Hai semua,

Kembali bersiaran setelah beberapa hari tak buka blog. Antara sebabnya ialah mulanya mendapat perkhabaran Tok (emak kepada emak) sakit tenat di kampung, Telok Intan. Pada hari Isnin, kami bertolak ke Telok Intan untuk menziarahi Tok. Kami balik ke Kedah pada petang Rabu. Esoknya Khamis saya masuk ke office dan malamnya jam 3 pagi, mendapat perkhabaran yang Tok sudah pergi meninggalkan kami. Jadi pagi Jumaat tu juga kami bergegas sekali lagi ke Telok Intan untuk mennghadiri pengebumian Tok. Alhamdulillah kini semuanya selamat dan dipermudahkan. Memang penat bawa kereta, tapi nak buat macam mana kan...

Dan hari ni sesi menghabiskan saki baki pasta-pasta dirumah yang masih ada banyak. Pasta ni hari tu saya beli banyak sekaligus semasa saya terkejar-kejar deadline untuk projek buku resepi MPH. Ni campur penne dan macaroni sekali harung. Ada pula balance tomato puree dan keju yang guna buat pizza hari tu hehehe.. Jadilah pasta goreng simple dan mudah.

PA160554ed

Tips Mudah Ibu Bekerja, Masak Pasta Goreng!

Pasta goreng ni hidangan yang boleh para ibu berkerja masak untuk anak-anak. Pasta boleh rebus siap-siap, masuk dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Boleh tahan 5 hari lepas direbus. Tapi make sure bekas mestilah sentiasa bertutup supaya pasta tak mengering. 

Bila nak masak, ambil sahaja kan.. Mudah sangat! Bahan asas untuk tumis, boleh pakai instant sos pasta dalam botol yang dah siap ada bawang semua tu. Kita cuma perlu tumis isi ayam atau daging atau boleh juga pakai sosej.

PA160548ed

PA160561ed

Resepi Pasta Goreng Mudah

Bahan-bahan 
200gm sebarang jenis pasta pendek, saya guna penne dan macaroni
10 batang sosej, dipotong nipis
1/2 cawan tomato puree
3/4 cawan susu
1/4 cawan minyak zaitun
1 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih dicincang
1 ulas bawang besar, dipotong dadu
2 pokok daun bawang
2 pokok daun sup
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu kecil lada sulah
Parutan keju cheddar secukupnya

Cara penyediaan

Pasta direbus bersama sedikit garam sehingga al dente (lembut tetapi dalam masih sedikit keras dan bertepung) . Simpan sedikit air rebusan dalam 1/2 cawan

Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Tumis bawang putih cincang dan bawang besar yang dipotong dadu.

Masukkan sosej dan goreng seketika.

Masukkan tomato puree, sos tiram dan air rebusan pasta. 

Masak sehinga mendidih dan kemudian masukkan susu dan lada sulah berserta garam.

Terus masukkan pasta yang telah direbus tadi. Jangan risau jika agak berkuah, nanti pasta akan menyerap lebihan kuah (Sebab tu kena rebus al dente).  Kuah akan membuatkan pasta menyerap dan menjadikan pasta lebih sedap. (Sebaliknya jika terlalu kering, tambah air rebusan pasta atau susu)

Masak seketika dan bolehlah masukkan garam, gula, daun bawang dan daun sup. 

Sedia dihidangkan bersama taburan keju cheddar.


Ok jom join Giveaway by Mommy Irra ni.. Hadiah pun best sebab novel Kalau Dah Jodoh dari Elee Mardiana...

Klik Banner untuk join ya...


Sapa yang suka mee hailam, boleh jadi geng saya hehehe.. Teringin nak makan mee hailam. Jadi kena buat sendiri lah sebab susah nak cari mee hailam sedap sekarang.

Chinese Mee Hailam

PA170568ed
Mee hailam ni rasanya resepi dari orang cina, tapi saya pun tak pasti. Cuma dulu-dulu ada kedai cina yang papan tanda ditulis Kedai Hailam. Ada kawan Chinese saya cakap, kedai tu cuma jual makanan vegetarian. Hihi sampai sekarang saya pun tak pasti kesahihan cerita tu. Tapi di Ipoh banyak restoren chinese menghidangkan mee hailam bersama daging, ayam dan udang. Cuma terkstur mee hailam tak sama iaitu kuah sedikit kering dan ada yang tak berkuah langsung.

PA170588ed

Mee Hailam Orang Melayu

Mee hailam kalau dikedai orang melayu pula, ialah mee berkuah kicap hitam, yang pekat, rasa manis dan masin serta selalunya ada banyak sayur diletakkan. Boleh ditambah ayam, daging, udang atau sotong. Adakalanya kita boleh tambah bebola atau kek ikan. Selalunya dulu-dulu mak-mak akan order mee hailam untuk anak-anak sebab kuah mee yang kurang pedas dan kanak-kanak sukakan rasa kicapnya tu.

