Pernah Makan Kari Daging Petai ?

8:30 am

Hai semua,

Kari daging petai ni adalah signature dish mak saya. Jarang orang yang buat kan. Memang sedap kari daging dimasak bersama petai. tetapi petai tu tak boleh dikupas. Kena masak dari dalam kulitnya baru sedap. Kulit tu pula kena di kikis bahagian hijau diluarnya supaya hilang kelat kulit petai tu.

P6261194ed


Jadi kalau ada petai tapi dah jemu buat sambal udang, bolehlah cuba kari daging petai ni. Memang sedap! Kalau ada yang ada resepi kari daging tersendiri tu, boleh buat resepi kari sendiri dan tambah je petai ni dalam kari. Cubalah.

P6261192ed
P6261197ed

Resepi Kari Daging Petai

Bahan-bahan :
800 gm daging dipotong nipis
8-10 papan petai - dikikis kulit luar, dipotong sebiji sebiji tanpa buang kulitnya (rujuk gambar dibawah), kemudian direbus sekejap. Toskan dan buang airnya.
1 keping asam keping
300ml santan
1 cawan air
5 sudu besar rempah kari
1 1/2 camca besar kerisek
Garam secukup rasa
4 sudu besar minyak

Bahan tumis :
1 kuntum bunga lawang
10 helai daun kari
1 batang kulit kayu manis

Bahan Kisar ( dibahagi kepada 2 bahagian)
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia

Cara :
Bancuh rempah kari dengan sedikit air dan separuh dari bahan kisar. Kacau sebati

Panaskan minyak dan tumis bahan tumis berserta separuh bahan kisar. Tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan serbuk kari dan bawang kisar. Masak sehingga rempah garing dan naik minyak. Apabila naik minyak, masukkan daging dan air. Masak seketika sehingga daging lembut sedikit. Jika terlalu kering tambah air. Masukkan juga garam.

Masukkan petai dan santan. Masak lagi sehingga mendidih dan masukkan asam keping dan kerisik. Biar mendidih barulah tutup api.

Cara kupas petai. Kikis kulit hijau, potong sebiji sebiji dan belah tak putus ditengah. Kena direbs sekejap sebelum dicampurkan dalam kari.


Sudilah cuba resepi Kari Daging Petai ni ye :)

You Might Also Like

12 comments

  1. Tak penah jumpa lagi la eny...sedap eh...nanti SA cuba buat..mana tau sedap plak

    ReplyDelete
  2. Cool..menarik , nnt lik kg nk ajk mummy daddy main masak2 la...

    ReplyDelete
  3. ish ish ish.. kreatifnya menu... cara siang petai tu pun kreatif...

    ReplyDelete
  4. macam best je, tak pernah rasa lagi makanan ni.

    ReplyDelete
  5. nampak sedap je , kena cuba satu hari nanti

    ReplyDelete
  6. ooo..kena biarkan petai tu dalam kulit la ya...heheheh nt sendawa pun bau petai n kari ni eny

    ReplyDelete
  7. Belum pernah jumpa lagi menu camni, nanti boleh Zumal cuba...

    ReplyDelete
  8. Boleh rupanya masak petai tanpa buang kulit..baru tahu..

    ReplyDelete
  9. x pernah lagi mkn petai masak kari, first time dengar.. btw Selamat Hari Raya buat tuan blog, mesti bestkan makanan2 yg dpt dijamah klu dtg beraya rumah sis Eny ni hehe :)

    ReplyDelete
  10. smlm masak kari daging refer resepi kak eny yg ni..hehe

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com