Kerabu Daun Selom Kacang Kelisa

12:30 pm

Hai semua,

Okay hari tu cakap nak share resepi kerabu daun selom. Kerabu ni sedap kalau nak campur daun apa pun. Selalu orang kedah letak taugeh, daun selom, daun cekur, kacang kelisa dan sebagainya. Nak tambah kerang atau perut rebus pun boleh. Tapi ni kita buat style kampung, campur ikan goreng tumbuk. Lagi sedap dan lemak kerabu tu hehehe.. Ohh lupa nak bagitau, kacang kelisa tu kacang botor ye :D

Ok jom tengok resepi mudah ni.

P8174441ed

P8174435ed

Resepi Kerabu Ikan Daun Selom Kacang Kelisa 

Bahan-bahan
2 ikat daun selom, dihiris halus
10 batang kacang kelisa, dicelur dan dipotong nipis
3 ekor ikan tamban goreng / kembung goreng, ambil isi dan tumbuk halus.
1 sudu besar kerisik
2-3 ulas bawang merah - dimayang halus
2 inci halia dimayang halus
2-3  sudu besar perahan limau nipis / kasturi / air asam jawa - ikut lah nak masam macam mana

Bahan dikisar :
1 cawan kelapa parut
2 biji cili merah
2 biji cili padi
3 sudu pati santan
sedikit air

Cara penyediaan
Bahan dikisar dimasak diatas api sehingga kering airnya. Selain nak keringkan air, kerabu juga tak akan cepat basi jika bahannya dimasak terlebih dahulu

Campur daun selom, kacang botor, ikan goren tumbuk, kerisik, bawang merah, halia, perahan limau, dan bahan kisar yang telah dimasak sekejap tadi. Gaul sebati. Rasa garam dan gula serta tahap kemasaman yang disukai.


Janga lupa cuba resepi Kerabu Ikan Daun Selom Kacang Kelisa ni ye :)

You Might Also Like

1 comments

  1. dulu masa nenek tinggal dengan saya kat KL, memang selalu juga nenek buat kerabu daun selom ni.

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com