Kalau dikedai, kuah mee hailam dibuat dari air rebusan daging atau tulang. Bila nak  masak, air rebusan akan dimasukkan kedalam kuali sebagai kuah mee. Kemudian baru dimasukkan kicap pekat hitam, sos tiram dan bancuhan tepung jagung sebagai pemekat kuah. Kuahnya tidak boleh terlalu cair dan terlalu pekat.

PA170583ed 

Dulu-dulu rasa mee hailam memang sedap. Sekarang susah nak jumpa mee hailam kedai melayu yang sedap. Ini kerana sekarang hanya banyak kedai siam yang mana mee hailam atau mee bandungnya rasanya tak sama dengan kedai makan dulu kepunyaan orang melayu kita.

Mee tu terpulang lah nak dicampurkan sekali kedalam kuah macam dikedai atau nak dicelur dandiasingkan. Saya suka celur dulu dan asingkan kuah dan mee sebab saya buat kuantiti banyak dan mee tak lah kembang. Lagipun saya suka mee yang dicelur dan dibasuh dengan air supaya hilang bau dan rasa kapurnya. Rasanya pun tak masin sangat.

Jadi buat sendiri mee hailam lebih sedap rasanya. Puas dapat makan hehehe..

PA170568ed

Resepi Mee Hailam

Bahan-bahan
1 bungkus mee kuning, dicelur
600gm daging, boleh tambah tulang jika suka
Bebola atau kek ikan
Sawi, dipotong
Pucuk jagung, dipotong
Lobak merah, dipotong
2 sudu besar serbuk lada sulah
1 bunjut sup
1 sudu besar lada hitam biji
1/3 cawan kicap pekat atau lebih jika perlu. Saya pakai kicap Mudim yang pekat tu je
5 ulas bawang putih, diketuk
4 ulas bawang merah, dihiris nipis
3 sudu besar sos tiram
2 inci halia, dihiris nipis
Air secukupnya, lebih kurang 1 liter
1/2 cawan bancuhan tepung jagung, atau lebih jika perlu
Sedikit minyak untuk tumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup untuk dihidangkan bersama.

Cara penyediaan 
Daging, tulang, halia, bunjut sup, lada hitam dan air dimasukkan kedalam periuk. Rebus daging bersama tulang sehingga lembut. Keluarkan daging dan hiris nipis. Simpan air rebusan daging.

Panaskan minyak, dan tumis bawang putih ketuk dan bawang merah. Masukkan bebola ikan atau kek ikan. Masukkan air rebusan daging, kicap, sos tiram, lada sulah, dan daging rebus yang dihiris tadi.

Biar sehingga kuah mendidih. Tambah kicap jika perlu. Masukkan sayur-sayuran. Masak sehingga mendidih lagi dan kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Kaca rata. Rasakan garam dan gula.

Bolehla masukkan mee kuning atau dihidangkan bersama mee yang telah dicelur.

Hidangkan bersama taburan daun bawang dan daun sup yang dipotong halus.




Hai, selamat pagi dan Salam Awal Muharam..

Malam Ahad lepas buat pizza untuk adik-adik. Dah lama sebenarnya tak buat pizza ni. Sebab utamanya ialah malas nak menguli doh pizza. Selain tu, doh pula dah la penat kita menguli, hasilnya selalu keras kejung bila dah bakar. Walaupun ikut resepi sebiji sebiji tetap tak seperti dohnya tak sesedap pizza yang dibeli.

PA110443ed

Disebabkan baru-baru ni ada beli stand mixer baru. Jadi saya nak cuba juga buah doh pizza guna mixer kot la boleh dapat pizza yang sedap hehehe..

Dan alhamdulillah pizza kali ni memang gebu gebas, lembut rotinya, malah lebih sedap dari pizza hut yang mana saya berapa gemari dohnya yang agak menjemukan bila makan terlalu banyak.

PA110454ed

Rahsia Doh Pizza Lembut dan Gebu

Rahsianya ialah saya menggunakan K-FINE Cream Super (KFCS) yang saya beli dari cikgu Wan, iaitu pengasas Page GRO. Bukan sebarangan GRO. Ni GRO penuh ilmu didada. GRO atau singkatan kepada Group Resepi Otai di facebook. KFCS ni ialah krim pelembut roti. Masuk sesudu dua dalam adunan roti, memang lembut jadinya. Kelembutan doh roti tu dapat dirasakan seawal adunan masih didalam mixer. Bila cubit sedikit, ehhhh lembutnya.. Dan bila adunan dah membentuk tu, saya ambil dan transfer ke papan pencanai, nak uli dan tekan tu memang seronok je sebab tak liat langsung. Dalam kepala dah terbayang kegebuan pizza nanti.. hihi

Dan hasilnya akhirnya saya berjaya juga menghasilkan pizza homemade setara hotel hehehe.. sedapnya tak terkata. Tak jemu mengunyah. Saya buat 400gm tepung, untuk 4 orang makan. Dapat menghasilkan 4 keping pizza 8 inci. Alhamdulillah. Malam tu kami buncit kenyang makan pizza sambil layan akademi fantasia.

