#Cabaran20Hari Kenangan Terawih Di Masjid Pada Zaman Kanak-Kanak

11:35 am

Hai semua,
Masuk entry ke 9 untuk #Cabaran20Hari entry puasa dan raya. 

Kenangan berterawih di masjid masa zaman kanak-kanak ni tak banyak sebab rumah agak jauh dari masjid dulu. Tapi saya masih ingat setiap kali lepas buka puasa, saya, adik-adik dan kawan kawan sekampung akan berjalan sekitar kampung untuk mengusik makcik-makcik yang berjalan kaki atau berbasikal ke masjid. Apa yang kami buat ialah  pakai kain telekung lama yang dah tak digunakan, kemudian berlegar-legar di tepi dan tengah jalan. Masa tu mana pikir pasai keselamatan diri ke apa ke. Fikir seronok je. Heheheh..


Lepas habis round satu kampung, apa lagi, sesi bermain mercun pula. Dari bunga api, ke mercun gasing, mercun ular, mercun katak, mercun teluq naga ke mercun thunderclaps.. habis satu persatu.. meriah la malam tu. 

Eh ni kenangan terawih ke kenangan main mercun? heheheh

You Might Also Like

2 comments

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com