Selamat menyambut hari kemerdekaan semua... 

Merdeka kali ni macam rasa tak berapa seronok nak sambut. Sebab nampak gaya keadaan ekonomi yang nampak tak memberangsangkan, dengan masalah-masalah pemimpin. Saya sebenarnya tak suka nak bercakap pasai politik di blog.

Cuma saya nak kita renungkan seketika, apakah makna kemerdekaan bagi kita? Keamanan? Kemakmuran? Kekayaan? Ketenangan ?

Ada yang kata, kenapa kita nak susah-susah berdemo sana sini? Negara dah aman makmur. NIKMATI sajalah keamanan, kemakmuran, dan kekayaan negara ini. Tak perlu risau apa-apa. 

Maaf bagi saya kenyataan tu satu kenyataan  yang selfish.

Cuba fikirkan, kalau tok nenek kita dahulu berfikiran macam kita? Kalau orang terdahulu kita tak bersusah-payah, bergadai nyawa, demi kemerdekaan negara? Bayangkan tok nenek kita dulu terima sahaja penjajah bulat-bulat di Tanah Melayu. Menikmati sahaja apa yang diberi penjajah, sambil berpeluk tubuh sedangkan kita hidup bagaikan boneka, hasil bumi kita dirampas. Adakah kita disini sedang MENIKMATI segala yang kita ada sekarang? Pastinya tidak!

Kita patut menghargai segala pengorbanan mereka untuk apa yang kita nikmati sekarang. Tapi adakah kenikmatan itu harus terus dinikmati dengan melihat sahaja kehancuran demi kehancuran, satu persatu roboh didepan kita atas nama NIKMAT yang kita rasa sekarang, kita sanggup pejam kedua belah mata, pekakkan telinga, menidakkan yang benar, membetulkan yang salah? Adakah itu cara kita berterima kasih kepada pengorbanan tok nenek kita dulu?

Jangan jadi buta hanya kerana kesenangan sedikit, jangan jadi pekak hanya kerana kita rasa negara kita sudah aman, Buat apa nak peduli?

Tak fikirkah kita, tak terlintaskah disanubari, benak fikiran yang suatu masa nanti, generasi didepan kita, adakah mereka akan terus MENIKMATI seperti kita atau sebaliknya? Sebab tu saya cakap, orang yang berpeluk tubuh dengan hanya MENIKMATI kemakmuran negara ini selfish.

Melihat negara menghampiri kehancuran tetapi kita masih MENIKMATI  kemakmuran negara tu adalah tak wajar. Kemakmuran yang ada kita harus kekalkan untuk generasi depan tetapi setiap mekmuran diiringi perjuangan sepanjang zaman, seiring masa berlalu. 

Jadi kalau anda nak nikmati sekalipun goyang kaki sambil melihat negara hancur, itu terpulang pada hak masing-masing, Tapi jangan cakap orang yang berjuang suapaya negara kita bersih dari pemimpin yang korup, bersih dari kronisme, bersih dari ketidakadilan, bersih dari piliharaya yang kotor sebagai pemusnah negara. Orang yang berpeluk tubuh atas alasan "NIKMAT kemakmuran yang ada harus dinikmati" itulah pemusnah negara dalam senyap. 

Nikmatnya merdeka itu bukan sekadar  dinikmati tetapi nikmat yang harus kita kekalkan. Jadi berjuanglah, mengikut cara sendiri..  


DSC04568ed
Hai semua,

Masak pasta pula hari ni. Actually pasta ialah masakan paling senang bagi saya. Tak remeh dan cukup simple. Kalau masak kat rumah ni confirm licin. Adik-adik sangat suka pasta. Kalau mak pula jenis yang krim putih ni dia suka sangat. Kalau yang kuah tomato tu dia tak berapa suka. Adik-adik saya pula suka yang kuah tomato hehehe.. DH saya juga suka kuah tomato. Tak muak sangat katanya. Hai macam macam selera.. :)

Ramai yang takut nak masak pasta sebenarnya sebab takut silap dan takut tak menjadi. Masak pasta ni tak susah. Percayalah! Lagi susah buat kek sponge hahaha.. Cuma bahan-bahan tu kena cukup la. Sekarang ni pun dan ada banyak pasaraya di pekan-pekan kecil. Jadi nak cari barang-barang masak pasta tu bukanlah perkara luarbiasa kan.

