Bihun Goreng Cili Padi

10:10 am

Hai semua,

Pagi ni breakfast menu bihun goreng, tetapi bukanlah bihun goreng biasa. Ni bihun goreng cilipadi. Hujan-hujan dan sejuk pagi ni sedap kalau makan bihun goreng pedas ni. Senang je nak buat bihun goreng cilipadi ni. Kalau nak sedap lagi boleh dimakan bersama sambal kicap. Memang terangkat habis!

Ok jom tengok resepi mudah ni

DSC04687ed DSC04707ed  

Resepi Bihun Goreng Cili Padi

Bahan-bahan
1 bungkus bihun, direndam semalaman
400 gm udang, dibuang kulitnya
10 biji bebola ikan
1 mangkuk kobis, dihiris
1 cawan taugeh
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada sulah
4 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Sedikit air

Bahan kisar atau ditumbuk
10 biji cili padi
3 sudu besar ikan bilis
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Cara penyediaan

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi baunya. Masukkan sos tiram, lada sulah dan garam. Masukkan udang dan bebolah ikan. Masak seketika

Masukkan bihun yang telah direndam dan juga sedikit air supaya bihun cepat lembut. Kacau rata

Akhir sekali, masukan taugeh dan kobis. Kacau rata. Masak seketika sehingga bihun lembut sepenuhnya.

DSC04706ed

Resepi Sambal Kicap Mudah

Bahan-bahan
1/2 cawan cili padi
3 ulas bawang putih
1/2 cawan bawang goreng
1/4 cawan air panas
1/2 cawan kicap lemak manis

Cara penyediaan

Cili padi dan bawang putih direndam didalam air panas sekejap.

Masukkan cilipadi dan bawang putih tadi kedalam pengisar. Masukkan bawang goreng dan  kicap.
Tambah air panas tadi jika terlalu pekat.

Kisar sehingga halus. Sedia dihidangkan.

You Might Also Like

4 comments

  1. assalamualaikum eny...sedap nyer mee hoon goreng ni...:)

    ReplyDelete
  2. wah sedapnyaaa! kc suka bihun yang macam ni. yang warna macam tu hahaa.

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com