Tips Beli Rumah Di Usia Muda

12:19 am

Hai semua..
Mungkin ramai yang dah tahu, saya berkerja di sebuah company Real Estate & Propery, atau ada yang panggil syarikat hartanah dan perumahan. Adalah dah 11 tahun kerja. Alhamdulillah.
Pengalaman 11 tahun ni banyak mengajar saya tentang cara-cara proses pembelian rumah, pinjaman, legal dokumen dan juga hal-hal berkaitan.  Sebab habis belajar terus saya dapat kerja dan masa tu tak ada apa-apa pengalaman tentang rumah apalagi membeli rumah. Saya belajar dari zero sampai lah otak saya tepu dengan info berkaitan rumah. Sampai saya sendiri hafal segala section dalam perjanjian jual beli (S&P) tu hehehe.

image

Saya beli rumah pertama saya pada tahun 2007. Memang sebenarnya tak plan pun nak beli. Saya sebenarnya main-main je submit loan untuk bank. Memandangkan saya kenal ramai bank officer yang berurusan dengan customer dipejabat. Tiba-tiba satu hari terima fax loan dah approved, dengan bayaran installment yang saya mampu untuk bayar. Sebenarnya setahun sebelum tu saya dah ambil loan kereta. Kereta pun beli yang murah-murah. Just untuk senangkan nak pergi berkerja. Saya memang tak mahu nak ambil yang mahal kerana bagi saya tak guna kereta mahal tapi nak makan sedap-sedap pun tak mampu sebab nak bayar installment kereta. Saya pegang prinsip tu dan memang bersabar je pakai kereta murah. Kadang-kadang cemburu tengok kawan-kawan lain pakai kereta mahal dan bergaya. Hehehe..  

Lepas saya terima fax letter offer (LO) loan rumah. Saya tanya arwah ayah, ok ke kalau saya ambik rumah. Ayah saya sangat menyokong. Dia bagi support. Jadi saya terus sign LO dan kemudian sign S&P. Alah beli pun dengan company sendiri. Dapat diskaun banyak juga :p. Lepas sign LO, 5 bulan lepas tu saya dah start bayar installment. Tahun pertama dan kedua tak bayar penuh lagi. Lepas rumah siap baru bayar penuh. Dulu tak ada single rate macam sekarang. Dulu rate berlainan pada tahun pertama dan kedua, dan rate kekal ialah tahun ketiga sehingga habis bayar. Sekarang semua bank bagi single rate. Dari tahun pertama sampai habis, itulah ratenya. 

Alhamdulillah tahun 2009 rumah siap, pindah masuk hujung tahun 2009. Dalam tahun 2013 saya ada check value rumah. Naik sebanyak 60,000 ribu lebih dari harga asal saya beli. Masa tu harga rumah di Kedah memang banyak naik sebab semasa pemerintahan Pas di Kedah, banyak dasar perumahan diubah dan mencetuskan kenaikan harga rumah yang ketara di Kedah.  Jadi banyak pemaju stop buat rumah below 200k. Rumah di Kedah sekarang kebanyakan adalah kos dari 280k keatas. Bayangkan kalau saya jual rumah saya tu sekarang mengikut value terkini. Saya dah untung RM60K!!!

Alhamdulillah saya beruntung antara terawal membeli rumah sebelum harga naik mendadak. Jadi sebab tu saya cakap, kalau nak beli rumah, beli awal-awal dan kalau boleh beli di usia muda atas faktor berikut :

P5042678ed

Faktor Kenapa Perlu Beli Rumah Awal dan Cepat

1.  Faktor harga rumah yang semakin naik. Tak pernah lagi ada harga rumah yang semakin menurun. Dan value rumah juga semakin naik. Jadi kalau kita beli rumah second hand pun, tuan rumah akan jual pada value semasa rumah termasuk kos pengubahsuaian yang dibuat. Bukan macam kereta second hand ye, dimana valuenya semakin menurun.