Jadi kalau nak order KFCS  yang boleh melembutkan apa sahaja roti dan bun, dan mendapat hasil seperti roti professional, boleh hubungi Cikgu Wan 012-4530315 , atau join Group Resepi Otai, dan follow blog beliau maestrodelights.blogspot.com

Tips Buat Sos Pizza Sedap

Ramai yang tanya, apa base sos pizza yang sedap. Pastilah sos tomato itali. Kalau anda malas nak buat sendiri, boleh je beli instant sos bolognese dalam botol tu, cedok dan sapu sahaja atas doh pizza.

Cara saya pula, saya guna tomato puri. Kemudian saya ambil bawang putih dan diparut halus. Gaul tomato puree bersama parutan bawang putih, campur sedikit lada sulah, italian mixed herbs dalam botol, sedikit garam dan sedikit gula. Siap sos pizza untuk disapu.

Tips Inti Pizza

Inti pizza ni boleh terdiri dari pelbagai jenis bahan. Tetapi saya syorkan jika selalu ada lebihan makanan dirumah, gunalah untuk buat inti pizza. Contohnya lebihan kari ayam, ayam masak merah, kari ikan atau apa sahaja. Cuma carik-carikkan sikit isi tu dan tabur atas pizza. Boleh tambah nenas, capsicum, tomato, bawang dan sebagainya.

Seeloknya pakai mozarella cheese untuk mendapatkan keju yang bertali tali. Tetapi sebarang jenis cheese juga boleh digunapakai. Asalkan ada cheese diatasnya. hehehe.

Jangan letak terlalu banyak bahan-bahan diatas pizza. Nanti terlalu berat, adunannya susah nak gebu dan susah nak makan sebab inti terlalu banyak

Jika tak suka sos tomato, boleh gantikan dengan sos mayonis atau thousand island, disapu sebagai based sos pizza. Boleh juga gabungkan mayonis dan sos tomato. Sos cili botol juga boleh digunakan. Campurkan sedikit sos tomato botol untuk offset rasa manis sos cili tu.

Ok dah tahu tips buat pizza, jom cuba resepi pizza saya ni..


PA110440ed


Resepi Pizza Supreme

Bahan-bahan
400gm tepung gandum
2 sudu besar shorterning - boleh juga pakai butter
1 sudu besar K-Fine Cream Super
10gm yis kering mauripan
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh garam halus
190 ml air suam (atau lebih jika perlu)
Sedikit tepung untuk tabur

Bahan inti pizza
1 tin tuna mayonis
1 peket sosej, dihiris nipis
1 biji nenas, dihiris nipis
8 biji cendawan butang dalam tin, dihiris nipis
2 ulas bawang besar, dipotong dadu
1 1/2 cawan parutan keju mozarella
Sos tomato pizza (rujuk atas tentang cara penyediaan sos tomato pizza)

Cara penyediaan (menggunakan mixer)
Larutkan gula dalam air, dan masukkan yis kering. Make sure ada naik buih untuk memastikan yis ialah aktif. Jika tiada buih maknanya yis sudah tak aktif dan perlu buka peket yis yang lain.

Masukkan tepung, shortening, K-fine cream, dan garam. Tuang sedikit bancuhan air, gula dan yis, tuang separuh dulu. On mixer pada tahap paling rendah. Biarkan mixer berputar sambil tambah air selebihnya jika perlu. Sekali sekala, kaup tepi tepung ketengah dengan sudu.

Jika nampak adunan dah membentuk, off mixer dan uli dengan tangan sekejap sehingga adunan tidak melekat. Tambah tepung jika masih melekat.



Papan pencanai ditabur tepung, pindahkan adunan doh pizza ke atas papan pencanai. Sambung uli doh diatas papan pencanai selama beberapa minit.

Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Bulatkan. Rehatkan doh selama lebih kurang 30-40 minit.


Apabila doh naik, ambil doh dan tekan tekan diatas papan pencanai sambil menguli sekejap. Kemudian tebar doh atau boleh guna penggelek untuk menipiskanya. Letak kedalam dulang pembakar.

Sapu sos tomato, tabur keju kemudian diikuti oleh inti dan habiskan dengan keju lagi diabahagian atas.

Bakar pada suhu 190C atau 200C selama 20-25 minit.


Hai semua,

Jom makan panjeon! Hehehehe sedap tau!

PA070334ed 

Ni kali kedua buat Korean Pancake atau Panjeon ni. Saya suka rasa dia ala ala macam cucur udang tapi sangat lembut digabungkan dengan keharuman daun kucai.

