#Cabaran20Hari Memori Kad Raya

8:30 am

Hai salam semua..


Just nak bagitau, baru terima kad raya dari blogger Kak Suria Amanda atau SA. Terima kasih sebab sudi hantarkan kad raya kat saya. Terharu jugak dibuatnya. Dah lama tak terima kad raya dari kawan-kawan. Selalu dapat ialah kad raya dari bank, company dan kad raya promosi suruh beli barang hahaha..

Memori kad raya ni bagi saya memang seronok nak ingat balik. 15 tahun lepas kad raya masih dihantar secara pos.Gigihla beli kad raya yang jual bundle (sepeket ada 10 keping kadang-kadang) sebab nak hantar kepada kawan-kawan. Nak juga dapat balasan sebab kad yang diterima tu nak buat gantung di rumah masa raya hehehe..

Paling tak dapat lupa masa zaman bercinta dengan DH, kitaorang kan bercinta jarak jauh jadi memang selalu mengutus kad raya dan kalau kad raya untuk orang tersayang mestilah yang mahal, besar, ada muzik, ada 3D dan macam-macam lagi. Sampulnya pun special sebab ada warna.

Zaman sekarang, bila cara berhubung lebih pantas melalui facebook, whatsapp dan sebagainya, kad raya dah tak dipos lagi. Sebaliknya ada kad raya secara maya hehehe. Upload sahaja di blog, facebook atau whatsapp. Namun begitu tidak dapat disamakan dengan keterujaan mendapat kad raya yang dipos. Kan?


You Might Also Like

0 comments

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com