Creamy pasta atau ada yang panggil Alfredo sos. Sedap dan kaya dengan rasa cheese. Tapi like my DH said, makan sikit pun dah muak. Okay lah. Makan banyak-banyak sangat pun tak bagus sangat kan hehehe..

Saya letak daging cincang. Kalau nak letak udang, sosej atau chicken ham pun boleh je. 

P6180133ed2

P6180145ed

Resepi Creamy Beef Fettucini

Bahan-bahan
200gm fettucini, direbus
400gm daging lembu cincang
2 cawan susu segar, dilarutkan dengan 1 sudu besar tepung gandum
1 cawan keju parmesan, diparut
3 sudu besar mentega
1 sudu besar mix Italian herbs
½ cawan kacang pea
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1 ulas bawang besar, dicincang kasar
Garam dan lada hitam secukup rasa
Air rebusan pasta secukupnya

Cara penyediaan

1. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu. Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging keperangan dan masak.

2. Masukkan juga kacang pea dan kacau rata.

3. Tuang bancuhan susu dan tepung, dan biarkan mendidih seketika sambil dikacau.Masukkan herba campuran itali kering, garam dan lada sulah secukupnya

4. Kacau sehingga agak pekat. Jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air rebusan pasta tadi.

5. Akhir sekali masukkan fettucini dan keju parmesan yang diparut. Sedia untuk dihidangkan.

Jom cuba resepi Creamy Beef Fettucini ni ya!

Hai semua...
Pernah dengar ke moi sup ni? Moi atau bubur nasi. Di Kedah dipanggil moi. Kalau ke gerai yang menjual bihun sup, pasti ada juga moi sup ni. Dihidangkan seperti bihun sup, letak kuah, hirisan daging atau ayam, daun bawang dan daun sup, bawang goreng dan juga taukua goreng. Dan signature orang kedah kalau makan bihun sup atau apa sahaja sup ialah kena ada sambal cili tu.
 
P7021613ed

P7021629

P7021609ed

Resepi Moi Sup Daging Utara

Bahan-bahan 
600gm daging
1 biji bawang besar - dibelah 8
Sedikit daun sup dan daun bawang
Tauhu goreng, dipotong dadu
lobak masin, direbus dan potong dadu
Bawang goreng
Air secukupnya
3 sudu besar rempah sup
3 sudu besar minyak masak

Bahan tumis 
1 batang kulit kayu manis
3 cengkih
2 biji biji pelaga
1 bunga lawang

Bahan kisar
1 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
1-2 inci halia

Bahan sambal cili
10 tangkai cili kering, dipotong dan direbus lembut
2 sudu besar serbuk cili halus
3 sudu besar minyak masak
4 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa


Cara penyediaan 

Campurkan bahan kisar bersama rempah sup, serbuk ketumbar dan sedikit air. Kacau sebati.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumis. Masukkan campuran bahan kisar dan rempah sup. Tumis sehingga naik minyak dan wangi.

Masukkan daging dan bahan-bahan lain. Reneh sehingga daging betul betul lembut dan empuk (lerai).

 Sebelum tutup api tabur sedikit daun sup, daun bawang dan bawang goreng kedalam periuk.

Hidangkan bersama moi (bubur nasi) dan tabur tauhu goreng, lobak masin, daun sup daun bawang dan bawang goreng diatasnya.

Cara penyediaan sambal cili

1. Kisar semua bahan sehingga halus
2. Panaskan minyak dan tumis sehingga  cili garing dan masak. Masukkan gula dan garam secukup rasa. 

Jangan lupa mencuba resepi moi sup daging utara ni ok :)


Hai... selamat pagi semua.
P6190502ed

Hari ni untuk breakfast buat sandwich sardin faveret saya ni. Letak lobak merah. Dah banyak kali buat sandwich ni. Fungsi lobak merah tu sebab nak maniskan inti sardin tu disamping lobak merahkan bagus untuk kesihatan mata. 

Ok jom tengok resepi paling mudah nak buat ni..

P6190525ed

Resepi Sandwich Sardin Lobak Merah

Bahan-bahan
10 keping roti putih
1 tin sardin cap ayam
1 biji lemon
1 batang lobak merah, diparut halus
1 biji bawang besar, dicincang
3 biji cili padi, dihiris halus - kalau tak suka pedas boleh kurangkan
1 sudu kecil lada hitam
Garam secukup rasa

Cara penyediaan

Sardin diambil isinya sahaja. Hancurkan isinya dengan garfu. Letak sardin dalam kuali non stick dan panaskan sekejap je untuk hilangkan bau hanyir.