PA070325ed

Sebelum ni dah pernah buat resepi ni. KLIK SINI. Tapi saya buat menggunakan daun bawang. Rasanya kurang flavour sikit. Yang guna daun kucai ni lebih sedap dan beraroma. Daun kucai goreng tu memang sedap baunya!

Resepi cukup mudah. Jom cuba buat resepi korean pancake!

PA070342ed

Resepi Korean Pancake

Bahan-bahan 
1 1/2  cawan tepung gandum
2 biji telur
Udang, direbus sekejap dan dibuang kulit dan dicincang isinya
Daun kucai – dipotong. Kuantiti kena banyak. Lebih banyak lebih sedap!
1 sudu besar gula - saya tambah
Sedikit garam
Bijan panggang untuk tabur
Air secukupnya.

Sos Kicap 
Kicap pekat
Sos cili thai
Sedikit air
Bijan panggang



Cara penyediaan

Campurkan semua tepung, telur dan air dalam mangkuk. Kacau rata. Masukkan juga sedikit garam dan gula. Air kena masukkan sedikit demi sedikit untuk adjust kepekatan adunan.

20151007_184721ed

Lebih kurang macam ni kepekatanya. Masukkan isi udang yang telah direbus dan dicincang

20151007_184955ed

Masukkan separuh dari daun kucai
20151007_185019ed

Kacau rata
20151007_185059ed

Dalam kuali, panaskan sedikit minyak. Masukkan sedikit daun kucai kedalamnya. Goreng sebentar sahaja.
20151007_185236ed

Masukkan sesenduk adunan tepung kedalam kuali panas berisi minyak daun kucai tadi, dan ratakan ketepi sampai jadi lempeng.
20151007_185421ed

Terbalikkan pancake.Masak disebelah bahagian lagi sehingga garing. Bolehla diangkat. Ulang buat sehingga habis tepung. Untuk sukatan tepung saya ni dapat 2 keping pancake berukuran 7 inci.

20151007_185808ed

Seperti yang kita tahu, Malaysia adalah negara yang mempunyai kepelbagaian rasa yang unik dalam setiap hidangan tempatannya. Kebanyakan hidangan kita banyak dipengaruhi oleh masakan kaum Cina dan India – ada yang mempunyai rasa tawar, ada yang mempunyai rasa yang pedas, dan ada yang rasanya seimbang - tetapi setiap hidangan yang ada sangat unik dengan caranya tersendiri. Nak rasa keaslian dan keunikan makanan di Malaysia ni, anda perlu cuba 5 hidangan ni!

1. Nasi Lemak

Nasi lemak ialah hidangan yang patut dicuba. Dikenali sebagai raja segala makanan melayu, nasi lemak ialah nasi yang dimasak bersama santan, kemudian dibungkus dengan daun pisang dan dihidangkan dengan ikan bilis rangup, telur, kacang goreng  dan sambal tumis pedas yang dimasak sehingga pekat. Keharuman nasi lemak dengan aroma pandan, halia dan serai sememangnya satu kombinasi hebat dalam satu pinggan. Nasi lemak boleh didapati di mana-mana  tempat di Malaysia, dan terkini anda boleh membuat pesanan secara online dari Food Panda atau dari mana-mana servis penghantaran makanan. Boleh check - DISINI 

2. Bak Kut Teh 



Bak Kut Teh ialah sejenis masakan kaum cina yang menggabungkan kombinasi rasa sediit pahit, manis, dan juga keharuman herba dan rempah ratus seperti jintan manis, bunga lawang, kulit kayu manis, dan bawang putih. Ianya ialah sejenis sup herba yang berkhasiat dan banyak dijual dia kedai-kedai kaum cina diseluruh negara. Namanya yang bermkasud Teh Daging Tulang selalunya diperbuat daging khinzir. Semestinya ianya hidangan untuk non-muslim. Untuk muslim juga sekarang terdapat Halal Bak Kut Teh di Malaysia. Ayam digantikan disampinng mengunakan tauhu, cendawan dan sayuran didalamnya. Hidangan ini disediakan bersama nasi kukus, cakui (sejenis kuih yang digoreng) dan cili kicap. Boleh check - DISINI 


3. Nasi Dagang



Nasi Dagang ialah makanan exclusive dari Kelantan Dan Terengganu, negeri Pantai Timur Malaysia. Nasinya dari beras khas yang mempunyai aromanya yang tersendiri dan dihidangkan dengan Gulai Ikan Tongkol dan Acar. Nasi Dagang yang paling sedap dikatakan dari Kampung Ladang, Terennganu. Nasi Dagang amat terkenal di negegi pantai timur, tetapi ianya kini mudah didapati diseluruh Malaysia



4. Sate Malaysia



Tidak seperti sate dari negara lain, Sate di Malaysia sangat unik kerana mempunyai rasanya yang tersendiri. Daging lembu atau ayam yang dihiris nipis, kemudian diperap semalaman dengan gabungan rempah ratus dan herba seperti kunyit, serai,  bawang putih dan merah, ketumbar, jintan dan banyak lagi menjadikan sate antara hidangan yang anda patut cuba. Dicucuk lidi dan dibakar arang untuk mengeluaran aromanya. Selalunya dihidangkan bersama kuah kacang yang wangi bersama hirisan timun dan ketupat nasi. Sate juga boleh dihidangkan bersama kuah kacang semata-mata kerana keduanya sudah cukup mantap.


