, hidang pulut ayam for breakfast. Hehehe. Pulut Ayam ni adalah  sejenis makanan popular di Thailand. Tetapi di Kedah dan Perlis, Pulut Ayam ni ada pengaruhnya yang tersendiri.

Kalau datang ke utara sini, hampir semua pasar pagi dan pasar malam ada menjual Pulut Ayam ni. Pulut ni boleh dihidangkan sebagai sarapan, makan tengahari atau maan malam. Tapi selalunya dihidangkan waktu pagi kerana, pulut tu sendiri dah cukup 'berat'. Kalau makan pulut waktu pagi memang kenyangnya sampai ke tenghari!

Breakfast pagi ni...

DSC04608ed

Ayam yang digoreng mestilah rangup dan betul-betul garing. Selalunya digoreng 2 kali supaya mendapat kerangupan yang diingini. Pulut ni dihidangkan bersama sos cili thai buatan sendiri yang rasanya masam manis pedas.

DSC04588ed

Resepi Pulut Ayam

Bahan-bahan 
600gm pulut, direndam seketika, dan kemudian dikukus sehingga masak. 
1/2 ekor ayam, dipotong 4
1 cawan bawang merah yang telah dihiris nipis dan digaul dengan sedikit tepung beras, digoreng menjadi bawang goreng
3-4 sudu besar tepung beras
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Bahan perapan ayam 
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
1 inci lengkuas, ditumbuk
1 sudu kecil pewarna merah, jika suka. Kalau tak pakai pewarna pun ok je.
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan

Ayam diperap selama 2-3 jam bersama bahan perap. 

Panaskan minyak untuk deep fry ayam.

Letak tepung beras dalam pinggan leper.

Ambil seketul ayam yang diperap, golekkan dalam tepung beras. Biar sehingga semua bahagian ayam diliputi tepung. Terus masukkan dalam kuali panas. Goreng sehingga 3/4 masak . Buat sehingga ayam semua habis.

Angkat ayam dan sejukkan sekejap. Ketuk ayam dengan pisau atau lesung batu. Tetapi jangan sampai ayam hancur. Biar terbelah bahagian isi dalam tetapi tak putus.

Panaskan minyak sekali lagi dan goreng sekali lagi ayam yang diketuk tadi sehingga masak dan betul-betul garing.

Resepi Sos Cili Thai Bawang Putih

Bahan-bahan
4 biji cili merah, dikisar kasar bersama sedikit air
4-5 ulas bawang putih, dicincang
6 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/4 cawan cuka putih
2 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air
11/2 cawan air (atau lebih jika perlu)

Cara penyediaan
Dalam periuk, campur cili merah, bawang putih, air dan gula dan garam. Rebus sehingga cili masak dan bawang putih lembut.

Rasa garam dan gula. Boleh tambah gula jika sos terlalu pedas.

Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata sehingga kuah pekat.

Jom cuba resepi pulut ayam yang sedap ni!!





You Might Also Like

10 comments

  1. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. nampak macam sedap tapi tak baper nak gemor sangat pulut.. ;)

    ReplyDelete
  3. Suka pulut dengan kuah durian yumm..yumm..

    ReplyDelete
  4. Ok, baru saya tau org utara breakfast pulut ayam...hahaha..
    boleh try ni kalau ada kesempatan ke sana.

    BTW, nice picture!

    ReplyDelete
  5. Pernah Cuba masa pi Perlis..tp x makan pulut..makan Ayam je...aci tak?

    ReplyDelete
  6. PUlut sedap jgk buat breakfast. Simple 👍

    ReplyDelete
  7. sungguh enak., gmbr pon sedapp ;p

    ReplyDelete
  8. Simple tapi boleh tahu rasa mesti sedap!

    ReplyDelete
  9. wuishhh sarapan makan pulut hehehe

    ReplyDelete
  10. kita sini dengan nyoq + ikan kering atau ikan kukus goreng..
    makan dengan ayam tu pun selalu gak...tapi first time tengok makan dengan sos thai... idea bagus oghang utagha👍👍👍

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com