Kuey Teow Daging Lada Hitam

9:00 am

Hai semua,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab segalanya selesai. Minggu nk done submit semua resepi untuk projek buku resepi MPH. Then settle masalah tak cukup tido dan tak cukup rehat sebab dah ambil cuti 3 hari. Dapat jumpa DH juga. Heheheh Jadi bila DH datang kenalah masak special sikit. Ni Blackpepper Beef Kueyteow atau Kuey Teow Daging Lada Hitam. Macam mee atau kuey teow hailam, yang kuahnya agak pekat dan ada banyak sayur, tapi letak lada hitam tu lebih sikit dan ada rasa pedas-pedas. Memang sedap..

P8316775ed

Sayur tu boleh dipelbagaikan. Boleh letak sawi, pucuk jagung, cendawan, kobis, lobak merah dan sebagainya. Selain kuey teow, mee atau mihun juga sesuai dengan kuah ni. Macam saya lebih suka kuey teow.
P8316759ed

Ok jom tengok resepi mudah sangat-sangat ni :)
P8316786ed

Resepi Kuey Teow Daging Lada Hitam

Bahan-bahan
1 bungkus kuey teow
600gm daging lembu, direbus empuk dan simpan air rebusan
3 batang fish cake, dipotong nipis
2 inci halia, dipotong nipis
5 ulas bawang putih, diketuk
1-2 sudu besar serbuk lada hitam
6 cawan air rebusan daging
3 cawan air
2 sudu besar minyak masak
2-3 pokok sawi
2 batang lobak merah
3 batang daun bawang dihiris memanjang
1/4 kobis, dipotong
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat, atau boleh tambah jika kuah tak cukup gelap
2 sudu besar tepung jagung, dibancuh bersama 1/2 cawan air

Cara penyediaan 

panaskan minyak, dan tumis bawang putih bersama halia. Masukkan air rebusan daging, air, daging rebus, sos tiram, kicap dan lada hitam. Rebus lagi sehingga daging betul-betul empuk

Masukkan sayur-sayuran yang dah dipotong. Masak sehingga sayur lembut. Kemudian masukkan fish cake.

Maukkan bancuhan tepung jagung dan kacau. Biar kuah sedikit pekat. Masukkan garam dan sedikit gula jika suka.

Kuey teow diletak dalam penapis dan siram air panas. 

Letak kuey teow dalam pinggan, tabur daun bawang dan curahkan kuah bersama daging dan sayur-sayur ketasnya. Sedia dihidangkan.

Jom cuba buat  Blackpepper Beef Kueyteow atau Kuey Teow Daging Lada Hitam



You Might Also Like

3 comments

  1. Mak oiii...sedapnyaaaaa..mesti nak kena cuba buat ni...kalau kuew tiow tu ganti mee kuning bleh x?

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kuew tiow lada hitam....semalam menu lauk diana masak daging masak lada hitam sempoi...hihi

    ReplyDelete
  3. nampak sedap..boleh try nanti ni

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com