Tutup api dan perah lemon kedalam sardin. Kacau rata.

Campurkan sardin, lobak merah parut, bawang besar cincang, cili padi, lada hitam dan garam. Kacau sehingga sebati

Bolehlah diletak ditengah roti yang disapu mentega.

Jangan lupa cuba resepi sandwich sardin lobak merah ni ye :)



Kalau nak gambar yang cantik, tak semestinya kena pergi tempat yang cantik, tak semestinya menggunakan kamera yang mahal, tak semestinya kena ada props dan peralatan studio yang bagus. 

Apa yang perlu ada ialah minat, dan sebuah camera walaupun sekadar kamera handphone :D

DSC_2098

Ramai yang minta tips macam mana nak dapatkan gambar yang cantik. Jawapan saya memang bukan "belilah kamera DSLR atau Kamera brand...." Jawapan saya selalu bagi, gambar yang cantik kena ada pengcahayaan yang baik, framing yang creative, dan yang penting minat untuk ambil gambar regardless apa kamera yang kita pakai walaupun sekadar kamera handphone biasa.

Tak guna beli kamera mahal kalau minat tu tak ada, sebab end up kamera akan tersimpan dalam beg atau almari saja. Tak guna juga beli kamera mahal kalau malas nak baca manual, nak baca artikel photography yang melambak kat intenet. Dan paling penting, tak guna beli kamera mahal kalau malu nak carry kamera tu kemana saja awak pergi.

DSC_2092

Gambar ni semua ambil menggunakan Sony Xperia Arc yang saya pakai 3 tahun lepas sebelum bertukar ke Samsung. Sony phone camera memang menghasilkan gambar yang cantik, dan vivid. Tapi kena tukar sebab internal storange dia kecik sangat. 

DSC_2094


Hai semua,

Dah 2 hari ni MC. Demam, selsema dan batuk. Jadi bolehlah rehat kejap 2 hari ni. Tidur pun cukup 2 hari ni alhamdulillah. Dah sebulan lebih rasanya tak cukup tidur dan rehat sebab struggle dengan hal kerja.

Hari ni masak pun simple je. Habiskan bahan-bahan yang lama terperuk dalam peti sejuk. Jadilah bubur nasi campur hehehe..

P8266499ed

Sebenarnya salah satu cara nak habiskan baki bahan-bahan masak seperti sayur, ayam dan ikan dalam peti ais tu ialah dengan buat bubur nasi. Dari biarkan bahan-bahan masak tu rosak dan memabzir je, baik lah buat bubur ni. Saya selalu buat pada waktu pagi sebagai sarapan. Kalau nak makan waktu tengahari atau malam pun ok je.

  P8266497ed

Resepi ringkas ni cuma rebus beras dan air, campur sikit halia dan bawang putih kalau suka. Dah kembang beras tu, saya letak fillet isi ketam beku, tuna, brocoli, cendawan. Semua bahan-bahan tu lebihan bahan-bahan buat buku masakan. 

Alhamdulillah semua masakan dalam buku resepi dah siap. Cuma nak edit dan submit sahaja sebelum hujung bulan ni. Harap semuanya dipermudahkan. 

Jom cuba resepi bubur nasi campur yang mudah ni. Jangan bazirkan makanan dalam peti sejuk tu :)

Hai semua,

Resepi paling cepat dan mudah nak buat ialah ayam panggang rosemary ni. Ni panggang 1/4 ekor ayam je. Ada yang tanya 1/4 ekor tu macam mana? Hehehe... ayam tu seekor belah 4 bahagian lah. Ambil satu bahagian tu dan perap dengan bahan-bahan terus panggang dalam oven. Dah lepas panggang potong dua macam ni. Siap la satu hidangan untuk 2 orang makan. 

P8215175ed

P8215157ed

Resepi Ayam Panggang Rosemary Mudah dan Simple

Bahan-bahan
1/4 ekor ayam
1 sudu besar lada sulah
1/2 biji lemon, diambil jusnya
2 pokok daun rosemary, dicincang halus separuh darinya
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil madu - boleh digantikan dengan sedikit gula
1 sudu kecil chilli flakes
1 sudu kecil garam

Cara penyediaan
Ayam diperap dengan semua bahan-bahan diatas selama 2-3 jam dalam peti sejuk. Pastikan semua bahagian bersalut.

Letak atas dulang pembakar atau kalau pakai oven jenis ada pencucuk tu, cucuk je dan lapik dulang dibawahnya. Letak lebihan daun rosemary didalam dulang dibawah tu.