2.  Faktor umur, semakin tinggi umur, semakin kurang loan tenure (tempoh pembayaran semula loan) kita dengan bank. Let say umur semasa beli rumah ialah 25 tahun, bank boleh consider loan tenure selama 35 ke 40 tahun, hence ianya membantu kurangkan instalment bulanan (tapi tak save interest tau) dan senang la loan nak approve nanti kalau income rendah. Dan selalunya loan tenure bank ialah 30 tahun. Kalau umur 30 ke 38 tu masih ok. Tapi kalau masuk 39 ke 40 lebih, bank kurangkan tenure tu kepada 20 ke 25 tahun. Teruk juga instalment nak bayar tu sebab tinggi (tapi dapat save interest sikit).

3.  Satu lagi faktor umur ialah kos MRTA atau Mortgage Reduce Term Assurance atau senang cakap insurance kalau berlaku kematian kepada peminjam, maka waris peminjam akan mendapat rumah ditanggung syarikat insurance. Kos ni selalunya tinggi mengikut umur. Kalau umur 30 tahun untuk rumah berharga RM200,000, selalunya dalam RM 7000 ke 8000. Ada pembeli rumah berumur 40 tahun, insuran yang dia kena bayar ialah RM25,000!!!! Terpulang kepada bank, ada yang masukkan kedalam jumlah pinjaman dan ada yang kena bayar sendiri. Terpulang kepada how strong income boleh cover jumlah pinjaman termasuk insurance tu. Bayangkan anda kena keluarkan duit deposit 10% + duit peguam dan stamp duty transfer + duit insurance hahhh dah berapa tu kan.

4.  Faktor harga rumah yang semakin menaik. Memang harga tak akan menurun. Nak tak nak memang kena beli rumah segera. Kalau nak tunggu lagi sampai gaji naik lagi 3-4 tahun, masa tu harga rumah pun dah naik sekali!!! 

Jadi  macam mana nak beli rumah pada masa sekarang dan tak payah tunggu harga rumah naik baru nak beli?

Boleh ikut tips ni..

Tips Beli Rumah Di Usia Muda

1. Kalau baru graduate dan berkerja. Mesti nak beli kereta kan? Belilah kereta yang murah-murah dulu. Jangan gaji baru 2000 dah hentam ambil Honda city atau vios. Ambik dulu perodua atau proton. Buat commitment untuk bayar kereta dalam rm400++ sahaja sebulan. Kena ingat, kereta ialah kemudahan untuk berkerja dan leisure. Dan jangan jadi hamba kepada loan kereta anda yang menghalang anda buat loan lain terutama loan penting seperti loan rumah.

2.  Mulai sekarang, selesaikan semua hutang card credit anda. Ikhtiar untuk bayar lebih card credit dan elak pengunaan. Kalau guna banyak mana, banyak tu lah bayar bila dapat gaji. Jangan biar ada balance yang dibawa ke bulan berikutnya.

3.  Say no to sewa beli gadget dan barang keperluan rumah seperti handphone, peti ais, mesin basuh dan sebagainya. Kumpul duit sedikit setiap bulan untuk beli cash. Let say nak beli mesin basuh yang harga rm 600, kumpula sebulan rm100 selama 6 bulan. Sementara tu boleh pakai dobi express yang 24 jam tu hehehe..

4.  Mula saving untuk duit deposit rumah dan lain lain bayaran untuk rumah. Buat satu akaun bank khas TANPA ATM CARD , untuk tabungan duit nak beli rumah. Kalau bank bagi juga ATM card, sila gunting kad ATM kepada dua hehehe.  Bulan-bulan peruntukan sebanyak mana nak masuk dalam tu. Kalau nak biasakan diri bayar rumah, boleh masukkan terus jumlah instalment rumah dalam tu hehehe.. nanti dah beli rumah betul-betul tak lah rasa terbeban sebab dah biasa. Kita juga boleh guna duit simpanan KWSP dari akaun 2 untuk membayar deposit rumah dan kos peguam. Boleh keluarkan maksimum 10% (deposit) dan 10% lagi untuk kos-kos lain. Tapi selalunya kalau 3-4 tahun berkerja pun tak sampai 10% tu. Jadi boleh keluarkan semua sekali amount yang ada. Kalau ada RM3,00, keluarkan je lah Rm,300 tu. Dapat juga tampung mana yang ada kan. KWSP juga ada buat pengeluaran untuk kurangkan ansuran bulanan. Boleh rujuk website KWSP untuk maklumat lanjut.