5. Nasi Kandar



Nasi kandar ialah nasi bersama lauk pauk yang dihidangkan bersama kuah kari yang dicampur bersama beberapa jenis kuah lain untuk memberi rasa yang pedas, masam, manis didalam satu pinggan. Lauknya terdiri dari deretan pelbagai jenis dari ayam, daging, ikan, makanan laut, telur rebus atau goreng disamping hidangan sayuran seperti bendi, terung dan peria yang dgoreng rangup. Paling penting, nasi kandar perlu dinikmati dengan tangansupaya dapat menikmati gabungan rasa didalamnya. Tapi pastikan anda cuci tangan bersih-bersih lepas tu :D

Makanan Malaysia yang Hebat!

Bila melawat Malaysia, 5 makanan diatas anda patut cuba. Ianya mudah didapati disetiap pelusuk negeri. Ada yang dijual ditepi jalan dan di restoren. Ianya juga boleh dinikmati pada setiap masa, sebagai sarapan, makan tengahari dan makan malam. Nikmati citarasa gabungan Melayu, Cina dan India dalam setiap masakan disini, yang menggambarkan negara yang berbilang bangsa ini.





Hai semua...

Jangan tak tahu, orang di Kedah Perlis ni, hidang pulut ayam for breakfast. Hehehe. Pulut Ayam ni adalah  sejenis makanan popular di Thailand. Tetapi di Kedah dan Perlis, Pulut Ayam ni ada pengaruhnya yang tersendiri.

Kalau datang ke utara sini, hampir semua pasar pagi dan pasar malam ada menjual Pulut Ayam ni. Pulut ni boleh dihidangkan sebagai sarapan, makan tengahari atau maan malam. Tapi selalunya dihidangkan waktu pagi kerana, pulut tu sendiri dah cukup 'berat'. Kalau makan pulut waktu pagi memang kenyangnya sampai ke tenghari!

Breakfast pagi ni...

DSC04608ed

Ayam yang digoreng mestilah rangup dan betul-betul garing. Selalunya digoreng 2 kali supaya mendapat kerangupan yang diingini. Pulut ni dihidangkan bersama sos cili thai buatan sendiri yang rasanya masam manis pedas.

DSC04588ed

Resepi Pulut Ayam

Bahan-bahan 
600gm pulut, direndam seketika, dan kemudian dikukus sehingga masak. 
1/2 ekor ayam, dipotong 4
1 cawan bawang merah yang telah dihiris nipis dan digaul dengan sedikit tepung beras, digoreng menjadi bawang goreng
3-4 sudu besar tepung beras
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Bahan perapan ayam 
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
1 inci lengkuas, ditumbuk
1 sudu kecil pewarna merah, jika suka. Kalau tak pakai pewarna pun ok je.
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan

Ayam diperap selama 2-3 jam bersama bahan perap. 

Panaskan minyak untuk deep fry ayam.

Letak tepung beras dalam pinggan leper.

Ambil seketul ayam yang diperap, golekkan dalam tepung beras. Biar sehingga semua bahagian ayam diliputi tepung. Terus masukkan dalam kuali panas. Goreng sehingga 3/4 masak . Buat sehingga ayam semua habis.

Angkat ayam dan sejukkan sekejap. Ketuk ayam dengan pisau atau lesung batu. Tetapi jangan sampai ayam hancur. Biar terbelah bahagian isi dalam tetapi tak putus.

Panaskan minyak sekali lagi dan goreng sekali lagi ayam yang diketuk tadi sehingga masak dan betul-betul garing.

Resepi Sos Cili Thai Bawang Putih

Bahan-bahan
4 biji cili merah, dikisar kasar bersama sedikit air
4-5 ulas bawang putih, dicincang
6 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/4 cawan cuka putih
2 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air
11/2 cawan air (atau lebih jika perlu)

Cara penyediaan
Dalam periuk, campur cili merah, bawang putih, air dan gula dan garam. Rebus sehingga cili masak dan bawang putih lembut.

Rasa garam dan gula. Boleh tambah gula jika sos terlalu pedas.

Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata sehingga kuah pekat.

Jom cuba resepi pulut ayam yang sedap ni!!





Hai semua,
Trending sekarang ialah Brownies Kedut. Actually brownies jika dibuat mengikut teknik yang betul memang akan menghasilkan permukaan yang sedikit berkedut, shining dan crack. Brownies ni jenis kek mampat yang teksturenya dense dan rasanya memang kaya dengan coklat. Resepi brownies yang bagus ialah resepi yang kuantiti coklatnya lebih banyak dari kuantiti tepung.

