Tips Buat Hiasan Dinding Mudah

9:50 pm

Hai semua,

Nak share cara paling mudah dan simple untuk buat hiasan dinding atau wall deco ni. Kadangkala kita rasa nak letak frame gambar di dinding seperti kita tengok dalam majalah dekorasi. Ada frame besar dan mejadi fokus didinding rumah. Tapi kalau nak beli painting atau lukisan memang mahal kan.

Saya ada satu cara mudah untuk jimatkan kos tetapi masih boleh letakkan wall deco frame yang cantik.

Ni contoh yang saya buat di rumah contoh projek saya. Pakai kain bersulam corak daun. Memang cantik bila diframekan.

20150903_161551b 

Tips Hiasan Dinding Mudah

Mula-mula, ialah cari frame kesukaan anda mengikut saiz dikehendaki. Kemudian beli fabrik atau kain untuk curtain. Selalunya fabrik jenis ni boleh dibeli dibahagian menjual kain langsir. Selalunya kain langsir mempunyai bidang yang agak besar dan sememangnya cukup untuk diletak dalam frame besar.

20150903_161632

Macam kain yang saya beli ni, yang corak besar dan seketul seketul supaya senang nak potong. Lakar size kain untuk dimuatkan dalam frame menggunakan board belakang frame. Mark dengan marken pen. Biar lebih sedikit bahagian tepi untuk melipat.
  20150903_151051

Dah masuk dalam frame, lipatkan lebihan kain ke tepi dan kemaskan dengan selotep. Siap!

20150903_145302

kena pandai juga pilih corak kain. Kalau boleh, cari yang ada motif yang berlainan pada satu kain, macam kain yang saya pilih ni.

20150903_154006

Sudilah cuba Tips Hiasan Dinding Mudah ni. Kalau dah cuba share linknye ye :)

You Might Also Like

13 comments

  1. mari la buat kat rumah saya pulop... haha...

    ReplyDelete
  2. cantiknyaaaa....buatkan untuk rumah kita ehh kak eny..hihi

    ReplyDelete
  3. Kreatif sungguh Sis Eny. Dah boleh jadi interior designer dah. :)

    ReplyDelete
  4. tips yang baik eny, cantik sangat :)

    ReplyDelete
  5. kalau Eny yang buat.. semua cantiiikkk... :)

    ReplyDelete
  6. wow cantik sangat!! tak pernah terfikir nak buat camtu :D tq for the tips my dear kak eny!

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com