Bakar pada suhu 180C selama 20 minit. Keluarkan ayam dan potong dua. Sedia dihidangkan.
Ayam ni tak perlu sos sebab semua dah cukup rasa.

Jom cuba Resepi Ayam Panggang Rosemary Mudah dan Simple ni...


Just nak share satu bunga yang cantik ni. Tak tahu terms dalam bahasa melayu dipanggil apa, tapi nama saintifiknya ialah  Callistemon atau selalu dipanggil Bottle Brush kerana bentuknya seakan berus botol.

Tapi bila diterjemahkan ke dalam bahasa melayu, dah jadi bunga berus botol... hmm macam tak sesuai dengan kecantikan bunga ni hehee...

Good nite....


DSC04561ed

DSC04559ed
Hai semua,

Okay hari tu cakap nak share resepi kerabu daun selom. Kerabu ni sedap kalau nak campur daun apa pun. Selalu orang kedah letak taugeh, daun selom, daun cekur, kacang kelisa dan sebagainya. Nak tambah kerang atau perut rebus pun boleh. Tapi ni kita buat style kampung, campur ikan goreng tumbuk. Lagi sedap dan lemak kerabu tu hehehe.. Ohh lupa nak bagitau, kacang kelisa tu kacang botor ye :D

Ok jom tengok resepi mudah ni.

P8174441ed

P8174435ed

Resepi Kerabu Ikan Daun Selom Kacang Kelisa 

Bahan-bahan
2 ikat daun selom, dihiris halus
10 batang kacang kelisa, dicelur dan dipotong nipis
3 ekor ikan tamban goreng / kembung goreng, ambil isi dan tumbuk halus.
1 sudu besar kerisik
2-3 ulas bawang merah - dimayang halus
2 inci halia dimayang halus
2-3  sudu besar perahan limau nipis / kasturi / air asam jawa - ikut lah nak masam macam mana

Bahan dikisar :
1 cawan kelapa parut
2 biji cili merah
2 biji cili padi
3 sudu pati santan
sedikit air

Cara penyediaan
Bahan dikisar dimasak diatas api sehingga kering airnya. Selain nak keringkan air, kerabu juga tak akan cepat basi jika bahannya dimasak terlebih dahulu

Campur daun selom, kacang botor, ikan goren tumbuk, kerisik, bawang merah, halia, perahan limau, dan bahan kisar yang telah dimasak sekejap tadi. Gaul sebati. Rasa garam dan gula serta tahap kemasaman yang disukai.


Janga lupa cuba resepi Kerabu Ikan Daun Selom Kacang Kelisa ni ye :)

Hai semua,

Kadang-kadang kita terlalu asyik pandang kebiruan awan, dan kita lupa betapa cantiknya bumi dibawah yang menghijau.

Hari ni tragis betul. Hilang mood. Saya punya instagram hilang. Tak pasai-pasai instagram disabled saya punya account sebab katanya ada violate rules apa entah. Tapi yang geramnya saya tak dapat apa apa notis dari instagram. Menangis jugak mengenangkan akaun instagram yang dah hampir 4 tahun. Ada beribu gambar dalam tu. Sayang sangat. Baru-baru ni follower pun dah ramai.

Apa pun tadi saya cuba juga buat insta baru, tapi dah tak boleh pakai username sama. Geram dibuatnya. Yang nak follow insta baru boleh cari ENYABDULLAH83. Harap 2-3 hari nanti Instagram akan beri feedback complaint saya dan cuba dapatkan akaun balik.

Sedih hari ni.... baru happy minggu lepas sebab ada banyak follower.. But sometimes ada perkara kena mula semula dari bawah.. 

Saya kini memandang dari bawah, hoping that one day, saya berupaya menggapai awan itu semula. Dan semestinya saya tak akan lupa menghargai rumput menghijau dikaki saya berpijak. 

DSC01208

Selamat berhujung minggu semua.. 

Just nak kongsi resepi ringkas. Sebenarnya dah tak tau nak masak apa. Sebab tu lah kadang-kadang menu tu sama je tiap hari. Update ringkas je hari ni sebab ada hal perlu diselesaikan. Jom check resepi ok. :)

P6133855ed

P6133851ed

Resepi Tilapia Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan :
1-2 ekor ikan tilapia
1 biji timun - dibelah 2 dan potong
2 asam keping
400ml santan
3 batang serai - diketuk
1 inci lengkuas - dihiris nipis

Pes Rempah (dicampur sedikit air dan gaul) :
1 sudu besar rempah gulai udang/ketam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Sedikit serbuk kunyit

Bahan kisar :
4 ulas bawang merah
10 biji cili api - ikut nak pedas mana
2 ulas bawang putih

Sedikit minyak

Cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama pes rempah yang dibancuh dengan sedikit air. Masak sehingga garing dan wangi.