PA090408ed PA090435ed

Tips Menghasilkan Kedut Brownies

Macam saya cakap tadi, brownies yang betul teknik adunnya memang akan menghasilkan kedut. Antara tips yang saya amalkan dalam mendapatkan kedutan yang cantik ialah

1. Guna Coklat  Couverture  atau coklat compound yang bermutu tinggi. Contoh jenama coklat yang paling bagus ialah Callebout, Hershey atau paling murah coklat compound yang boleh kita dapat ialah jenama Beryl's. Kedutan akan terbentuk hasil dari tindabalas cocoa tulen yang dibakar didalam oven membentuk lapisan halus diatas yang shining. Jangan sesekali guna coklat masakan biasa, atau coklat compund yang harganya murah. Ini kerana coklat tersebut kebanyakan mengandungi sedikit sahaja peratusan cocoa dan hanya mengandungi lebih gula dan lelemak sahaja. Warnanya adalah dari pewarna sahaja. Brownies dari coklat yang tidak tulen selalunya berwarna hitam pekat tetapi tak ada rasa coklat didalamnya. Selain tu kedutan juga tak terbentuk diatasnya.

2. Pastikan coklat dimasukkan pada akhir adunan. 

3. Jangan guna mixer dan jangan overmixed adunan. Adunan brownies tidak boleh menggunakan mixer, perlu diadun dengan senduk kayu sahaja. Adunan juga tidak boleh dikacau terlalu lama. Cukup sehinga semua adunan sebati. Jika nak juga guna mixer contohnyanya jika menyediakan dalam kuantit yang banyak, boleh putar sekejap sekejap sahaja sehingga adunan sebati.

PA090395ed

Tips Brownies Lebih Sedap

1. Guna sedikit garam kasar. Pengunaan garam dalam membuat kek dan biskut bukanlah sesuatu yang pelik. Secubit garam mampu mebangkitkan rasa dan memberi keseimbangan manis. Boleh cairkan garam kasar bersama butter atau bersama coklat.

2. Guna butter yang berkualiti. Jangan sesekali guna marjerin. Ada sesetengah resepi brwonies menggunakan minyak. Guna minyak jagung dari menggunakan minyak sayuran biasa (minyak masak).

3. Jangan terlebih bakar. Brownies yang sedap sediit moist didalamnya. Kalau terlebih bakar, brownies akan cepat mengeras dan  kering. Jadi masa bakar brownies kena hati-hati jangan overbaked

Ok Jom tengok resepi Brownies Kedut

PA090402ed

Resepi Brownies Kedut

Bahan-bahan 
400 gm Dark coklat Couverture atau coklat Compound, saya pakai jenama Beryl's jenis coins
150 gm mentega
170 gm gula perang - kalau guna gula castor kurangkan menjadi 150gm sahaja
4 biji telur saiz A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri, saya pakai Blue Key
30 gm serbuk koko, saya pakai jenama Beryl's
Secubit garam kasar

Cara penyediaan

Panaskan oven pada suhu 160C

Cairkan butterdan garam kasar menggunakan double boiler atau microwave. Kacau rata.

Coklat dipotong halus dan cairkan mengunakan kaedah double boiler atau microwave. Kacau rata.

Note : Boleh je cairkan coklat dan butter sekali menggunakan double boiler atau microwave

Tepung digaul bersama serbuk koko dan diayak.

Satukan telur, butter cair, gula  castor dan gula perang dalam mangkuk besar. Masukkan esen vanila. Mengunakan senduk kayu atau sudu, kacau sehingga sebati semua bahan.


Masukkan tepung diselang seli dengan coklat. Simpan sedikit coklat untuk dimasukkan akhir sekali. Kacau rata adunan.

Akhir sekali masukkan baki coklat cair dan kacau kaup 3-4 kali menggunakan sudu.

Masukkan adunan dalam loyang 10 x 10 inchi. Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan tadi.

Masak selama 30-40 minit. Oven saya memerlukan 40 minit untuk bakar. Tahap panas oven ni lain lain, jadi kena selalu tengok kalau anda tak pasti oven anda bagaimana. Make sure tak terlebih bakar.

Cara nak pastikan brownies tak terlebih bakar ialah dengan menggunakan cake tester yang dicucuk pada kek. Sekiranya brownies belum masak, bilah tester akan dilumuri dengan adunan kek. Jika sudah cukup-cukup masak, sedikit gumpalan kek akan lekat di bilah tester. Boleh terus tutup suis oven.

Biar sekejap brownies dalam oven yang direnggangkan pintunya dalam 10-15 minit.

Sejukkan brownies pada suhu bilik selama beberapa jam sebelum dipotong.

Jangan sesekali masukkan dalam peti sejuk kerana ini akan menjadikan brownies keras.

