Semperit Bunga Cina Sedap dan Rangup

12:06 am

Semperit ialah kuih atau biskut tradisi kita yang selalu dihidangkan semasa hari raya. Memang sedap kalau kena dengan resepinya. Semperit juga ada banyak bentuk ada yang panjang, bentuk bunga seperti bunga dahlia, bunga kekwa, dan macam saya buat ni, bunga cina. Tak tahu lah dari mana datang nama tu sebab rasanya bentuk bunganya sama je hehe..

P7081769ed

Walaupun sekarang dudah banyak kuih muih moden yang ada dipasaran, janganlah kita lupa biskut semperit yang klasik ni.
P7081782ed

Biskut yang saya buat setiap tahun. Menggunakan resepi yang sama dan tak pernah fail! Kalau nak biskut yang agak keputihan dan warna pink nya terserlah, bolehla gantikan tepung kastad dengan tepung jagung sepenuhnya. Saya suka guna tepung kastard sebab baunya yang harum dan wangi...
P7081785ed

BISKUT SEMPERIT  BUNGA CINA

Bahan-bahan
250 gm mentega
120 gm gula icing
1 sudu teh esen vanila atau esen rose
1 biji telur
230 gm tepung Red Rose
100 gm tepung kastard
100gm tepung jagung
50 gm tepung ubi
(Bahan tepung hendaklah diayak sekali)
Ceri merah  atau gula manik sebagai hiasan
sedikit pewarna pink

Cara :

Pukulkan mentega dan gula icing dengan speed sederhana hingga sebati
Masukkan telur dan esen vanilla dan terus pukul
Kemudian perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tak melekat di jari
Ambil sedikit doh dan warnakan dengan warna pink
Sediakan loyang pembakar. dan leserkan dengan sedikit mentega
Panaskan oven pada suhu 140 C
Dengan menggunakan acuan bunga dahlia atau acuan bunga cina, masukkan sedikit campuran doh pink dan putih
Tekan adunan di atas dulang pembakar
Buat sehingga habis adunan
Hias dengan ceri merah atau gula manik

Bakar didalam oven dengan suhu 140C selama 20 minit atau sehingga biskut dimasak sempurna. Saya suka bakar sehingga bahagian bawah biskut berwarna perang.

Resepi dari blog  kak Azlita Masam Manis

Sudilah cuba Semperit Bunga Cina ni ye!! 



You Might Also Like

8 comments

  1. woww lain dari lain betul semperitnya... curlasss

    ReplyDelete
  2. salam kekny. ada typo tu "dudah" muaha jangan marah kekny.

    aduiii sedap betul nampak semperit ni. makan sambil layan movie raya memang best

    ReplyDelete
  3. x kisah semperit bentuk apa asalkan sedap ...

    ReplyDelete
  4. cantik cute biskut enya
    tahun ni saya malas buat kuih...tunjuk kuih jer hah (hehehe)

    ReplyDelete
  5. KG nak buat biskut ni tp tepung red rose tu macamana kalau tak de?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KG, tepung redrose tepung gandum juga cuma khas utk buat biskut rangup.. kg pakai tepung gandum biasa pun ok

      Delete
  6. Kak Eny..bila nak post ke umah Along kuih ni?hahaha

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com