Masukkan santan, serai, dan lengkuas, didihkan. Kemudian masukkan ikan dan asam keping. Masak lagi sehingga ikan masak.

Akhir sekali masukkan timun yang dipotong dan masak lagi sehingga mendidih. Sedia dihidangkan.

Jangan lupa cuba resepi gulai lemak cili padi ni k :)

Hai semua...

Teringin nak makan soto. Jadi guna bahan apa ada dalam peti sejuk. Ada lebihan ketupat nasi, ada ayam, ada daun sup, cili padi haa jadilah soto versi paling simple.

P8011971ed

Ayam tu kena rebus lamaaa sampai isinya hampir nak lerai baru sedap. Nak resepi ke? Tak payah lah kot hehehe...

P8011985ed
Hai semua,

Lunch apa hari ni? Lunch simple je hari ni, sambal sotong petai dan sayur kacang buncis dan bunga kobis goreng kunyit.

Resepi tak payah share kot sebab rasanya semua dah tau nak masak kan?

P8184883ed

P8184874ed

Sayur goreng kunyit ni, senang je nak buat, cuma tumis bawang putih cincang, masukkan udang atau ayam, masukkan sayur dan masuk serbuk kunyit sedikit. Dah siap.

P8184880ed

Resepi Sambal Sotong Petai  Resepi Sayur Goreng Kunyit 


Hi semua...

Mc half day hari ni sebab rasa letih sangat. So decide nak rehat separuh hari. Pukul 1 nanti masuk office dan sambung buat report. Ya Allah 21hb ni dah due report tu..

Lunch hari ni.. mak buat kerabu daun selom dan kacang kelisa. Nanti saya masuk resepi.

P8174429ed

Apa ye yang nampak pelik dalam gambar diatas tu hehehe.....

P8174435ed

Semalam pula sampai pukul 3 pagi kisahkan hal buku resepi, dari memasak, ambil gambar, mengemas dapur, dah tu transfer gambar masuk laptop semua.

Just nak share artikel pilihan dari mentee.. jom kita terjah dan blogwalking. :)

Nasi Lemak Daun Pisang

Bagusnya Minyak Urut


Hai semua,

Breakfast nak cepat je pagi ni... lemang segera yang direbus siap siap dari semalam dan lebihan kari ayam, perangat balik sampai pekat kuahnya. Kena pula ada kopi o pekat... Ya Allah sedap.. :)

Ini sebenarnya salah satu tips ye untuk para ibu yang bekerja atau suri rumah. Bagi yang tak ada idea apa nak breakfast tu, atau kadangkala ada lebihan kari, sambal tumis, rendang dan sebagainya, boleh la rebus lemang segera ni. Boleh beli buat stok beli banyak-banyak kat rumah untuk time ada lebihan lauk pauk, jadi tak lah membazir lauk pauk kita.

P8164199ed

P8164198ed
Hai semua,

Sedar tak sedar raya pun dah habis. Dah berakhir dua bulan penuh keberkatan, kemuliaan, dan kegembiraan.

Sebenanrnya jamua ni buat 2 minggu lepas. Baru lah sempat nak update. Jamuan kecil-kecilan sekadar nak meraikan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

20150731_171314ed

Penat tak penat, busy tak busy saya memang masak sendiri semua menu pada jamuan tersebut. Menu terdiri dari nasi tomato, ayam masak merah, acar jelatah, laksa, soto dan bihun soto, lontong, dan keropok goreng. Dibantu oleh mak dan adik adik.

20150731_173936ed
20150731_213222ed 20150731_220409ed
Hai semua,

Alhamdulillah dah beberapa bulan saya di Exchange Feed Group #EFG. Banyak perubahan besar diblog. Paling ketara ialah traffic yang mencanak naik dan blog kini makin dikenali.


Logo baru EFG yang berada dibawah naungan KBBA


Terbaru, EFG kini ada buat program mentor dan mentee dimana peranan mentor untuk menolong dan membimbing ahli EFG yang lain. Dan saya bersyukur terpilih sebagai salah seorang mentor. Jadi sebagai mentor, peranan saya ialah memberi motivasi kepada para mentee untuk terus menghasikan entry-entry berkualiti disamping membawa masuk traffik yang tinggi.

