Sup Daging Berempah

11:11 pm

Hai semua

Dah masuk Julai 2015. Dah melepas separuh tahun. Baru je rasanya sambut tahun baru kan. Cepat betul.

Sup daging memang menjadi kegemaran saya. Sup selalunya simple je resepinya. sekadar direbus bersama bunjut sup, halia dan bawang pun dah sedap. Namun resepi sup daging berempah ni lain dari yang lain. Supnya sedikit pekat dan kaya dengan rasa rempah ratus digandingkan dengan dagingnya yang direbus empuk.

Sup sesuai dimakan bersama roti bakar atau nasi kosong. Bila reneh lama sup ni jadi pekat dan likat (bergantung kepada kuantiti air yang kita masuk la) Lebih sedikit air lebih sedap kuahnya dan pekat. 

P6261190ed

Pengunaa bawang besar yang dikisar dalam sup yang bagi sup ni rasa manis semulajadi. Bulan puasa ni kalau tak ada selera nak makan apa boleh la cuba buat sup berempah ni. Ok jom tengok resepi mudah ni.

P6261183ed

Resepi Sup Daging Berempah

Bahan :
600gm daging
4 biji kentang - dipotong baji (wedges)
2 batang lobak merah - dipotong tebal
1 biji bawang besar - dibelah 8
Sedikit daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Air secukupnya
3 sudu besar rempah sup
1 sudu kecil lada hitam biji - di pecahkan
1 sudu kecil serbuk ketumbar
3 sudu besar minyak masak

Bahan tumis :
1 batang kulit kayu manis
3 cengkih
2 biji biji pelaga
1 bunga lawang

bahan kisar
1 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
1-2 inci halia

Cara :
Campurkan bahan kisar bersama rempah sup, serbuk ketumbar dan sedikit air. Kacau sebati.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumis. Masukkan campuran bahan kisar dan rempah sup. Tumis sehingga naik minyak dan wangi.

Masukkan daging dan bahan-bahan lain kecuali kentang dan lobak merah. Reneh sehingga daging betul betul lembut dan empuk (lerai).

Akhir sekali masukkan kentang dan lobak merah. Sebelum tutup api tabur sedikit daun sup, daun bawang dan bawang goreng kedalam periuk.







You Might Also Like

6 comments

  1. resepi lebih kurang sama saja, tapi bila tengok hasil seni gambar masakan tu memang jadi terliur tersedapp lebih..hihi

    ReplyDelete
  2. Sedapnya... terasa nak masak resepi nie jer

    ReplyDelete
  3. meleleh je tengok makanan tu. lama tak makan daging :D

    ReplyDelete
  4. CT nak datang terjah.. tengok2 semua makanan ahahaha..
    nak nangis sendu jap sambil lap air liur hahaha..

    sup daging fav CT jugak.. tp tak berkenan kalo daging tu keras..
    memang tolak hehe..

    ReplyDelete
  5. boleh suruh bini belajaq masa nih. hoho..

    ReplyDelete
  6. feveret anak2 ni..simple & mudah resepi ni..terliur plak tgk..tq

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com