Meatball Pasta!

9:30 am

Masak meatball pasta in tomato sauce kegemaran DH ni. Resepi pun simple sangat. Dan kali ni saya buat versi kurang minyak, kurang lemak. Saya pakai daging lembu tanpa lemak, dan untuk sos tomato tu pun memang tak pakai minyak. Cuma sumber lemak adalah dari minyak zaitun yang digaul dengan pasta dan dari bebola daging. kadang-kadang kena "eat clean" juga tapi versi sedap. hehehe.. Bagi saya nak berdiet ni bukan makan salad, buah dan tak makan nasi. Tapi kena bijak pilih variasi makanan dan cuba kurangkan portion dulu instead of kurangkan itu dan ini sekaligus.

P8306743ed

P8306734ed

P8306739ed

Resepi Meatball (Bebola Daging)

Bahan-bahan
600gm daging cincang tanpa lemak
3 keping roti putih, dibakar hingga garing dan dikisar menjadi serbuk roti
3 keping roti putih direndam dalam 1 cawan susu 
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil herba kering oregano
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
3 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar parmesan cheese
2 biji telur

P8174662ed P8174659ed 

Cara penyediaan
roti putih yang direndam bersama susu tadi, diperah sedikit susunya supaya kurang berair.

Dalam mangkuk, campur daging, roti yang diperah, serbuk roti yg dikisar, parmesan cheese, lada hitam, garam, oregano dan gula.

Pecahkan telur dan gaul sebati. Jika terlalu cair, boleh tambah serbuk roti sehinga kurang berair dan boleh dibentuk.

Panaskan minyak zaitun dan goreng sekejap bebola daging sehingga bebola menjadi keras dibahagian luarnya. 

Sambung masak didalam oven sehingga meatball benar-benar masak.


Resepi Pasta Sos Tomato (versi kurang minyak)

Bahan-bahan 
300gm pasta, direbus dan digaul dengan 1 sudu besar minyak zaitun. Saya pakai spinach fettucini.
1 tin tomato dalam tin, dibuang airnya dan dicincang halus
3 biji tomato segar, dicincang
6 biji bebola daging
2 ulas bawang putih, dicincang
1 ulas bawang besar, dicincang
1 sudu besar herba kering oregano
1 sudu besar herba kering basil
1 sudu kecil lada hitam 
1 sudu besar gula
2 sudu besar parmesan cheese
Air rebusan pasta secukupya
Garam secukup rasa

Cara penyediaan
Campur tomato dalam tin, tomato segar, bawang putih, bawang besar, herba kering oregano dan basil, lada hitam, garam dan gula dalam periuk. Jika nak lebih kuah boleh tambah sedikit air rebusan pasta

 Buka api perlahan dan masak lama(reneh) selama 20-30 minit sehingga tomato hancur sepenuhnya dan sebati serta pekat.

Masukkan bebola daging dan masak lagi selama 20 minit. Tutup api.

Gaulkan bersama pasta dan sedia dihidangkan bersama parmesan cheese!

Jom cuba resepi  resepi meatball (Bebola Daging) resepi pasta Sos Tomato




You Might Also Like

12 comments

  1. Singgah pagi...
    sedapnyer la akak...nak try buat jugak la nanti :)

    ReplyDelete
  2. ini kalau Dania nampak ni sure dia nak ni...x pasal2 mama dia kena buat jugak nanti...ah sudah...

    ReplyDelete
  3. Waahh sedap ni..anak2 suka meatball kena blaja buat sndiri ni

    ReplyDelete
  4. sedapnyaa ,, boleh cuba nanti ^_^

    ReplyDelete
  5. Salam singgah sini dik...wahh...sedapnya meatball...

    ReplyDelete
  6. waaa...sedapnya..nak buat lah..

    jemput dtg ye..www.lovelyaein.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Hye eny. Apa khabar? Lama x tinggal komen kat sini.. Hanya jadi silent reader buat beberapa bulan ni.. Btw , dah lama kite cari resipi ni. Thanks eny sebab share. Nanti kite nak buat meatball ni

    ReplyDelete
  8. Hye eny. Apa khabar? Lama x tinggal komen kat sini.. Hanya jadi silent reader buat beberapa bulan ni.. Btw , dah lama kite cari resipi ni. Thanks eny sebab share. Nanti kite nak buat meatball ni

    ReplyDelete
  9. oregano tu mende tu ahahaha. kakcik suka sangat meatball! arghhhh!

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com