Sebenarnya tak ada istilah blog itu berkualiti, entry blog bagus dan sebagainya. Bagi saya blog yang baik ialah ada pembaca tetapnya. Pembaca tetap klik blog kita pada setiap entry yang kita update. Tak perlu menunggu orang membalas kunjungan atau komen. Tetapi untuk mencapai blog yang sebegitu memang kena kerja kuat sikit. Dalam setiap apa yang kita lakukan, ilmu, kreativiti, daya usaha, semangat dan kerajinan kena seiring. Insyallah saya cuba bagi tips sebaik mungkin kepada para mentee dibawah saya.

Ok jom blog berikut para mentee saya. Blog diorang memang best dan ada daya tarikan sendirin. Jom blogwalking dan follow k :)


  1. Kak Su  http://notaharianmama.blogspot.com/
  2. Cik Ti http://www.yatizul.com/
  3. Ummul http://housewifearts.blogspot.com/
  4. Mia http://www.miazain.com/

Definasi Perubatan Naturopati (Naturopathic Medicine or Naturopathy)

Yusmizee Naturopathic Center

Perubatan Naturopathic atau Naturopati (Naturopathy), adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa badan boleh sembuh dengan sendirinya. Pengamal Naturopati percaya badan manusia itu mempunyai keupayaan untuk membaiki diri sendiri dan pulih daripada penyakit jika ia disokong oleh persekitaran yang sihat. Bantuan dari Pengamal Naturopati dalam proses penyembuhan menggabungkan pelbagai kaedah kesihatan alternatif yang berasaskan semata-mata kepada keperluan individual, bukannya dari perubatan konvensional.

Di Malaysia, terdapat dalam lingkungan 300 Natoropathy  bertauliah mengamalkan perubatan ini. Mereka menyediakan latihan dan pendidikan di terapi semulajadi, seperti pemakanan, hidroterapi, herba, tumbuh-tumbuhan / bunga, homeopati dan urutan (sekadar menamakan beberapa jenis). Pengamal perubatan semulajadi seperti ini mempunyai banyak ubatan dan cadangan untuk menyokong persekitaran yang sihat supaya tubuh boleh memulihkan diri sendiri. Mereka melihat setiap orang adalah unik melalui gaya hidupnya, diet, program senaman, keadaan mental dan emosi dan juga sejarah peribadi apabila membuat cadangan rawatan tertentu. Ianya menampakkan perbezaan kelainan yang besar di antara perubatan konvensional dan naturopati.

Naturopati boleh membantu seseorang dalam usaha mereka untuk menjaga kesihatan yang lebih baik, dari peringkat pencegahan untuk keadaan yang serius atau kronik. Oleh itu, orang ramai boleh mendapatkan pengamal naturopati (Doktor Naturopati yang bertauliah)  untuk memeriksa tahap kesihatan mereka, mendapatkan bantuan daripada sekecil-kecil penyakit seperti selesema atau alahan atau untuk merawat keadaan yang lebih serius seperti penyakit jantung atau kencing manis (diabetes).

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah Melaka

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah Melaka

Hari ini, di Negara-negara maju telah beralih kepada perubatan Naturopati kerana ianya lebih berkesan dan sangat selamat, Insya Allah ! Suatu kaedah perubatan yang telah di iktiraf oleh WHO dan perubatan dunia.
Naturopati adalah perubatan tanpa menggunakan bahan terlarang (dadah), bahan kimia dan tanpa melibatkan pembedahan. Semua rawatan semulajadi adalah naturopati. Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka, adalah sebuah pusat rawatan dari rangkaian Pertubuhan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.

Tertubuhnya Yusmizee Naturopathic Centre adalah untuk memberikan perkhidmatan tersebut. Yusmizee Naturopathic Centre menyediakan kaedah rawatan naturopati seperti Rawatan Bekam, Akupuntur, Urutan Tradisional Melayu, Teknik Pembetulan Tulang pinggul dan tulang belakang, Terapi Hipnosis dan Penawar herba homeopati.
Yusmizee Naturopathic Centre

Yusmizee Naturopathic Centre juga menawarkan 3 harga yang berpatutan ;
1) Harga untuk rawatan pesakit biasa.
2) Harga untuk rawatan vvip.
3) Harga Ekslusif untuk penyakit kronik yang mengikut Protokol rawatan Naturopati.