Brownies tahan 4 hari tanpa peti sejuk.

Jika perlu masuk peti sejuk juga, bila hendak makan, bolehla reheat sekejap dalam oven atau microwave untuk melembutkan coklatnya.

Antara resepi Brownies saya
Triple Chocolate Brownies
Brownies Coklat Susu
Brownies Microwave Cepat Dan Mudah
Blondies
Okay just nak cerita tentang a short getaway last 2 week during raya haji. Saya dan DH ke Teluk Senangin, berhampiran Segari Perak. Dari kampung DH di Batu Gajah, lebih kurang 60km jugak la. Sebelum kesana, pernah sekali DH bawa kesitu, tapi tak check in resort memandangkan kesuntukan masa kami berdua.

Saya suka bawa Olympus ni sebab agak praktikal. Tetapi ada standby Sony besar godang tu dalam kereta. Just in case jumpa burung boleh la keluarkan zoom lens hehehe..

20150926_092152ed

Bermalam di Yeop Bay Hotel, Teluk Senangin, Perak.


20150925_132827ed

Dan kali ni disebabkan kitaorang dah plan awal-awal, sempat juga kami check in satu malam di resort di sana.

Yeob Bay Hotel ni adalah resort terbaik di Teluk Senangin ni. Ada juga chalet homestay yang lebih murah. Tetapi memandangkan kami datang semata-mata nak honeymoon berehat jadi kami pilih yang selesa. DH pula malas nak memancing sebab dia penat sebab sebelum tu ada korban di kampung. Next time kami datang sini maybe nak memancing, mungkin boleh consider chalet budget tepi pantai sebab lebih praktikal.

Di Yeob Bay, kali pertama kami check in disini. Agak memuaskan hati. Dari urusan booking bilik, yang boleh dibuat melalui Whatsapp, hanya cuma bank in separuh harga dari harga bilik. Dari segi bilik kemas, bersih, dan menepati standard untuk rate RM180 per night. Saiz bilik yang sangat luas dan selesa. Cuma tilam agak keras. Tapi memandangkan kami tidur satu malam sahaja, takdelah isu sangat. Ada bilik lain juga serendah RM150++. Kami pilih yang rate 180++ sebab risau bilik sempit, tapi bilik yang kami dapat, luasnya. Boleh main kejar-kejar. Eh :P

Resort ni ada pantainya tersendiri iaitu terletak hanya berhadapan resot sahaja. Jadi agak privacy nak mandi manda disini berbanding mandi di pantai sebelah luar yang agak terbuka dan ramai sangat orang.

20150925_132807 (1)

Semasa ni air agak surut.

P9260210ed


Yeop Bay Hotel dari pandangan pantai (hadapan hotel). Banyak betul pengunjung. Kami ingatkan raya haji ni mana la ada yang bercuti.. sangkaan meleset heheh..
P9260212ed

Actually misi utama DH dan saya ialah nak cari penyu hehe. Di Segari Perak ni ada penyu tau. Jangan ingat di Terengganu je ada penyu.

Dah lama dia berjanji nak bawa saya tengok penyu. Memandangkan saya ni jenis suka tengok haiwan akuatik seperti ikan dan sebagainya. Jadi DH bawa saya ke pusat konservasi Penyu yang terletak di Pantai Pasir Panjang, Segari. Lebih kurang 20 minit je dari Teluk Senangin, melalui jalan menuju ke Pantai Remis.

Pusat Konservasi Penyu, Segari Perak

Signboard dihadapan.
P9260250ed

Kami disambut dengan Replika penyu. Jujur saya katakan, saya ragu-ragu adakah penyunya. Saya tengok dengan keadaan kawasan yang lenggang dan agak suram dibahagian depan. Malah tak nampak staff disitu.
P9260246ed

Tapi bila masuk kedalam, saya rasa macam nak melompat bila tengok beratus-ratus anak-anak penyu yang sangat comel sedang berenang. Saya teringin nak pegang anak penyu tu, tapi apakan daya ialanya dihalang oleh pagar disekeliling kolam. Hihihi.. Agaknya kalau boleh pegang, memang saya dah seludup masuk dalam handbag anak penyu tu seekor dua sebab comel sangat!

P9260221ed

Anak penyu yang baru menetas. Disini ada beberapa buah kolam. Anak penyu mengikut umur dan saiz ditempatkan dalam kolam berasingan. Rasanya ikut batch menetas kot. Dari sekecil-kecil sampailah yang sebesar  tapak tangan. DH ada beritahu, lepas menetas, dijaga dipusat ni sehingga beberapa hari, anak-anak penyu tersebut akan dilepaskan ke laut dimana ibunya bertelur tadi. Dan mereka akan kembali bertelur ditempat yang sama jika umur mereka panjang dan boleh survive hidup dilautan luas. Nisbah yang datang tu cuma beberapa ekor je dalam 1000 ekor yang dilepaskan. Maknanya tak semua anak-anak penyu tu akan hidup. Kebanyakan akan mati dilautan luas. Sebab tu lah penyu semakin pupus dan salah satu haiwan akuatik yang kita patut lindungi. Say no to turtle eggs. Walau sedap macammana sekalipun hehe.