5.  Say no to Personal Loan. Ramai orang suka ambil personal loan. Saya tak pasti guna untuk apa, tapi maybe untuk kahwin kot. Sebenarnya ambik personal loan ni sangat merugikan. Selain interest yang tinggi sekitar  6% ke 7%, kalau duit tu kita simpan dalam akaun, akan susut nilainya juga. Dan kita akan rasa terbeban untuk bayar personal loan tu balik sebab tak nampak duitnya dimana dan kemana. Percayalah, 90 percent peminjam personal loan akan guna duit untuk beli barang shopping dan selebihnya disimpan, bila tak cukup duit, korek balik. Hehehe..


Saya harap artikel ni akan dapat membantu adik-adik yang baru graduate dan baru berkerja untuk dijadikan panduan. Beli rumah diusia muda, memang nampak perit, tapi manisnya dikemudian hari. Biar susah ketika kita muda dan kuat. Nanti bila dah settle down, kita dah punya segalanya untuk diberi kepada orang tersayang. Rumah dah ada, kereta dah ada. habis bayar kereta lama, belilah kereta baru yang mahal sedikit bagi isteri pakai ke hehehe sebab gaji pun dah tinggi. 

Percayalah, bayar duit rumah ni kalau kita duduk dirumah tu memang tak terasa bebanya. Apa lagi kalau rumah tu kita sewakan. Kira macam self financing lah. Just ambil duit sewaan tu dan bayar kepada bank. Jadi kena start ikhtiar untuk beli rumah mulai sekarang. Jangan bertangguh lagi!

Terima kasih kerana sudi membaca penulisan saya tentang Tips Membeli Rumah Di Usia Muda ini. :)




You Might Also Like

13 comments

  1. Nice Tips..Mimi Baru Terfikir Nk Beli Rumah Thn Depan Tapi Tu La..Mimi X Reti Sngt Ttg T & C Untuk Mmbeli Rumah :-)

    ReplyDelete
  2. Tips yg menarik utk org yg baru kerja mcm saya. Thanks, mohon share entri ni.

    ReplyDelete
  3. KG dah lama kerja tapi x beli umah lagi...tapi bagus tips ni eny

    ReplyDelete
  4. Bagusnya tips ni Enny. Alhamdulillah dalam usia 30++, Mek ila dah berjaya beli sebuah rumah yang dah selesai bayarannya dan kini mula membayar untuk rumah yang kedua. Memang benar rumah aset yang berharga dan amat bernilai. Kena beli sekarang bukannya di masa akan datang dengan alasan sekarang masih tidak mampu, kerana bila kita dah mampu, harga rumah pun dah melambung lagi time tu.

    ReplyDelete
  5. teringin nak start kumpul aset, tapi tak mampu dari segi masa & wang lagi T_T

    ReplyDelete
  6. dengan harga rumah dekat sabah, kalau yang baru grads mmg susah nk beli. sy pn beli bila dh kawin join name ngn husband. nk beli second rumah untuk investment blum blh lagi, kalau anak dh start skola lagi byk nk pakai duit . btw nice tips! =)

    ReplyDelete
  7. wow best blog ni. terima kasih kerana sudi share :)

    ReplyDelete
  8. Bagus tips ni kak eny. Sha pun baru nk mula cari rumah. Dan baru niat nk buat Personal Loan sbb nk beli rumah cash. Rugi rupanya ye PL.

    ReplyDelete
  9. Great tips, x sangka sis kerja di company Real Estate & Propery ~ ingtkan sis chef XD

    ReplyDelete
  10. nice tips and good sharing! keep it up..thank you sista =)

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com