Laksa Lemak Ikan Sekoq

4:42 pm

Hai semua,

kat Kedah ni memang terkenal dengan laksa ikan sekoq (seekor) yang bermaksud laksa dihidangkan bersama seekor ikan kembung rebus. Laksa tu kuah laksa kedah yang selalu kita buat tu lah cuma ditambah ikan rebus diatasnya. Kalau dapat ikan kembung yang segar, memang lemak sangat isinya. Sedap kan?

Yang ni versi laksa pekat dan kemudian letak santan sikit. Macam laksam kelantan juga, cuma lain sikit resepinya. Kalau rasa nak kelainan boleh la cuba ya. :)

P9046834ed

P9046826ed

Resepi Laksa Lemak Ikan Sekoq

Bahan-bahan
1 bungkus laksa kasar (besar) - direndam dan direbus
2 kg ikan kembung direbus bersama asam keping dan sedikit garam
4 ulas bawang merah
1 1/2 sudu kecil belacan
20 biji cili padi (ikut nak pedas mana)
1 senduk cili kering kisar
4 keping asam keping
2-3 tangkai daun kesum
2 batang bunga kantan - dibelah
3 batang serai - diketuk
2 inci lengkuas
2 cawan santan pekat

Bahan ulam (dipotong halus dan nipis) 
Timun
Cili padi
Bawang besar
Kacang panjang
Tauge
Daun selom
Limau nipis

Cara Penyediaan 
Separuh Ikan kembung rebus diasingkan isinya. Isi ditumbuk halus. Separuh lagi ikan kembung rebus, di tapis airnya dan ketepikan

Tulang ikan dikisar bersama air rebusan ikan. Lepas kisar tapis dengan penapis (yang macam bakul jarang tu) plastik yang berlubang kasar. Tapis dua hingga 3 kali sehingga nampak tulang putih yang tinggal tu.

Bawang merah, cili padi, lengkuas dan belacan dikisar.

Campurkan isi ikan, air tapisan tulang ikan, bahan kisar (cili padi dan bawang), cili kisar didalam periuk sekali. Jika terlalu pekat tambah air.

Masukkan asam keping dan rebuslah sehingga mendidih. Masukkan serai, bunga kantan, daun kesum. Rebus lama supaya kuah menjadi mesra dan lebih sedap. Akhir sekali masukkan santan pekat dan kacau rata. Perasakan garam secukup rasa.

Cara hidang
Letak laksa yang direbus dalam pinggan dan tuang kuahnya. Letak ikan kembung rebus diatasnya, Tabur ulam-ulaman, cili padi, dan telur rebus. Perah sedikit limau dan tuang sedikit kicap pekat manis. Sedia untuk dimakan.

Kalau nak rasa kelainan, boleh la cuba laksa lemak ikan sekoq ni ye :)

You Might Also Like

6 comments

  1. Nanti nak pi pekena kat langkawi la...nak pi umah eny tak tau plak...heheheheh

    ReplyDelete
  2. sedapnya laksa. kalau k.eny punye mesti lg sedap

    ReplyDelete
  3. Your photography touch did the justice. I'm not a fan of Laksa but tengok gambar-gambar di atas tu buatkan sy nak cuba Laksa!

    ReplyDelete
  4. wow first time jumpa laksa lemak ikan sekoq ni! hehehe

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com