P9260220ed

Yang ni pula kategori remaja hehehe...
P9260239ed

Kolam besar untuk penyu yang lebih besar. Paling besar penyu yang ada ialah sepanjang  4 kaki! Besar kan!

P9260225ed

Saya cuba nak sua tangan untuk pegang, tetapi dihalang DH, sebab katanya penyu tu boleh mengigit. Ishhh bukan ke penyu seekor haiwan yang baik hati ke?

Restoren Teluk Muruh, Lumut

Malam, kami ke Lumut, mencari ikan bakar. Tapi disebabkan Bandar Lumut agak sesak malam tu, kami terpaksa cancel misi mencari restoren ikan bakar. Sebaliknya kami pergi ke restoren biasa yang kami selalu pergi. Restoren Teluk Muruh yang terletak dihadapan Kuarters TLDM Lumut. Dan disebabkan kami berdua adalah fish lover, jadi kami ambil menu ikan siakap kukus dan siakap goreng 3 rasa. Ini kerana taste kami berdua yang berlainan. DH lebih suka ikan 3 rasa, manakala saya sukakan ikan yang dikukus. Menu lain, kami cuma tambah kerabu sotong, bersama nasi dan jus buah. 

Seekor ikan disini hanya RM30. Saiz memang besar dari kedai lain. Masakannya ala thai sedikit tetapi sedap sangat.  Disebabkan siaz ikan, jenuh jugak la kami berdua menghabiskan 2 ekor. Tetapi rasa ikan yang segar dan manis dan kami berdua ni pencinta ikan, maka memang tinggal tulang :P

20150925_201730

Ok itu sajalah cerita a short getaway kami. Kami memang tak sempat nak bercuti betul-betul. Jadual masa dan kerja yang padat dan tak selari antara kami membuatkan saya dan DH jarang ada masa berjumpa. Jadi bila dah keluar bersama ke sesuatu tempat, baru dapat bersembang dan mengeratkan hubungan suami isteri hehe.. Anyway sesibuk mana kita bekerja, cubalah cari masa bersama pasangan dan keluarga. Tak perlu pergi jauh jauh kalau nak bercuti. Tak perlu tunggu ada duit berkepuk dalam bank. Pergi je kemana sahaja walau tempat hanya berdekatan rumah, dan walau sekadar menghiburkan hati dengan melihat penyu berenang hahahah!!

Untuk maklumat penginapan di Yeop Bay Hotel, boleh ke website mereka www.yeobbayhotelresort.com atau contact/whatsapp no. ni 013-4540767
Breakfast wajib mestilah nasi lemak! Walaupun bukan hari-hari, dalam seminggu mesti 2-3 hari nasi lemak adalah menu di pagi hari kan.

P6013576ed

Apa pula menu breakfast wajib korang? :)



dd
Kepada penggemar Nasi Arab dan Nasi Turkey, kini ada cara lebih mudah nak masak nasi arab dan nai turkey ni. Rempah khas nasi arab kini mudah didapati dalam bentuk pek untuk satu hidangan.

Syed Nasi Arab

Kalau dulu, nasi arab ni kena pergi ke restoren atau hotel mewah je yang ada. Sepingan nasi arab ni boleh mencecah RM40 ke RM50 sedulang.
IMG-20150928-WA0005ed

Tapi sekarang, ada rempah khas bersama berasnya sekali yang dipaketkan dan mudah sangat nak membuatnya.

Dah cuba masak Syed Nasi Arab ni, memang rasa tak ubah seperti yang kita makan di hotel dan restoren. Rempah dan beras yang digunakan tu memang sama seperti yang digunakan di negara timur tengah. Kita cuma perlu tambah ayam, daging atau nak lebih sedap, kambing.

IMG-20150928-WA0008 IMG-20150928-WA0006ed

Syed Nasi Turkey

Selain nasi arab ada juga nasi turkey juga. Saya pun baru tau kewujudan nasi turkey ni. Nasinya lain sedikit dari nasi arab, dan ada rempah sup khas untuk dihidangkan bersama nasi turkey ni.

IMG-20150928-WA0007ed

P9240205ed


Setiap paket lengkap dengan instruction untuk memasak. Jadi sungguh mudah. Jadi kalau teringin nak cuba nasi arab syed ni, boleh la ke facebook page SYED NASI ARAB atau contact

Syed Ahmad Tahrill 012-3422790 dan isteri beliau Norarisyah 012-6964360.

Memang puas hati, dengan kos yang murah, nasi arab dan nasi turkey boleh dinikmati seisi keluarga.