Rawatan di Yusmizee Naturopathic Centre lebih Islamik dan juga menyediakan perawat khas wanita untuk merawat pesakit-pesakit wanita.

Kursus Naturopati

Selain menyediakan khidmat rawatan, Yusmizee Naturopathic Centre juga menjalankan kursus-kursus dan ceramah berkaitan perubatan Naturopati.

Yusmizee Naturopathic Centre
Yusmizee Naturopathic Centre
Yusmizee Naturopathic Centre

Sebarang pertanyaan berkenaan Naturopati boleh berhubung terus dengan DrN Yusmizee ;

"Hubungi saya hari ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana saya boleh membantu anda belajar untuk hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik!"


DrN Yusmizee Bin Yusoff 
Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia (MANIS)
Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian).

Tel : 012-3556736
Alamat : Lot 2.33, Tingkat Satu Bangunan Mara Alor Gajah, 
78000 Alor Gajah. Melaka




Hai semua,

Ya ampun minggu yang sangat busy.. penuh drama dan air mata minggu ni.. heheheh. Ada exhibition, launching project baru, dan currently siapkan projek show house. At the same time, saya juga busy siapkan projek buku resepi pertama saya collaboration dengan MPH. Tengah cuba menacari balance tu walaupn kadang kala senget ke sebelah hehehe..

Ayam sambal

Apapun saya enjoy and most of all bersyukur dapat merasai semua ni walau penat dan letih, walau setiap malam terpaksa beradoi sambil memicit lenguhnya kaki, dan saban malam juga kadangkala tak dapat melelapkan mata memikirkan perancangan hari esok.  Semoga Allah permudahkans emua kerja saya terutama buku resepi tu yang hujung bulan ni adalah deadline nya.

Saya nak minta maaf kepada yang datang dan tinggalkan komen, saya akan balas kunjungan bila dah selesai semuanya nanti. Terima kasih ya...

Apa pun dah lama tak masak untuk blog. Kebanyakannya di rumah mak yang masak. Yang saya masak pun hanya untuk buku resepi saja. Jadi hari ni nak kongsi reepi mak saya yang dia masak tadi. Ayam Sambal Belacan Bersos. Resepi simple dikala kita dah jemu nak masak apa dengan ayam, boleh la cuba :)

Ayam sambal

Resepi Ayam Sambal Belacan Bersos

Bahan-bahan
5 ketul pahan ayam atau apa saja bahagian ayam, digaul garam kunyit dan digoreng 3/4 masak
4 sudu besar sambal belacan
4 sudu besar sos cili
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih, ditumbuk
3 ulas bawang merah, ditumbuk
1 inci halia, dihiris nipis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak gorengan ayam

Cara penyediaan

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan halia. Masukkan sambal belacan dan masak sekejap.

Masukkan sedikit saja air supaya tak terlalu kering. Masukkan juga sos cili.

Masukkan ayam dan masak sehingga kuah kering dan pekat. Tujuan masuk air tu supaya air tu meresap masuk kedalam ayam.

Dah pekat tu boleh la masukkan bawang besar dan masak sekejap sehingga bawang layu. Bolehla diangkat dan hidangkan..

Cubalah resepi Ayam Sambal Belacan Bersos ni ye :)

Hai semua,

Waktu dulu kalau di kenduri kendara di Kedah ni, orang buat secara gotong royong menggunakan sistem yang dipanggil "syarikat" yang membawa maksud "pakatan" yang dibentuk apabila adanya kenduri di sesebuah kampung. Selalunya ada bayaran ahli dengan kadar minima. Selain tu bila ada ahli yang mengadakan kenduri, setiap ahli digalakkan menyumbangkan bahan-bahan seperti gula, beras, kuih-kuih kering (bahulu, peneram, karas) dan juga barang hantaran (selalu dibuat sendiri terdiri dari manisan, halwa dan sebagainya). Ada bendahari atau setiausaha akan merekod setiap sumbangan ahli. Itu suatu masa dahulu, dikala kenduri masih dijalankan menggunakan khidmat gotong royong.

Sekarang dah banyak pakai khidmat katering. Lebih mudah dan cepat. Cuma kos tu lebih la sikit kan :)

Antara lauk yang selalu dimasak ketika kenduri dulu-dulu ialah daging masak putih. Dagingnya dipotong besar-besar tebal, dimasak sehingga pekat. Namanya diberi kerana kuah daging tu yang kelabu keputihan.

