Kembali Bersiaran Dengan Resepi Rendang Ayam Pedas Utara

8:15 pm

Hai semua,

Lamanyaaaa tak bersiaran di blog. Bercuti dari petang sebelum raya hingga 25 July lepas. Lepas balik bercuti sibuk arrange hal rumah dan kerja di office yang agak tunggang terbalik heheh.

So, macam mana dengan raya? Mestilah best kan beraya dan spend time with family. Kalau ada yang kena berkerja tu tak pe lah, lepas raya masih boleh ambil cuti jugak kan.

P7171915ed 

Ok macam biasa pada pagi raya, selain kena ada ketupat palas, rendang pedas utara resepi mak ialah satu kemestian. Rendang ayam kemerahan dan pedas ni sedap digandingkan dengan ketupat palas dan juga ketupat nasi. Rasanya yang pedas-pedas manis diringi dengan bau harum daun kunyit tu memang memikat selera.

Resepi macam rendang biasa juga cuma pakai cili kering lebih sedikit dicampur sedikit cili padi. Ok jom tengok resepi rendang pedas utara ni.

P7171925ed

RESEPI RENDANG AYAM PEDAS UTARA

Bahan-bahan :
2 ekor ayam - dipotong ketulan besar
4-5 senduk cili kering kisar
3-4 helai daun kunyit diracik halus
3 keping asam keping / gelugur
3-4 cawan santan pekat
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar gula - boleh kurang jika tak suka manis atau lebih jika suka
Garam secukup rasa

Bahan kisar (dikisar dengan sedikit air)
3-4 inci lengkuas
5 batang serai
3-4 inci halia
3 inci kunyit hidup
8-10 biji cili padi
3 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara-cara :
Masukkan bahan kisar kedalam kuali dan didihkan. Kemudian masukkan ketulan ayam dan masak sehingga ayam mengecut dan kering airnya. Masukkan asam keping

Masukkan santan dan masak sehingga ayam lembut dan kuah menjadi pekat. akhir sekali masukkan kerisik dan tabur daun kunyit. Sedia dihidangkan.

Sudilah cuba resepi rendang ayam pedas ni ye :)

You Might Also Like

3 comments

  1. sedapnya eny:) kak ana pun sempat menikmati ketupat palas ni di pagi syawal dengan rendang mak :)

    ReplyDelete
  2. saya dah 2x cuba resepi awak ni. mmg sdap n puas ati. saya siap simpan paste buat stok.

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com