Tauhu Sumbat Kuah Kacang

10:47 am

Tauhu sumbat kuah kacang memang antara favourite saya. Ada juga versi dimakan bersama sos. Tapi di utara tauhu sumbat dimakan bersama kuah kacang. Kuah kacang tu kena buat manis sedikit baru sedap dan mesra dengan rasa tauhu yang agak tawar tu. Resepi ni memang sangat mudah. Bahan pun tak lah banyak mana. Boleh la cuba untuk hidangan berbuka nanti ye :D

P7031746ed

Curahkan kuah kacang pekat diatas tauhu... 
P7031764ed P7031742ed

RESEPI TAUHU SUMBAT DAN KUAH KACANG

BAHAN TAUHU SUMBAT

10 ketul tauhu 
Taugeh - disiram air panas
Sengkuang - dihiris halus memanjang
Lobak Merah - dihiris halus memanjang


BAHAN KUAH KACANG

1 cawan kacang tanah - dikisar halus
1/2 cawan air asam jawa
1 camca teh garam
3 camca besar cili kisar
Sedikit gula melaka atau gula biasa
Sedikit air - ikut kepekatan
Sedikit minyak

Bahan kisar 
15-20 tangkai cili kering yang telah direbus
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit udang kering
1 batang serai dipotong nipis


CARA MEMBUAT TAUHU SUMBAT

Tauhu digaul sedikit garam dan kemudian digoreng garing.
Sejukkan dan dibelah dua berbentuk segitiga.

Campur dan gaul bahan inti sayuran. Sumbatkan dalam tauhu.


CARA MEMBUAT  KUAH KACANG 

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan sedikit air dan kacang tanah yang telah dikisar. Masukkan juga gula merah dan air asam jawa. Rasakan garam dan gula serta adjust kepekatan. Masak sehingga pekat dan mendidih serta terbit minyaknya. Sedia dihidang bersama tauhu sumbat


Jangan lupa cuba resepi Tauhu Sumbat Dan Kuah Kacang ni ye. Terima kasih. :)

You Might Also Like

6 comments

  1. erm.... nampak sedapnya sis.... akak pun suka tauhu sumbat ni....:)

    ReplyDelete
  2. saya suka makan tauhu sumbat ni.. tapi biasanya beli jer, nak buat sendiri sangatlah pemalas.. hahaha

    ReplyDelete
  3. kite suka tauhu sumbat ni.. tapi hanya mampu beli jer... hehe

    ReplyDelete
  4. oooo baru tau boleh siram guna air panas je..sebelum ni beriya la p goreng..huhu mekasih!

    ReplyDelete
  5. eh alamak..tersalah baca pulak..taugeh yg siram air panas..sorry! pose.. mata pn tak nampak..huhu

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com