Creamy Beef Fettucini Simple!

1:14 pm

Hai semua,

Masak pasta pula hari ni. Actually pasta ialah masakan paling senang bagi saya. Tak remeh dan cukup simple. Kalau masak kat rumah ni confirm licin. Adik-adik sangat suka pasta. Kalau mak pula jenis yang krim putih ni dia suka sangat. Kalau yang kuah tomato tu dia tak berapa suka. Adik-adik saya pula suka yang kuah tomato hehehe.. DH saya juga suka kuah tomato. Tak muak sangat katanya. Hai macam macam selera.. :)

Ramai yang takut nak masak pasta sebenarnya sebab takut silap dan takut tak menjadi. Masak pasta ni tak susah. Percayalah! Lagi susah buat kek sponge hahaha.. Cuma bahan-bahan tu kena cukup la. Sekarang ni pun dan ada banyak pasaraya di pekan-pekan kecil. Jadi nak cari barang-barang masak pasta tu bukanlah perkara luarbiasa kan.

Creamy pasta atau ada yang panggil Alfredo sos. Sedap dan kaya dengan rasa cheese. Tapi like my DH said, makan sikit pun dah muak. Okay lah. Makan banyak-banyak sangat pun tak bagus sangat kan hehehe..

Saya letak daging cincang. Kalau nak letak udang, sosej atau chicken ham pun boleh je. 

P6180133ed2

P6180145ed

Resepi Creamy Beef Fettucini

Bahan-bahan
200gm fettucini, direbus
400gm daging lembu cincang
2 cawan susu segar, dilarutkan dengan 1 sudu besar tepung gandum
1 cawan keju parmesan, diparut
3 sudu besar mentega
1 sudu besar mix Italian herbs
½ cawan kacang pea
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1 ulas bawang besar, dicincang kasar
Garam dan lada hitam secukup rasa
Air rebusan pasta secukupnya

Cara penyediaan

1. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu. Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging keperangan dan masak.

2. Masukkan juga kacang pea dan kacau rata.

3. Tuang bancuhan susu dan tepung, dan biarkan mendidih seketika sambil dikacau.Masukkan herba campuran itali kering, garam dan lada sulah secukupnya

4. Kacau sehingga agak pekat. Jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air rebusan pasta tadi.

5. Akhir sekali masukkan fettucini dan keju parmesan yang diparut. Sedia untuk dihidangkan.

Jom cuba resepi Creamy Beef Fettucini ni ya!

You Might Also Like

2 comments

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com