Gulai Tempoyak Keladi Dan Ikan Bilis Resepi Emak Mentua

11:06 am

Balik kampung cuti raya lepas, emak mentua sempat bekalkan keladi yang dah siap dipotong. Dah simpan berhari dalam peti ais, hitam sikit jadinya. Tapi masih sedap rasanya.

Selalu di Kedah ni, keladi sedap dibuat masak asam rebus dimakan bersama nasi ulam. Tapi masa packing-packing sayur kampung untuk bekal saya balik ke Kedah, mak mentua sempat bagi resepi yang katanya sedap. Dia suruh saya cuba dan letak di blog ni hehehe.. 

P7271948ed

Kata mak, kalau di Kg. Piandang, Perak sana, keladi selalu dimasak macam ni. Dibuat gulai (masak lemak maksudnya) bersama tempoyak, dicampur ikan bilis didalamnya. Terliur pulak saya dengar. Balik rumah lepas peram keladi (kes busy terlampau hehe) tu 2 hari dalam peti ais, jadi jugak lah resepi mak mentua ni ikut suka je bahan saya masuk sebab biasalah resepi orang lama mana ada sukat sukat ni. hehehe..

Jom cuba resepi ni ok.. :)

P7271944

RESEPI GULAI TEMPOYAK KELADI DAN IKAN BILIS

Bahan:
2-3 mangkuk batang keladi - dicelur sehingga lembut dan toskan
1/2 cawan ikan bilis - dibuang kepala dan isi perut
1 cawan santan
1 sudu besar tempoyak
1-2 cawan air - ikut kepekatan kuah. Tak perlu terlalu pekat sebab menggunakan tempoyak
Garam secukup rasa.

Bahan tumbuk / kisar kasar
8-10 biji cili padi - ikut kepedasan
4 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup

Cara :
Dalam periuk satukan bahan tumbuk, tempoyak, air, keladi dan ikan bilis. Didihkan.

Masukkan santan dan kacau rata. Rasakan garam dan bolehla diangkat

Sudilah cuba resepi Gulai Tempoyak Keladi Dan Ikan Bilis ni :)


You Might Also Like

14 comments

  1. dah lama tak makan keladi masak lemak dan masak asam pedas.....sedapnye

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaa...goreng plak ikan masin...

    ReplyDelete
  3. Singgah sini..
    Selamat hari raya kak...
    sedapnyer....

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaa. ada pulak ikan pekasam pehhh :D

    ReplyDelete
  5. Sedapnye masak tempoyak letak keladi... yummy

    ReplyDelete
  6. dah lama xmkn sayur keladi...nk cari keladi kena btl2 takut terkena yg gatal..tq kongsi resepi

    ReplyDelete
  7. adoi la...asal masuk sini memang melelh air liur ni eny

    ReplyDelete
  8. uiiiii uiiiiii gulai tempoyak keladi ikan bilis! menjejes ayaq lioq ana tengok =P


    kak eny!!! salam aidilfitri. maaf zahir & batin kak :)

    ReplyDelete
  9. mak mertua dah rasa ke belum tu?haha

    ReplyDelete
  10. eny orang Perak bab2 tempoyak memang kelass kan :)

    ReplyDelete
  11. saya dah lama tak makan apa2 masakan keladi ni.. dulu dok kg memang asam rebus tu paling popular dimasak.

    ReplyDelete
  12. Tak makan tempoyak.. tak makan keladi. Tapi gambar tu nampak menggoda selera la.. Terasa nak makan.

    ReplyDelete
  13. tak pernah makan keladi, tak tau macam mana rasa dia..haha

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com