Sandwich Salmon Sayur for Breakfast

September 05, 2015

Hai semua,

Breakfast apa pagi ni. Hari ni buat resepi simple sangat, sandwich je. Sandwich salmon bersama sayuran. Cukup senang nak buatnya dan berkhasiat juga untuk keluarga.

P8245853ed

Kalau tak nak guna salmon boleh gantikan dengan tuna dari dalam tin tu. Sedap juga :)

P8245850ed

Resepi Sandwich Salmon Sayur

Bahan-bahan 
2 keping isi salmon block, direbus bersama air dan sedikit garam
5 sudu besar mayones
1 ulas bawang besar, dicincang halus
Sedikit kobis, diparut, diparut halus
Sedikit lobak merah diparut halus
1 biji tomato, dibuang biji tengah dan dicincang
1 sudu kecil lada sulah
3 biji cili padi dipotong - kalau tak suka pedas boleh skip
1 biji lemon, dimabil jusnya
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa

Cara penyediaan

Ikan salmon dibuang tulang dan kulitnya. hancurkan isinya menggunakan garfu.

Campurkan semua bahan dan gaul rata sehingga sebati. 

Lapis roti dengan daun salad dan letak inti ditengahnya. Sedia dihidangkan

Sudilah cuba resepi Sandwich Salmon Sayur

You Might Also Like

9 comments

  1. WAH Eny mesti sedap sangat ni dan lebih sihat kalau breakfast cam gini

    ReplyDelete
  2. Oooohh I should try this... ada salmon dlm freezer tuh! Thanks!

    ReplyDelete
  3. sedapnya letak salmon. jd sandwich VIP

    ReplyDelete
  4. sedap letak salmon. jadi sandwich VIP

    ReplyDelete