P7291950ed

Sebenarnya sama je macam masak kurma. Cuma rasa daging masak putih ni lebih "melayu"nya hehehe... Masaklah macam kurma biasa tapi masak sehingga pekat dan kuah kering sedikit.

P7291965ed 

Resepi Daging Masak Putih Utara

Bahan-Bahan :
1 kg daging lembu - dihiris besar
2 paket kecil serbuk kurma cap O - bancuh dengan sedikit air (boleh juga pakai sebarang rempah kurma yang lain)
5 ulas bawang merah
2-3 inci halia
3 batang serai - diketuk
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang besar dibelah 4 atau 8
2-3 biji kentang
1 1/2  sudu besar lada putih kisar – atau lada sulah
3-4 biji cili hijau dibelah
1 sudu besar kerisik
1 kotak santan KARA
1-2 cawan air - ikut kepekatan
Sedikit minyak untuk tumis
2 helai daun pandan disimpul

Cara- cara :

Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk halus

Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi bersama daun pandan, masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga rempah masak dan naik minyaknya

Masukkan serai, daging, kentang dan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan kentang empuk.

Akhir sekali masukkan santan bersama kerisik dan kacau rata. Tambah air jika kuah terlalu pekat. Masukkan cili hijau yang dibelah dan bawang besar. Masukkan garam dan sedikit gula.

Masak seketika tetapi jangan sampai pecah minyak. Siap!!

Boleh la cuba resepi Daging Masak Putih Utara ni ye :)

Hai semua,

Entry resepi Kuah Kacang Sedap (Klik sini untuk baca) memang hits hehehe..

Kuah kacang tu jugak lah saya buat untuk dilawankan dengan lontong. Memang ngam dan sedap betul rasa dia. Dulu saya tak reti nak makan lontong. Teringin nak masak tapi risau takut tak jadi. Bila balik rumah mak mentua, ada beberapa kali dia buatkan lontong. Aduii sedap betul lontong mak mentua saya. Jadi sejak tu dah pandai makan lontong ni. 

Dan baru ni masa buat jamuan raya di rumah, saya cuba buat lontong ni bersama sambal kuah kacang sedap. Memang makan sambil lelap-lelap mata lah hahahaha. 

P8012030ed

P8012038

P8012019ed

Resepi Lontong 

Bahan-bahan :
1 paket ketupat nasi mini direbus dengan sedikit garam
500ml santan pekat
3 ketul tempe dipotong
2 bungkus fucuk direndam lembut dan dipotong pendek
Suun secukupnya direndam lembut
¼ bahagian kubis dipotong nipis – saya pakai kubis cina
2 batang lobak merah dipotong memanjang
Kacang panjang dipotong pendek
2 sudu besar udang kering tanpa kulit direndam
2 ulas bawang besar dibelah 8
2 biji cili merah dihiris nipis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar atau tumbuk:
2 sudu besar ikan bilis direndam
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas

Cara penyediaan :
Dalam periuk satukan bahan kisar, udang kering dan santan. Didihkan atas api perlahan sambil dikacau

Masukkan tempe, lobak merah dan kubis. Masak sehingga sayur lembut.
Masukkan cili merah, fucuk dan suun dan masak sehingga keduanya lembut.

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Hidangkan bersama ketupat nasi yang dipotong dan letak sambal kacang diatasnya.

Resepi Kuah Kacang Sedap

Bahan-bahan :
600gm kacang tanah - digoreng tanpa minyak atau dibakar dalam oven sehingga rangup, Dibahagi dua bahagian, satu dikisar halus, satu bahagian dikisar atau tumbuk kasar. Tak perlu dibuang kulitnya
3 senduk cili kisar - nak pedas boleh tambah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar seruk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 cawan gula merah - atau lebih jika perlu
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan kisar :
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering tanpa kulit
4 biji buah keras
2 inci lengkuas

Bahan tumis:
2 batang kulit kayu manis
4 buah pelaga
2 bunga lawang
1/2 cawan minyak masak

Cara penyediaan :

Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi. Masukkan bawang kisar dan cili kisar.
Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Masukkan juga kacang tanah dan air jika. Fungsi air ialah supaya kuah kacang dapat dimasak sehingga lembut. Masukan garam dan gula merah. Saya suka kuah rasa manis sedikit.

Masak sehingga kacang kembang dan empuk dan kuah menjadi pekat. Kacau sekali sekala.

Jom cuba buat resepi lontong kuah kacang sedap ni untuk rumah terbuka :)